Thursday, August 29, 2013

Usaha kecil untuk support pejuang mesir dan kibar jalur gemilang

Terkesan dengan entry doktor blogger kita seperti disini, saya pun mengambil inisiatif sebagai usaha kecil untuk support pejuang mesir. Saya pun menyeru semua kawan-kawan yang masih belum tahu tentang kewujudan FB page Mesir Kini..LIKE page ini, dan baca dan hayati perkembangan terkini yang berlaku di Mesir dengan lebih telus.


Salah satu usaha kecil yang lain adalah logo R4BIA pada cover facebook dan header blog.  Dah masuk bulan kemerdekaan ni, sekali harung dengan semangat kibarkan jalur gemilang sekali kan.


Simbol  #R4BIA dipakai di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan menunjukkan tanda keprihatianan terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain itu, menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih peka mengenai krisis atau pergolakan di Mesir pada ketika ini.


  • Rabi’ah/arba’ah bermaksud Empat. Rab’ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.
  • Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi’ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi’ah.
Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.


header blog terbaru elissmie.com


cover terbaru facebook elissmie



Wallpaper PC saya



Support #R4BIA


Program kibar jalur gemilang di UiTM (link) jumaat ini..

Boleh baca entry blogger yang lain berkaitan hari kemerdekaan seperti Cara sambut hari Merdeka ,
Nyanyian Lagu Negaraku Sebelum Tayangan Filem Di Pawagam : Pandangan Aku  dan
Merdeka Merdeka @ MaTiC  .

Jom sama-sama support pejuang mesir dan kibar jalur gemilang




3 Comments:

  1. Muger2 negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.. aminn ya robbal alaminn

    ReplyDelete
  2. dah lama perasan ada gambar tu kat FB.

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah SWT lindungi saudara-saudara kita di sana, ameen.

    Nisa'

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)