Friday, December 20, 2013

Photobook murah dari Phototalkz dan Photobookmart

Terlebih dahulu marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat junior saya sewaktu belajar di UiTM Dungun yang telah kembali ke Rahmatullah petang semalam , Amy Karmila,  semasa melahirkan anak kedua. Semoga syurga buatmu dik. 

Dari Fb arwah. Al-Fatihah 


Saya sebenarnya ada 2 ajer photobook. Saya beli dengan harga yang murah lah pastinya. Satu saya beli dari Milkadeal .{register disini jika korang tak terlepas tawaran best dari milkadeal } Promosi dia : RM52 instead of RM208 for One 8 x 6 inches Image Wrap Photobook Album - Matte Lamination at Phototalkz [75% OFF] . Yang ni best sebab kulit dia tebal depan belakang dan gambar walaupun tak berkualiti maklumlah bukan DSLR tetap nampak cun dalam photobook ni. Memang puas hati tapi saiz jer la tak puas hati sebab kecil kan . Software dia ada banyak pilihan background agak banyak dan menarik. Ada sticker yang menarik jugak . 
Cover depan 
Bahagian dalam
Cover belakang

Yang kedua pulak saya beli di Living Social. Promosi dia : RM38 for RM165 Photobook Voucher - Softcover Medium Portrait 8.5" x 11" (40-page) Photobookmart .Yang ni kurang best sebab kulit dia tak tebal dan banyak gambar saya tak berkualiti maklumlah kamera bukan DSLR jadi makin tak berapa cunlah photobook ni. Sayang pulak rasanya sebab yang ni saiz dia besar kan. Pilihan design dia agak terhad dan tak ada sticker mcm phototalkz yang ada cuma icon-icon tu pun tak berapa menarik.Pilihan background jer la banyak sket nak bagi menarik. Memang kena design sendiri lagi puashati dari guna software dia.

Cover depan

Bahagian dalam 

Cover belakang

Yang ketiga ni paling best sebabnya dapat percuma dari Groupon. [Up to 100% Off] 40-Page 6x6 Softcover Personalised Photobook from Photobook Malaysia from RM0. Yang ni tak redeem lagi sebab ingat nak buat untuk birthday my Nayla bulan Januari nanti.Tak tahulah nak buat celebration macam mana nanti. Harap-harap cepatlah dapat bonusnya. 

Korang ada photobook tak ? Dari syarikat mana ? Kongsikan disini yer :)

Beli tupperware dan tupperware harga lelong : klik sini laju-laju
Basuh kereta hari minggu di Tip Top Services Auto Spa@ Seksyen 7, Shah Alam klik sini laju-laju

8 Comments:

  1. Baru ada dr photobook yg rm0 tu hihi..

    Ps: eliss, nk tnye dh pos ke fm? Hee ^___~

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni kalau ada promosi leh laa beli lagi :) dah pos yer nad :)

      Delete
  2. sy takde photobook...belum terpanggil nak buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni boleh laa cuba kalau ada promosi :)

      Delete
  3. eB design & print photobook... he3 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau eb print berapa ringgit yg saiz 8.5 X 11 tu softcover?

      Delete
  4. romantika la tgk gambar2 ni...moga sentiasa dirahmati..insyaallah.

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)