Programmer by day & Lifestyle Bloggger

makhluk tuhan paling gojes atas muka bumi sedang gigih tulis komen. Terima kasih :)

Wednesday, February 27, 2013

Pernah tidur dalam kelambu tak?

Ini edisi terbaru. Nostalgianya @ elissmie.com.Hari ni cerita pasal kelambu .Teringat kat arwah Mak ( nenek sebelah my Ma ). Kalau balik kampung di Jabi, Besut dulu, masa nak tidur mesti dia pasangkan kelambu untuk saya tidur. Saya kalau balik kampung, mesti tidur dengan dia. Tapi time tu jenis kelambu yang kena gantung tu.Ikat pada penjuru bilik. Tapi sekarang kelambu pun sudah berinovasi.


Ni hah kelambu yang berbakti kepada kami 3 beranak dari digigit nyamuk sepanjang berpantang di rumah my Ma ni.
My Nuha sebut khemah ! Sabar jer la :p

Korang pernah tidur guna kelambu ?


Selamat pengantin baru kepada Azulaini & Sukri :) Semoga berbahagia selalu yang selamat diijabkabulkan 22.2.2013 yang lepas :)

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Saturday, February 23, 2013

Jom pekena Ayam Percik @ Yati Ayam Percik, Shah Alam

Ni JJCM @ ELISSMIE sebelum saya bersalin.Saya masih di terengganu :) Kali ni kami cuba makan di restoren baru, Yati Ayam Percik. Kami tahu pasal kedai ni sebab kan entry food blogger yang ni. [ klik sini



Kedai ni deretan kedai belakang petronas tepi bangunan Jakel.


Jom tengok menu !


Semestinya pilihan saya, Set Nasi Kerabu Ayam Percik. Begitu jugak hubby. Nuha punya nasi goreng yati [RM 9.50] tapi lupa lak nak snap gambar pinggan dia. So-so ajer rasa dia .


Mungkin baru buka, servis agak lembab sket dan ada pelanggan yang keluar sebab lama menunggu dan tak amik-amik order. Sabar jer la....Lebih kurang 40 minit tak silap, baru dapat makan.Padahal tak ramai orang pun.



Muka dah nak bosan :p


Inilah set nasi kerabu ayam percik.RM 9.50. Agak mengecewakan sebab tidak menepati expectation saya yang dah merasa Yati Ayam Percik 2 , Kota Bharu, Kelantan.


Close up ayam percik nya.

Satar pun mengecewakan. Tak rasa ikan pun dan kelapa nya pun macam hampas kelapa ajer :p
3 ketul RM 3.30

Korang suka ke makan ayam percik ?


LOKASI - No 16 & 18 , Jalan Plumbum N7/ N Seksyen 7, 40000 Selangor, Selangor, Malaysia
Telefon :- 03-5510 3858
Email :- yatipercik.shahalam7@gmail.com
GPS COORDINATES : n 03.06995 .E 101.48927
FACEBOOK :  >>> YATI AYAM PERCIK SEKSYEN 7 SHAH ALAM <<<<

My Nuha | Aku Bukan Chef
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, February 22, 2013

Pengalaman di hospital kerajaan, mimpi ngerikah?

Fuhhh..tiup sawang kat blog. hahaha. Terasa lama btol tak menulis kat blog ni. Masih lagi mencari diri dalam mengadaptasi diri sebagai ibu beranak dua dan dengan penyakit darah darah tinggi yang tidak menentu tekanannya. Hingga membawa saya ke hospital.hahahaha. Sungguh stress rupanya berpantang dengan ada anak kecil dan anak besar. 

Semalam, genap 44 hari berpantang tapi saya habis pantang di wad. 18 hb lepas, pukul 8 malam dimasukkan ke wad setelah dikejarkan ke kecemasan pukul 6 lebih oleh ambulan sebab dah ada tanda-tanda sawan macam nak beranak hari tu (severe pe ) gara-gara tekanan darah yang tinggi. 

Ini adalah pengalaman pertama saya dengan hospital kerajaan. Sebelum ni ada lah pernah pergi hospital kerajaan tapi bukan diri sendiri yang kena admit kan. Ini pengalaman sendiri, selalu dengar cerita orang ajer. Sebagai penjawat awam, boleh la request duduk wad kelas dua ( tu jer yang ada pun ) kat hospital dungun ni.Tapi yang tak syoknya hiburan memang tak de la, better duduk yang ramai-ramai ada jugak tv. Sebelum masuk wad kelas dua, saya bermalam semalam kat wad biasa tu. Tapi memang tak der privasi, nak gi toilet sampai naik malu, sebab orang duk tengok ajer. hahaha


Katil 8 di wad biasa.


Katil saya sebelum tukar wad kelas dua.. Depan tu para nurse duk bersembang  buat kerja


Menu breakfast hari kedua. Sedih :p Dah la dapat Low Salt Diet, darah tinggi katakan..


Menu Lunch hari kedua. Yang lain dah tak ingat nak snap :p


Merasa pakai baju dan kain  hijau..


Ini katil di wad kelas dua. Dua orang ajer satu bilik. Room mate saya kencing manis,masuk sebab hypo , pengsan kat klinik. Banyak ilmu saya dapat dua hari di wad berkaitan kencing manis.Doktor consult makcik fatimah, dengan saya sekali teranguk-angguk.hahaha. Lepas ni , siapa yang nak saya ajar macam mana nak suntik insulin, boleh jumpa saya. hehehe

 Toilet dan bilik mandi sebelah katil ajer.Tapi hazab jugak keadaanya.

 Buat pertama kali nya wajah saya selepas 45 hari berpantang :p Sudah 67 kg !!! 7 kg to loss !

 My Nayla @ 45 hari, sudah ada pipi :p


Yeay.. Dah boleh balik. Sudah discharge.

Ubat kena amik sendiri kat farmasi. Pharmasist yang tudung pink tu sebijik macam Jannah dalam Drama Dalam Setiap Sujud, TV9 tu..

Terima kasih kepada semua kakitangan yang bertugas sepanjang saya berada di wad dari 18/2 hingga 20/2 di wad 2 dan di wad kecemasan Hospital Dungun.Overall servis memuaskanlah tapi memang jauh beza sangat-sangat dengan hospital swasta kan dan bayaran pun mahal kan. Lagipun saya masuk setakat darah tinggi dan ada tanda-tanda pe ajer. Lepas tu tekanan terus stabil macam orang tak sakit pun. Makan banyak pulak tu ! hahaha

ok la. time nak susukan Nayla. Siang tadi, dah pergi pasar raya sebagai menyambut hari abes pantang. bukan shopping utk diri sendiri tapi beli barang keperluan anak-anak..hubby jauh nak ajak shopping. Next week hubby balik dan bawak kami balik kerumah  ;) Tak sabarnyaaa....hehehe..


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Sunday, February 10, 2013

Limau dan CNY



CNY = Selamat makan limau yu olls! hahaha

p/s:

hubby balik cuti cny...tahuuu...bukan sbb isteri,sbb anak jerrrr...

My Nuha | Aku Bukan Chef
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, February 07, 2013

Due date bersalin tapi dah cucuk sebulan

Itulah kuasa Allah. Kita yang merancang tapi yang menentukannya adalah Dia :) 5/2 lepas sepatutnya adalah due date bersalin saya tapi hari tu dah kena bawak my Nayla pergi cucuk dia sebulan. Kuar pukul 8 lebih, kul 11 lebih baru dapat balik rumah.Standard klinik gomen la .Bad news, darah tinggi saya masih lagi tinggi dan kena continue makan ubat dan harapnya ianya adalah darah tinggi masa mengandung. Selepas 42 hari doktor cakap, kalau darah saya masih tinggi, maknanya saya adalah pesakit darah tinggi secara official. huhuhu. Nauzubillahiminzalik.Good news nya dalah berat badan saya sudah 71.5 kg. hahaha :p Last sebelum bersalin adalah 82 kg. Terima kasih to bfeeding dan pantang makan dengan izin Nya :)



My Nayla @ 30 hari. Berat turun balik jadi 2.106 kg Bila la nak besar dik ! huhuhu


Alhamdulillah, my Nayla tak demam cucuk sebulan seperti yang nurse cakap dan ingat ibu bapa sekalian, jangan taruk apa-apa pada tempat cucuk untuk elak vaksin yang baru tu tak berkesan, maknanya sia-sia dapat sakit jer baby kita tu. Dulu-dulu tak tahu, letak jugak viks kat tempat cucuk tu. Terima kasih kepada Azlina dan Zawani , nurse merangkap kawan sekolah dulu yang memudahkan urusan di klinik hari tu :)

p/s:

Mulai minggu ni nurse akan datang melawat 2 kali seminggu untuk check bp saya Harap-harap darah saya turun ! Doakan yer kawan-kawan !

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Sunday, February 03, 2013

Rutin berpantang bersalin , ketat ke tak ?

Memang berbeza betul rutin masa pantangkan Nuha dengan Nayla dulu tapi tak jauh sangat la bezanya. Cuma berpantangkan Nayla ni ada sket cabaran sebab ada baby besar dan ada baby kecik :p Terpaksa berkongsi kasih dengan dua anak katakan sebab my Nuha sekarang bila dapat adik sensitif sangat . Tak boleh nak marah sangat, kalau nak marah pulak Nenek dengan Datuk dia pulak marah saya . Saya jadi stress sangat, tu agaknya darah tinggi tak nak turun-turun.Kadang-kadang menangis sorang diri (nasib tak meroyan jer ) untuk redakan stress.hahaha.Tak siapa yang tahu, termasuk hubby kalau dia baca ni, barulah dia tahu.

Saya masa kecik-kecik dulu padahal selalu ajer kena marah kalau buat silap, tapi my Nuha ni spoil betul bila duduk dengan Nenek dan Datuk dia ni. Makin lama makin menjadi-jadi perangai dia. Makan , mandi semua nak saya lepas Abah dia dah balik ni.Dah macam bukan orang dalam pantang dah ni. Layankan ajer lah. 

Ni rutin harian saya sepanjang berpantang:-

1)Mandi Serung

Terima kasih la pada Et sebab bagi free sample mandian herba hari tu dan terus saya beli lepas tahu kewujudannya. Sampai hari ni masih lagi mandi serung ni. Satu pek tu tahan untuk seminggu.

2)Kena bengkung

Yang ni tak strict sangat pakai. Kadang-kadang pakai, kadang-kadang malas :p

3)Makan ikan haruan



Bila sampai terengganu ni baru merasa ikan haruan . Ni anak jiran yang berikan masa dia balik menjala hari tu. Ada 7 ekor. Boleh la dari tak der kan. My ma gorengkan ajer. Sedap makan rangup garing2 :p Menu berpantang pun nak sedap ajer :p

4 ) Minum CocoaCollagen Power Plus - Yang ni my Ma dealernya so saya try lah jugak sebab katanya bagus untuk wanita lepas bersalin untuk mempercepatkan penyembuhan dalaman.Satu sachet setiap pagi sebelum bfast

 

5)Pakai Stokin

Ni pun kadang-kadang jugak pakai. Kalau malas, just lumurkan minyak afiat jer kat kaki. Gila beza ngan masa Nuha dulu ;p

6)Menyusu dan berjaga malam..


My Nayla ni akan bangun 2 kali jer malam, iaitu pukul 3 dan pukul 5. So tak berjaga malam sangat kecuali kalau menyusu badan dia mamai-mamai so dia akan on off :p Kalau dia meraung baru bangun menyusu, baru dia tak main-main :p

7)Berurut dan tungku

Kali ni berurut dengan my Ma ajer. Dia pandai juga urut sket-sket tapi nanti hari ke 44 nanti bidan akan datang untuk urut secara official la :p Tungku lak, tak silap baru sehari ajer :p Dasar pemalas. hahaha.


 Rutin pantangkan my Nuha dulu : boleh baca kat sini.

Senyuman untuk Abah :)

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, February 01, 2013

Baju hubby pengubat rindu, berebut pulak ?

Hari ni hari kedua hubby menjadi bujang sementara waktu di rumah. Terpaksa la menumpang kasih makan kat kedai sepanjang 30 hari saya berpantang di Terengganu ni.Jangan tumpang kasih perempuan lain sudah la yer Sayang ;p Warning ni tau !hehehe

Dari zaman berchenta lagi, my hubby mesti kasi baju dia konon buat pengubat rindu. Begitu jugak masa bersalinkan my Nuha dulu. Tapi kali ni, baju yang hubby tinggalkan tu terpaksa pulak dikongsi kasih dengan anak dara, My Nuha la siapa lagi.Malam tadi, entah nape tetiba dia cakap, eh kenapa busuk pulak ni. Bau ketiak abah eh? hahahaha. Padahal dah dua malam dia duk peluk baju tu, malam tadi baru perasan. hehehe. Sebenarnya baju tu memang tak basuh , ada bau perfume hubby dan ketiak dia sekali. kah kah kah. Sabar jer la.
 
Busuk-busuk pun peluk jugak..Lepas tu mak dia pulak curi , nak ubati rindu sendiri pulak :p


Korang ada petua lain untuk mengubat rindu ?


Bila anak-anak tidur, waktu ni boleh la blogwalking sekejap...sorry tak sempat tinggalkan komen..
baca belog pun laju-laju ...takut si Nayla terjaga. Kalau dia melekap, dua jam :p


Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Pelbagai pilihan kain cotton untuk baju kurung , klik sini. [ klik laju-laju]


My Nuha | Aku Bukan Chef
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)