Terlepas Entry Terkini ? Klik Sini

makhluk tuhan paling gojes atas muka bumi sedang gigih tulis komen. Terima kasih :)

Tuesday, February 28, 2012

MC pertama 2012, Sakit Mata dan Petua Untuk Elak Terjangkit Sakit Mata

Baru balik dari klinik. Doktor yang comel bagi MC dua hari.Mata gatal menjadi-jadi bila dah letak ubat titis mata. Dktor cakap belum melarat lagi.Insya Allah cepat baik. Pecah rekod MC tahun ni bukan pada awal tahun :p Kalo sesiapa yang pernah satu sekolah menengah atas dengan me mesti tahu, setiap awal tahun mesti me tak datang sekolah, demam la macam -macam la penyakit awal tahun. Bukan malas ok. 


 Macam mana nak elak terkena sakit mata ?  Petua orang dulu-dulu, jelir kat orang yang kena sakit mata tu :p Sila jelir kat me skang :)





Tapi doktor cakap, Si pesakit mata duk diam-diam kat rumah dan pesakit mata tu kena selalu basuh tangan bersih-bersih bila terpegang mata tu.Cecair dalam mata tu yang bahaya kalau terpegang pintu ker haper. Baiklah....Harap-harap tidak ada orang yang berjangkit. Niza dan Ad, sila jaga ofiz baik-baik yer :p



Acid Folid tu bukan untuk kesuburan mata :p

 Mc pertama 2012. 2 hari pulak tu., kalau tak elok doktor kata datang sambung MC .

Ok la...saya nak tidur ni, doktor suruh rehat sebab ubat makan yang dibaginya tadi boleh menyebabkan mengantuk.Tapi saya tidak dapat tidur lah pulak :p Sebab terkenang cerita Korea My Lovely Samsoon yang baru tengok sampai episod 8.hahahaha

Korang dah dapat ker MC tahun ni ? 

 p/s:

Kalo me kerja telemarketer dulu, dah rugi RM250 bulan ni sebab MC...




Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, February 27, 2012

Safee Sali dan Gadis Litar Seksi di MotorXpo 2012, PWTC

Awas, entry yang sarat dengan gambar. - Komen box dalam proses ubahsuai . Maaf bagi yang tidak dapat komen :p  Sudah boleh komen yer kawan-kawan :)

Laju jer korang klik kalau sebut seksi-seksi yer .Semalam, kitorang pergi MotorXpo 2012 kat PWTC. Tiket masuk RM8 seorang tapi my Nuha free ajer bagi yang bawah 16 tahun. Kalau korang warga emas pun free jugak masuknya (65 tahun keatas) .Tiket masuk ditaja oleh biker a.k.a my hubby.

Jom layan gambar Safee Sali dan gadis litar seksi :p 

 Mesti kena enterframe dulu. Takkan terus-terus nak tengok gadis litar seksi kan ;p

Tengok tangan kecil menyelit, siap merajuk lagi sebab dia jer tak der tag :p

Masa dah keluar dari ekspo tu, bagi dia tag ni..seronok sakan dia :p

My Nuha n me :) Sian gadis litar dilindungi belon ;p



 Safee Sali Model Motor jenama SYM, Safee Yang Menunggang






Jom pulang !!!
Eh, tak der gadis litar seksi ??? hahahahaha


Untuk tidak menghampakan korang :p Inilah gadis litar kesayangan saya :)









Ok, ok.. gadis litar btol-btol punya, dan saya paparkan dengan imej yang sopan ok !!




Lariksss...Jangan marah no :p Me tak nak korang berdosa pagi-pagi tengok gambar seksi yer :p

Korang pernah pergi ke event-event berkaitan permotoran macam ni ?

 

 Terima kasih CikLilyPutih yer untuk goodies bag ni :)

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, February 24, 2012

Dekorasi yang sesuai untuk bilik air sempit atau ruang yang terhad

Hari ni lambat bersiaran sebab me jadi penceramah untuk bengkel sistem yang dibangunkan. Seronok jugak sekali sekala jadi tenaga pengajar kepada pelajar dewasa yang pelbagai ragam ni.

Do not blame others... always be prepared - Puan Anon - TK atas nasihat. Jasamu ke kenang dalam doaku..
Hari ni deko bersama elissmie nak cerita tentang dekorasi sesuatu ruang yang korang masuk hari -hari. Kalau tak masuk sehari, makanya hari tu korang tak mandi lah.hehehe .Bilik air rumah me ada dua bilik. Satu besar dan satu kecil. So yang ruang yang kecil tu memang rasa susah sangat nak deko bagi menarik kan so me google la sana sini untuk dapatkan idea dekorasi bilik air yang sempit tu. 


Ni antara carian dekorasi yang sesuai untuk bilik air sempit atau ruang yang terhad :-



Yang ni menggunakan warna selamat - Putih. So nampak luas kan.


Teknik menggunakan cermin memang tidak menghampakan.


 Warna - warna pastel yang digunakan memang nampak menarik. Teringin nak bakul rotan bawah sinki tu :p

Bilik air kedua me lebih kurang besar ni ajer. Ada shower depan sinki. Memang terhad.



Tak salah jugak menghias bilik air dengan frame kan ? Nampak menarik


Yang ni macam konsep Bali pun ada kan.



Ok jugak kalau buatkan rak untuk simpanan barang kat bilik air tu kan.


Korang pulak ada buat dekorasi tak kat bilik air rumah korang ?

pic credit to here , here , here


p/s:
Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710

Nak beli tupperware dan NAK tupperware PERCUMA , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, February 23, 2012

Pulut Mangga @ Mango Sticky Rice Dessert , korang pernah makan tak?

Sebenarnya dah lama dah me mengidam nak makan . Tapi sampai sudah tak jumpa-jumpa :p Selalu terliur entry pulut mangga dalam blog Eyriqazz kerana ianya dessert kegemaran isterinya dan Alisya. Menjejes air liur me menengoknya :p

 Last week, masa ke Giant Seksyen 7, Shah Alam, me ternampak Thai Manggo. Terus teringat baki beras pulut yang satu cawan lebihan buat pulut durian hari tu ada lagi dalam almari. Rugi jugak kalau dibiarkan berbubuk macam  tu kan. 

Akhirnya, me buat Pulut Mangga @ Mango Sticky Rice Dessert untuk breakfast hari sabtu . My Nuha memang hantu pulut.Hari Sabtu hubby kerja so me makan berdua ajer lah dengan my Nuha. Percubaan pertama kiranya ni .Tanpa mengetahui resepi tapi me buat macam nak buat ketupat tu jer la.

Bahan-bahan yang mudah dan murah betul bagi menyediakan Pulut Mangga @ Mango Sticky Rice Dessert ni. Jom kita kira kosnya..

1KG - RM 5.80 Harga yang disyorkan untuk Cap Floral.


 Sedap beras pulut ni dan perlu cuci sekali sahaja.

Santan kotak ajer me guna. Me campur dalam pulut dan buat kuah sebabnya my Nuha dia suka makan pulut tu, so nak bagi lemak me kukus dengan santan.

Yang ni satu kotak RM2.70


Pulut mangga ni sedap, tapi masa beli tu masih muda sket so dia rasa masam-masam manis gitu. Sesuai dengan tekak me.

 Ni beli kat Giant, RM 2.89 untuk dua 2 biji.

Pulut yang sudah siap dimasak. Kalau rasa pulut tu nak terkeras , tambah santan lagi.
 Me guna 1 cawan santan untuk 1 cawan beras pulut.  


Hasilnya...Tadaaa... Ala-ala masterchef gitu. Sebenarnya tak der la dua ketul ajer pulut tu me sebat ;p Tu untuk tujuan penggambaran ajer..hehehehe

 Homemade Pulut Mangga @ Mango Sticky Rice Dessert, resepi disini..Versi me punya lah :)

Kosnya lebih kurang RM6 untuk dua orang makan gitu . Jimat kan.


Korang pernah ke makan Pulut Mangga @ Mango Sticky Rice Dessert ??




Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, February 22, 2012

Che Det di UiTM dan lukisan orang yang pertama

Hari ni bersiaran lambat sket sebabnya baru ajer abes program Syarahan Perdana, Tranformasi Minda Penyelidik Muda oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad.Amik gambar guna handphone cap Nokla biasalahkan. So kualiti gambar memang tidak memuaskan even Tun datang sebelah bahu ajer :p Hampir sejam jugak baru habis syarahannya.



"Kita tidak boleh berpuashati dengan sesuatu alatan/produk setakat itu sahaja tapi perlu memikir macam mana untuk menambahbaiknya"- YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad"


Nampak halus ajer :p Zoom pulak jadi pecah..hahaha


Amik gambar kat skrin lagi nampak :p

p/s:

 Pengakuan Tun, dia tidak tahu menggunakan komputer :)

Teringat pulak lukisan yang aku hasilkan dengan melakar wajah Tun Mahathir semasa mengikuti kursus motivasi sekolah aku setelah kaunselor suruh melukiskan wajah idola masing-masing 17 tahun lalu. Sebab aku melakar wajah Tun adalah kerana semua orang lukis gambar dia. hahahaha :p Masa tu form 1, tak der idola lagi kot ;p


Ni lukisan orang yang pertama my Nuha. Yang diconteng ditepi buku mewarna yang me beli. Mata, hidung, mulut semua ada. Bila tanya , apa kat atas kepala ni. Rambut ker? Oh, itu kaki. Jawabnya dengan selamba tanpa rasa bersalah ;p 


Korang masih ingat tak lagi lukisan orang pertama korang ?
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, February 21, 2012

Hadiah apa yang sesuai untuk biker?

Sejak dua menjak my hubby menjadi biker ni,tema hadiah hari jadi memang lah ala-ala biker gitu. My hubby request jaket untuk hadiah hari lahirnya. Dulu dah pernah beli satu jaket untuk dia. Kiranya beli satu lagi ni nak buat bergilir lah kot kot kena hujan. Tapi me tengok, kalau hujan dia rela naik EX5 dia..hahahaha..lariksss



Makanya misi pencarian pun bermula. Dari satu kedai motor ke satu kedai motor kami jelajahi. Dari Klang ke Shah Alam sehingga Kota Kemuning kami jelajahi. Akhirnya sangkut kat Welly Kota Kemuning.Ingat dah berakhir misi dia, ada lagi nak dibelinya iaitu kasut pulak. Yang ni sampai ke Jalan Sentul, Kuala Lumpur.Yang ni dia pergi dengan my Long. Tak kuasa dah nak mengikutnya.hahaha

Jom la layan gambar sepanjang misi pencarian dan hasil belian hadiah hari lahir untuk my hubby. Tapi semestinya dia tambah duit dia sendiri kan sebab nak beli jaket idaman tu :p








Gambar try jer beriya tapi belinya yang lain :p Inilah jaket yang dibelinya. 
Harga RM300++ tak silap.



Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006-2014 Disclaimer