Friday, January 04, 2013

Rempah Gulai Cap Bunga Ros Terengganu ada di Shah Alam dan Kalendar 2013

Biasa orang terengganu atau kelantan ajer tahu menggulai ni. Pantai timur la senang cerita. Kalau selain pantai timur , korang mesti biasa makan kari ayam ajer kan. Gulai ni rupa macam kari jugak tapi tak guna serbuk kari. Kitorang ada rempah khas untuk gulai ni, iaitu kalau belah terengganu ni, kena campur rempah gulai dan rempah masak. 



 

Sinonim sangat lah dengan Rempah Gulai dan Rempah Masak Cap Bunga Ros ni. Dulu tak silap harga dia 20 sen , tapi sekarang still la murah lagi iaitu 50 sen satu pek.Biasa nak guna , 1/3 sukatan rempah masak untuk 1 sukatan rempah gulai ni. Belakang pek ni siap ada resepi macam mana nak gulai (samada ayam, daging atau ikan)  Biasa saya follow resepi kat situ ajer. hahaha. Rempah ni kalau kat shah alam, boleh didapati kat kedai jual bawang dalam pasar moden Seksyen 6,  Shah Alam. Kat kedai tu pun ada banyak jugak produk-produk rempah lain dari Terengganu sebab dia orang terengganu. 

p/s: 

Rempah ni adalah untuk kawan saya kat Johor nuh..Akan dipos jap lagi . Semoga selamat sampai destinasi.

Korang pernah ke try makan gulai ala terengganu / kelantan ?



Masa beli rempah tu, siap abang tu bagi percuma kalendar cina yang comel ni 2 keping siap ada resepi nak buat kuih muih dalam gambar tu lagi kat belakang kalendar . Lupa pulak. Auntie Yakult pun ada bagi kalendar FM lagi. Lenkali tayang ;p

Yang ni setiap tahun mesti dapat, dari Jabatan Pembangunan Sumber Manusia. Tq :p
Yang lama dah selamat campak tong sampah. kejam....

Dah dapat kalendar 2013?

Derma melalui SMS. SMS PALESTIN  <jarak > 10 (RM10 / RM 5 / RM 3)  Hantar ke 39111[klik]
Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Pelbagai pilihan kain cotton untuk baju kurung , klik sini. [ klik laju-laju]

My Nuha | Aku Bukan Chef

26 Comments:

  1. mcm nk pg carik je rempah tu esok

    ReplyDelete
    Replies
    1. owner dia ada sorang brother gemuk2 sket, in case tak jumpa cari :p

      Delete
  2. nak gak kalender kuda tu..susah nk dpt skrng ni. kena beli brng kt kedai runcit baru dpt agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..memang jarang kan dapat. kedai motor mungkin ada lagi

      Delete
  3. xprnh lagi ku jumpa rempah gulai nih..
    klu rempah tuk mee jawe or mee bandung muo pernh lah terjumpa jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa org x cari kot. kalau tahu baru carik :)

      Delete
  4. packaging rempah ni dah tukor..anok dia upgrade sket..rega RM1-sebungkus hehehe
    https://www.facebook.com/RempahCapBungaRos?fref=ts

    ReplyDelete
  5. Pernah dengar rempah gulai tu, tapi tak pernah tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa yer ker. selalu beli kat kedai runcit depan rumah tu jer kat kampung. memang ada sokmo

      Delete
  6. eh eh! ade jual kat shah alam eh? senang lah cam nih~ tak yah tunggu balik ganu baru dapat beli.. hehehehe

    belom dapat kelendar cina lagi neh!!! huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer..lama dah ada kat sini. sejak kat eliss duk sini lagi :p skang dah pindah klang pun still gi sini beli :P

      Delete
  7. wooooo..baru tau gulai pantai timur tu tak guna rempah kari...selama ni saya igt kan sama aja macam gulai kari..hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sama.. dan dalam gulai memang tak kan jumpa daun kari :P

      Delete
  8. belum ada kelander org kasi tapi dah ada kelander design sendiri

    ReplyDelete
  9. mmg x pernah jumpa rempah tu.
    samalah kita, selalu klu masak, ikut je belakang pek tu kan.

    takat nie ada satu je calender meja.

    ReplyDelete
  10. insyallah awal bulan febuari nak gi kt..leh aa borong banyak-banyak..
    dah pernah masak gulai pantai timur ni..sedapppppppp

    ReplyDelete
  11. jarang makan gulai..
    pasni bole try :)

    ReplyDelete
  12. Mak mertua aku orang Ganu, dia kata kalau tak pakai rempah cap ros ni, memang tak menjadi le masakan gulai dia.

    ReplyDelete
  13. kiter pun pakai rempah tu..x jd kalu nak guna rempah lain

    ReplyDelete
  14. kalendar cina senang dan mudah untuk dilihat...:)

    ReplyDelete
  15. kt kuantan pon ssh nk cari rempah cap bunga..certen2 tempat je ade..huuhu

    ReplyDelete
  16. berapakah harganya rempah tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ade jual online boleh email kepada saya afa_7881@yahoo.com

      Delete
  17. hurmmm... kalendar KUDA juga yang paling best... hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)