Programmer by day & Lifestyle Bloggger

makhluk tuhan paling gojes atas muka bumi sedang gigih tulis komen. Terima kasih :)

Friday, March 29, 2013

Menu Ekspres Untuk Dinner | Mee Rebus Terengganu

Ini sebenarnya, menu ulang tayang ajer di Jom Masak @ elissmie.com .Lagi 2 minggu nak mula kerja, mungkin lepas ni kena banyak fikirkan menu ekspres la untuk dinner .Biasalah, nak mengadaptasi diri setelah beranak dua ni. Sekarang ni masih tak kerja pun dah kelam kabut untuk prepare dinner, apatah lagi dah mula kerja balik 8/4/2013 nanti. 


Ni untuk dinner malam tadi. Pagi tadi ada lebihan, buat breakfast sekali :) hehehe
 
Ni penambah rasa, sambal kicap. Pengaruh Johor :p Hubby kan suka makan pedas, so kena la buat untuk dia. Saya amik hujung-hujung sudu ajer, takut pedas. hahaha

Resepi Mee Rebus Terengganu boleh rujuk [sini] 

Korang ada menu ekspres untuk dikongsikan ? 

Boleh baca entry MommyLyna jugak : Tips Rahsia Masak Cepat Di Dapur

Derma untuk tabung wira lahad datu media prima Maybank 5142 - 7133 - 9000
 Derma melalui SMS. SMS PALESTIN  <jarak > 10 (RM10 / RM 5 / RM 3)  Hantar ke 39111[klik]
Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Pelbagai pilihan kain cotton untuk baju kurung , klik sini. [ klik laju-laju]



Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, March 28, 2013

Susahnya nak main plastisin...

Ini segmen nostalgianya @ elissmie. Zaman saya kanak-kanak ribena dulu, nak main plastisin hanya boleh main kat sekolah tadika. Lepas balik tadika , plastisin tu kena la pulangkan balik kat cikgu kan. Nak suruh ma abah beli rasanya banyak lagi benda berfaedah yang patut dibeli. Suatu masa dulu korang ingat tak mak mak kita, buat hiasan pokok bunga dengan bunga plastik tu, diorang akan cucuk batang bunga plastik pada platisin baru masukkan dalam pasu bunga kan.Tak pun guna gabus. Tapi my ma guna plastisin. Masa tu timbul la idea mencuri plastisin dari pasu bunga my ma dengan my adik. My Ma cuma akan perasan plastisin dia kena curi bila dia nak basuh bunga-bunga hiasan dia tu jer. Nakal tak nakal saya dengan adik time tu. hahaha

My Nuha dengan plastisinnya. Dia nak apa jer semua dapat .Tak macam kita dulu-dulu.

Korang suka tak main plastisin kecik-kecik dulu?

My Nuha skang tengah cuti sekolah so saya tak menjadi pemandu seminggu ni. Next week lak, nak cuba hantar my Nayla ke rumah babysitter kat belakang rumah saya ni jer. Sedihnya, dah nak mula kerja. 

Ni FM terbaru saya dapat dari kawan my hubby minggu ni :) Satu dari Anz, FM Sabah dan satu dari Ken, FM Bali :) Seronoknya ! hehehe


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, March 20, 2013

Koleksi Fridge Magnet dari Johor, hadiah dari hubby :)

Lama dah tak tayang koleksi Fridge Magnet ni. FM yang terbaru adalah dari my hubby yang baru balik dari outstation ke JB. Asal anak masuk dua bulan ajer pergi JB, ironinya masa my Nuha dua bulan dulu pun dia outstation ke JB. Apakah ???? hahahaha

Balik-balik dari JB bagi FM :) Sweet sangat kan.Dah tahu wife dia pengumpul FM tegar haruslah dilayankan ajer . Jom tengok FM yang hubby saya bagi :)



Yang ni FM Kuda Kepang. Sinonim dengan Johor kan ?


Yang kedua adalah Fm Keris. Pun sinonim dengan Johor jugak kan.


Yang ketiga FM kek. Yang ni dia kata dia saja beli sebab nampak sedap kek tu :)
Atau bentuk hati, mungkin tanda cinta pada isterinya..hahaha poyo :p


 Ni koleksi terkini lah. FM johor dah berada di pintu bawah fridge dah.


Korang ada FM dari Johor tak ?

 Sebelum terlupa, ada FM belum ditayangkan lagi ni dari blogger Anje atau Mama Balqis , yang mana saya menang hadiah saguhati contest Mamy Balqis with Kleenex® Share the Softness - GiveAway For Charity kat blog dia sebelum bersalin hari tu dan hadiah ni sampai malam saya bersalinkan Nayla tu :) 

FM dari Port Dickson.


 Dan hadiah dari Kleenex :) Terima kasih Anje :)

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, March 15, 2013

Kedai 20 Jang, hanya di Terengganu

Minggu ni macam tak cukup nafas kot. Tak sempat nak tengok blog. Asal petang jer terpaksa telan panadol sebab sakit kepala. Jom layan random pics. Gambar tidak la secun gambar di blog Dinas atau pun Daddy Ziyyad.


 
Hari-hari jadi pemandu peribadi anak dara , My Nuha la.  


Dan hari-hari pun terpaksa angkut my Nayla sebagai co-pilot. keh keh keh 

 Apam pisang kukus dalam bekas puteri ayu buatan sendiri , sedap pulak :)
Resepi kat sini. [link]


Sudah buat pengesahan tahun 1 di sekolah my Nuha pada 13-3-2013. 
Pastikan dokumen yang lengkap yer kawan-kawan dalam senarai semak tu  :)

 My Nayla sudah 67 hari. Sudah cucuk 2 bulan.Sian peha kecik tu. Berat 3.3 kg = berat my Nuha baru lahir.
Kalau di Jepun, my kazen cakap 3 bulan ke atas baru baby kena cucuk.



Kedai 20 Jang. Jang = Jam . Dialek terengganu . Tak tahu la apa yang 20 jam tu, mungkin waktu operasi kot. Ni kedai runcit.Kedai ni kat area Paka.Amik dari dalam kereta masa hujan renyai ;p

Derma untuk tabung wira lahad datu media prima Maybank 5142 - 7133 - 9000
 Derma melalui SMS. SMS PALESTIN  <jarak > 10 (RM10 / RM 5 / RM 3)  Hantar ke 39111[klik]
Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Pelbagai pilihan kain cotton untuk baju kurung , klik sini. [ klik laju-laju]


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, March 08, 2013

Nasi Lemak Sambal Sotong @ Warong KL

JJCM @ elissmie tak pernah lagi cover untuk breakfast kan. Memandangkan saya masih bercuti sebulan kat rumah dengan my Nayla, hari-hari lepas pergi hantar my Nuha ke tadika, mesti saya singgah beli breakfast dulu. Ni hari kedua saya cuba beli breakfast kat Warong KL ni.Warung ni terletak kat Jalan Bahagia, berhadapan dengan SK Batu Belah, Klang. Korang masuk ajer lorong tu dan cari warung ni belah kanan.


 

Sempoi habis warung ni dan nampak klasik jugak. Ruang warung tu bawah rumah ni. Ni rasanya style rumah orang jawa kan ? Teringat pergi rumah anak angkat my Abah kat Banting, gini la stylenya.
 
Ni nasi lemak hari pertama - Sambal sotong. RM 3. Sedap. Tumis dia manis dan pedas, kena selera saya.



Hari ni beli 2 bungkus :p


Satu nasi lemak biasa, cukup rasa dan bahan. Tak kedekut bilis, telur separuh.Sambal banyak.
RM 1.50


Ni bihun goreng Rm 1.50 untuk lunch nanti.



Derma untuk tabung wira lahad datu media prima Maybank 5142 - 7133 - 9000
 Derma melalui SMS. SMS PALESTIN  <jarak > 10 (RM10 / RM 5 / RM 3)  Hantar ke 39111[klik]
Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Pelbagai pilihan kain cotton untuk baju kurung , klik sini. [ klik laju-laju]

My Nuha | Aku Bukan Chef
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, March 07, 2013

Daun sambung nyawa, pernah makan tak?

Sejak dah kena darah tinggi ni, macam -macam dah saya cuba untuk menurunkan darah tinggi. Tapi ubat hospital tetap jugak saya makan.Baru-baru ni , my ma bawak balik daun sambung nyawa. Katanya boleh mengurangkan tekanan darah dan sakit kepala.



 Ini hah daunnya. Sedap dimakan sebagai ulam. Cicah pulak dengan budu :p
Rasa dia ada iras-iras daun gajus.


Korang pernah tengok tak daun sambung nyawa ni ?


p/s: 

Sekarang pokok sambung nyawa ni ada saya tanam kat rumah ni. Harap-harap tak mati lah :p


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, March 06, 2013

Pendaftaran Tahun 1 2014-2015 sudah dibuka, korang dah daftar?

* Entry Terkini http://www.elissmie.com/2014/03/daftar-anak-tahun-satu-untuk-tahun-2016.html

Klik pautan berikut untuk mendaftar : http://apps.moe.gov.my/esppsel/
Permohonan ini akan dibuka kepada orang ramai pada 01 Mac 2013 hingga 30 April 2013

Pastikan baca terlebih dahulu maklumat berikut yer :

Pengenalan Sistem - http://apps.moe.gov.my/esppsel/pengenalan.cfm

Tatacara dan panduan permohonan - http://apps.moe.gov.my/esppsel/syarat_perMOHONan.cfm

Permohonan Online - http://apps.moe.gov.my/esppsel/MOHON1.cfm

Semakan status permohonan - http://apps.moe.gov.my/esppsel/keputusanPPT1/index.cfm

p/s :

Punyalah bercinta nak buka setiap link kat atas ni. Punyalah ramai kot orang nak akses.

p/s:

Bila baca ayat dalam pengenalan sistem -  " Ibu bapa / penjaga boleh membuat Permohonan Pendaftaran Kemasukan ke Tahun Satu  melalui komputer yang mempunyai akses internet. Ibu bapa atau penjaga juga boleh mendapatkan pertolongan pihak sekolah di pohon sekiranya tidak mempunyai kemudahan tersebut." - Terus rasa nak pergi sekolah, suh diorang daftarkan. hahahaha. Ini namanya memalukan programmer ;p

p/s:

Pemohon dinasihatkan supaya mencuba capaian permohonan atas talian eSPPSEL pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau sambungan ke sistem terputus. Ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian kepada laman web tersebut. - Memang kena sabar gila2. Dah berapa kali cuba ni, gagal lagi. Tengah2 malam ni la cuba pulak ! huhuhu

Korang ada anak masuk tahun satu 2014-2015 ??


Baru jer beberapa hari masuk tadika 5 tahun setelah 2 bulan bercuti , dah kena register tahun 1.

My Nuha | Aku Bukan Chef
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)