Friday, August 08, 2014

Pengesahan sekolah anak tahun 1 2015 sebelum 30 Ogos 2014

Alhamdulillah, settle sudah pengesahan sekolah untuk tahun 1 2015 my nuha.Kononnya hari selasa lepas kami cuti nak settlekan pengesahan sekolah dia pagi tu tapi semua masih kepenatan sebab baru sampai dari Terengganu hari sebelumnya membawak ke petang. Mujur jugak tak pergi pagi tu sebab dalam pukul 11 macam tu , posmen hantar surat yang mengandungi butiran dokumen yang diperlukan untuk pengesahan sekolah. Antara dokumen yang diperlukan untuk pengesahan tahun 1 seperti berikut :

1 salinan surat beranak ( Yang asal pun perlu dibawa )
1 salinan IC ibu bapa/penjaga
1 salinan slip gaji ibu / bapa
4 keping gambar
1 envelope berukuran 4' X 9'  beralamat sendiri dan dilekatkan setem 80 sen 
1 salinan buku imunisasi



Ini surat yang diterima untuk pengesahan.


Nasib baik masih simpan lagi buku cucuk imunisasi my nuha ni :)



Bila pergi sekolah , terus ke pejabat pentadbiran untuk buat pengesahan pendaftaran. Nanti kerani sekolah akan buat pengesahan dan dia ada cop kat surat beranak anak kita tu.Kat sekolah anak saya hari tu, siap-siap dia bagi borang untuk buat lencana dan tanda nama. Then bayar terus. Nanti boleh collect dalam bulan 12.Settle sekolah kebangsaan. Pasal sekolah agama pulak. Mula-mula ingat nak hantar sekolah agama sekali dengan anak yang pengasuh my Nayla jaga,  sekali diorang kata sekolah kat situ belah pagi bagi Tahun 1.Kemungkinan my Nuha sekolah pagi di sekolah kebangsaan, so terpaksa la jugak daftar dia kat sekolah dekat sekolah kebangsaan dia. Mana-mana lah janji boleh sekolah.

Untuk sekolah agama pulak, dokumen yang diperlukan adalah :-

4 keping gambar bertudung
2 salinan surat beranak
1 salinan kad pengenalan gaji ibu / bapa

** Sebab dah lewat register sekolah agama ( sepatutnya bulan 3- 6 ) , kami kena pergi Majlis Agama Klang terlebih dahulu untuk mendapatkan cop sokongan untuk penempatan sekolah agama ,then kena pergi sekolah agama yang ingin dimohon.


Ni borangnya. Amik kat sekolah agama yang dipohon sebab lain-lain sekolah lain dokumen yang diperlukan.Bulan september kena pergi balik sekolah agama untuk pengesahan. Lepas ni nak kena fikir van sekolah pulak ! Hurmm...




My Nuha with her cat ,Kiki mother of 4 : Lala, Koko, Cici dan Nana .Stray cat yang menumpang kasih di rumah kami siap mengandung beranak bagai. Si jantan pulak kucing jiran belakang. Kiranya dah jadi kucing kami secara official tinggal tak angkut balik kampung hari tu jer. Tak kuasa mak aihh..Beli bekas makanan dan buh makanan banyak-banyak dan air, nasib baik survive mereka tu.Anak-anak lahir sehari sebelum tragedi MH17 hari tu.  Sebelum ni tak der nama, hari tu baru letak :p


Korang dah buat pengesahan sekolah tahun 1 2015 ker ? 


7 Comments:

  1. dapat surat gak... tp x de lak butiran tu..dia suruh bawak surat beranak jer.. erkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain sekolah lain prosesnya agaknya...

      Delete
    2. mungkin la kan.... x pe... minggu ne nak settle...

      Delete
  2. aduiii surat zakwan tak sampai pun lagi
    riso ni huhu! :(

    yg sekolah agama tu amik borg katne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. borang sekolah agama tu terus amik kat sekolah agama yang kita nak tu..agaknya lambat kot.. hr tu sampul surat tu bagi tak kat cikgu kat sekolah baru? kan tukar sekolah hari tu kan?? cuba check online..

      Delete
  3. Tahun depan x de anak masuk darjah 1.. hehehe

    mana gambar anak2 kucing?? nak tengok~

    ReplyDelete
  4. teringat masa anak masuk darjah satu dulu

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)