Wednesday, August 21, 2013

Mengimbas nostalgia, bawa anak-anak melawat sekolah

Entry nostalgianya @ elissmie hari ni.Lepas hari raya pertama tak tahu nak buat apa dah, so ajak hubby bergambar ke sekolah-sekolah yang pernah saya belajar di kampung bagi semangat kat anak-anak untuk belajar especially my nuha yang selalu cakap tak nak sekolah kebangsaan sebab takut dengan guru besar dan tak mahu besar. Sabar jer lah.So bila dia tengok Ummi dia pergi sekolah kebangsaan ok ajer, mesti dia nak sekolah nanti.



Ni sekolah kebangsaan saya. Sekolah kat sini dari darjah 1 hingga darjah 6. Terima kasih buat semua guru yang mengajar saya dari tahun 1989 sehingga 1994. Jasamu dikenang. Yang saya masih ingat Cikgu Aminah, Sir Ravi Doraivello, Ustazah Nordini,Cikgu Hajar, Cikgu Pauzai, Cikgu Masnawi, Cikgu Alias, Cikgu Zaid, Sir Helmi, Teacher Salina. Ada yang pernah jumpa lagi dan pernah mengajar sekali masa cuti semester. hahaha.
 

Teringat masa hari pertama sekolah kat sini. Datang awal gila dengan Abang Ngah saya. Masa tu Abah saya pengawal keselamatan sekolah ni.Harus datang buka pagar sekolah. hehehe.Masa tu manja sket, breakfast tunggu abang belikan. Dia masa tu ketua pengawas. Tapi bila satu hari tu, dia tak boleh keluar kelas, saya tunggu jugak dia untuk belikan breakfast sekali masuk kelas pun lambat. Lepas tu serik dah, dan pergi kantin beli makanan sendiri dah.



Ni pulak sekolah masa tingkatan 4 dan 5.Kat sini pun banyak jugak nostalgia.  Terima kasih buat semua guru yang mengajar saya dari tahun 1998 sehingga 1999. Jasamu dikenang. Yang saya masih ingat  Ustazah Siti Sara,Cikgu Norlida, isteri cikgu Mat Salleh tu nama apa eh. Suami ingat isteri lak tak ingat. hahaha.Alamak hilang ingatan. Muka ingat tapi nama tak berapa nak ingat.  


Bila masuk sekolah ni, Abah memang pengawal keselamatan sekolah ni. Masa sekolah rendah dulu tak silap kontrak ajer. Tapi yang ni jawatan tetap sampai lah Abah pencen kat sekolah ni.

Korang pernah melawat balik sekolah lama korang ? Atau join reunion ?


 

8 Comments:

  1. sekolah ku juga...
    banyak memori indah nie....

    ReplyDelete
  2. dah lama gila tak melawat sekolah rendah. padehal dekat je ngan rumah mak kat kg tu

    ReplyDelete
  3. waaaahhhh... memori kisah lama suka dan duka.. hehehee

    ReplyDelete
  4. lama x pi tengok sekolah... nanti la bila ade cuti ek

    ReplyDelete
  5. mesti sonok kan dapat singgah sekolah lama....

    ReplyDelete
  6. menggamit nostalgia lah nih yer...:)

    ReplyDelete
  7. Reunion kat luar...kire mini reunion...
    Best jugak jmpa ramai-ramai..macam2 kisah keluar
    Sekolah pun dah banayak berubah dah sekarang...


    x0x0 ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)