Terlepas Entry Terkini ? Klik Sini

makhluk tuhan paling gojes atas muka bumi sedang gigih tulis komen. Terima kasih :)

Tuesday, January 31, 2012

Photobook Pertama Dari Phototalkz , kualiti macam mana?

Masih ingatkan tentang Photobook yang me gembar gemburkan dalam entry ini. Akhirnya setelah menunggu sekian lama, sebab email yang me hantar ke pihak Phototalkz masuk dalam spam ;p Selepas seminggu menunggu hasilnya, semalam ianya selamat tiba di meja me :) Alhamdulillah. 


 Jom la tengok hasil karya photobook me tu yang me design seratus peratus tapi sayang jugak sebab gambar bukannya dari DSLR kan so kualiti gambar tidak berapa memuaskan lah. Itu salah me bukan Phototalkz ok, sebab software dari Phototalkz dah warning siap-siap kalo gambar yang kita masukkan tu kurang berkualiti dan mintak kita tukar tapi me tak der banyak pilihan.



Muka hadapan (Hard cover)




Muka belakang (Hard cover )



Ni yang kat tengah-tengah.


Ada lagi 37 pages yang me tak tayang kat sini . Takkan nak tayang semua kot. hahaha. Tapi memang hasilnya amat memuaskan hati me lah. Lenkali kalo ada promosi mesti me rembat lagi. Kalo harga asal tu macam tak mampu me miliki lah [kedekut :p]

Berminat ker ? So, kalau tak nak ketinggalan offer yang menarik, cepat-cepat Register MilkAdeal percuma disini. [klik laju-laju]




Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, January 30, 2012

Beli Baju Kurung & Kain Pasang Online?

Mari rapat adik-adik, kakak -kakak , abang-abang. Hari ni nak tunjuk barang baik punya ! Sesuai dipakai di majlis kahwin (musim orang kawen kan sekarang? )pergi ofiz  pun boleh dan hari keraian (beli untuk hari raya nanti apa salahnya) jangan naik badan sudah.

Baju kurung pelbagai saiz ada dijual kat Boutique nisha ni.. Bukan setakat baju kurung, kain pasang pun ada. Kalau takut tak muat nak pakai raya nanti kan, boleh beli kain pasang dulu. Tak rugi pun kan.Jom laa kita window shopping online , tak kena bayar pun kan.Cantik-cantik kain dan coraknya. Ikut trend terkini lah senang cerita. Tak perlu bersesak-sesak ditempat awam dan bayar parking segala :)


                                                                                                      


                                                           
                                                                    
                                                             
                                 



 

Menarik tak ? Teruja ? Nak memilikinya ? Apa lagi, klik disini laju-laju untuk membuat pembelian ! Korang boleh berhubung terus kepada pemilik di alamat email qhairunisha@gmail.com atau facebook Qhairunisha Mohd Khalid.


ads - 31 julai 2012

Kot-kot lain kali korang nak beli baju kurung ni dan kain pasang , dan nak lebih mudah, korang boleh klik pada banner disidebar seperti kat atas ni jugak :)

p/s:

 
Boutique nisha adalah Advertiser di elissmie.com .Tempoh pengiklanannya adalah selama 6 bulan di  Elissmie.Com dan berharap dia berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan dan mendapat hits yang baik dari belog me ni :)
 
p/s:

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan diri, blog peribadi  atau blog bisnes serendah  
RM 3/Sebulan disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . 
 
Kalau beriklan lebih 6 bulan, korang akan dapat satu review yang bernilai RM20 secara PERCUMA.
Tiada Banner? Boleh me designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini .


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Beli Buku Ombak Rindu RM13.90 @ Karnival Karangkraf 2012

Semalam, kitorang pergi ke Karnival Karangkraf 2012. Punyalah ramai umat manusia sampai rata-rata parking atas divider jalan tu.Seb baik kitorang jumpa parking kat depan kilang Toyota tu. Menapak lah jugak ke situ tapi ok lagi la.Ni first time kami kesana.Nasihat me,  silalah pakai selipar flat supaya korang boleh menapak dengan lebih selesa dan aim buku yang korang nak ajer nanti rambang mata ;p Nak membayar pun beratur lagi.



Banyak jugak personaliti TV yang kitorang jumpa tapi buat-buat tak nampak sudah. Sebab tujuan utama adalah nak beli novel dan majalah ajer pun.Psstt..Jumpa peserta masterchef, Imelda, Mastura dan Azlina tapi Masterchef Ezani tak kelihatan kalau tak harus kena amik gambar. Jumpa Ustazah Mashitah, Fadzley dan Ustaz Don (hubby jumpa :p)


Tapi ada satu ajer yang terjuga nak amik gambar, Upin & Ipin. My Nuha siap meraung bagai sebab tak dapat salam dengan Upin & Ipin kesayangannya sebab ramai orang bersesak campur dengan hari nak hujan. Takut maskot basah gitu kekdahnya so cepat ajer Upin & Ipin dibawak masuk.My Nuha sejak dah masuk taska ni, teruja dapat buku mewarna Upin & Ipin, sampai dalam kereta pun mewarna gitu :)

Jom la tengok hasil belian semalam yang berbaloi-baloi. 40 % gitu diskaun dan ada yang lebih murah dari tu tau !

Ni lah novel Ombak Rindu yang me beli tu. RM13.90. RM 19.90 harga asal.Memang banyak gila novel tapi kenapa ntah blur habis tak tahu nak beli novel apa. hahaha. Sorang-sorang amik novel sampai ratus-ratus maklumlah voucher buku tu diterima kat karnival ni. Jelez me nengok ;p


Yang ni cuma RM5 yang ada 130 resepi. Dalam plastik lagi. Dah la kertas dia berkualiti. RM19.90 harga asal.Sampaikan cashier dia pun tak percaya :p



Beli majalah kegilaan terbaru me. Keluarga. Since RM6 sahaja bagi yang baru (Febuari) dan yang terpakai RM5 boleh dapat cabutan bertuah.

Dah register Milkadeal? Promosi sehingga potongan 90% Klik sini untuk Register PERCUMA !!! 

Ni lah hadiah cabutan bertuah.
Kelakar pun ada. Semestinya Adabi my Nuha cakap :p Macam tau-tau ajer memang selalu beli ni.


Ni free gift yang dapat semalam jugak.


Korang pernah pergi ker Karnival Karangkraf ??


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, January 27, 2012

Jalan Jalan Cari Makan @ Terengganu

Mentang-mentang semalam baru sampai dari Terengganu .Kali ni Jalan Jalan Cari Makan di elissmie meluaskan empayar ke Terengganu lah pulak .Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat jatuh cinta ;p

Hari pertama dimulakan dengan minum petang di warung tepi pantai @ Pantai Paka.Sebelah ajer dengan Residence Resort Paka. Lupa plak nama warung tapi my hubby panggil kedai Kak. Ada bau-bau bacan dengan my hubby kekdahnya. Ada banyak deretan kedai kat situ.

 Our all time favourite to the max, Air Jagung ( Air Jagung + jagung manis + aiskrim + susu)


 Dan tak perlu diperkenalkan lagi. Kerepok lekor panas-panas. RM 2 .

My Nuha dan my hubby's niece @ Pantai Paka.

Hari kedua, diteruskan dengan makan tengah hari pulak tapi kat rumah my ma.  Menu yang diperap dengan kasih sayang oleh seorang ibu dan ayah gitu .



Daging Bakar yang dipanggang oleh my Abah diatas dapur arang membangkitkan rasa.



Air asam oleh my Ma yang terangkat abis bila daging bakar tu dicicah dan masuk kemulut :p


Ni ikan sungai. Apa ntah namanya. Banyak tulang tapi bila goreng garing, rangup sungguh.



Ayam percik ni my Abah panggang pada keesokan harinya pulak :p Resepi [klik]

Hari ke tiga diteruskan dengan dinner @ BD seafood, Jalan Pantai, Sura Dungun. Menu Ikan Siakap Bakar + kerabu sotong + telur dadar + Kailan Ikan Masin. RM50++ termasuk air dan 2 Nasi Goreng USA.

 Wajah pemakan sekalian :p

 Ngah my hubby dan my Nuha :p

Ikan siakap bakar
Kerabu Sotong

Kailan Ikan Masin

Telur Dadar

Hari terakhir dengan breakfast @ Rumah Mak mertua. Nasi Minyak yang dibuat dengan penuh kasih sayang tapi lupa nak snap pic daa ;p Hari pertama dinner pun lupa nak snap. Mee rebus terengganu MIL buat. Resepi [klik]


Berakhir sudah JJCM di terengganu. Moga berjumpa lagi wahai Terengganu tempat jatuh cintaku :p


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, January 20, 2012

Makanan segera, siapa yang tidak suka ?

Me pun tak suka tapi bila tiada pilihan dan tidak mahu bersesak, ianya amat mudah . Dan ada sesetengah tempat yang jual makanan segera ada ruangan khas pandu lalu tanpa keluar dari kereta pulak tu ! So double mudah kat situ. Tapi Makanan Segera : Buruk Untuk Kesihatan.Sekali sekala boleh lah kan.




KFC salah satunya !
Abaikan chezzy wedges yang memangggil-manggil korang tu yer :p





Jemput makan semua !

p/s:

Pepsi boleh ditukar kepada milo untuk kurangkan manis dalam makanan dan lebihkan senyuman :)

 p/s:

Rasanya semua premis perlu ada kaunter pandu lalu especially nasi kukus, ayam penyet dan nasi arab.
(kedai tersenarai makanan fav to the max :p)

p/s:

Selamat bercuti semua ! Hati2 di jalanan !


Jam Dinding untuk wall deco ini boleh didapati di sini [ klik laju-laju]

Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]



Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, January 19, 2012

Kerjaya telemarketer selalu dibenci orang ?

Masa me habis belajar dulu, me pernah bekerja sebagai telemarketer. Ofiz tu terletak kat area KLCC.Ianya adalah kerja ketiga yang me pernah buat lepas habis belajar dulu. Memang me tak pernah memilih kerja sebab susah weh nak dapat kerja jika fresh sangat nih.Memang la cita-cita nak jadi System Analyst atau Pegawai Teknologi Maklumat.Tapi masih tak der peluang masa tu.

Telemarketers are sales and marketing representatives who do business strictly by telephone and complement with company email and fax. source: here

Memang mencabar nak dapatkan kerja sebagai telemarketer ni. Masa me dapat tawaran interview tu, masuk-masuk ajer diorang suruh perkenalkan diri dan bagi satu produk untuk kita perkenalkan kepada dia dan menjawab pertanyaan yang tak masuk akal secara bertubi-tubi. Antara ramai-ramai yang datang interview, me adalah salah seorang yang berjaya. Bangga jugak sebab ramai bukan melayu kan. Konon english me bagus lah tu :p Sebab memang dia nak yang tahu berbahasa inggeris dan melayu ataupun mandarin.



Me ingatkan terus dapat la kiranya. Rupanya tak. Kena orientasi dulu seminggu dan masa ni kami diajarlah macam mana nak berkomunikasi dengan betul dan praktis macam mana nak menjawab semua situasi yang akan dan bakal berlaku bila dah ditempatkan di lokasi sebenar. Tak habis lagi rupanya. Hari terakhir adalah hari saringan dimana kami diletakkan di situasi sebenar tapi customer masih lakonan lah, team leader department kitorang ajer customernya. Jika berjaya mengharungi cabaran terakhir tu , makanya korang akan  bergelar seorang telemarketer . Just baca jer skrip yang dah ada tapi kena cepat-cepatlah potong apa customer tu nak cakap :p Bila dah put on floor, masa tu diorang bagi headset, pc yang ada database customer dan telefon. Masa tu lah cabaran bermula !


Kenapa kerjaya telemarketer selalu dibenci orang ?

1) Kami akan telefon selagi korang tak amik produk yang kami tawarkan. - Sebab biasanya team leader dah tetapkan sasaran kejayaan sesuatu campaign/ produk tu.Kalo orang tak enroll,  maka kuranglah komisyen kami. Rugi la weh. Kena telefon, paling maksima 3 kali. Prestasi kumpulan pun terjejas bila orang tak beli ni. So, semua kena tanggung akibat.

2) Ada sahaja ayat untuk membelitkan korang - Sebab semua kemungkinan dah ada dalam skrip, kami baca ajer . Lancar gitu nak suruh jugak korang beli kan , siap dengan contoh-contoh sekali ada dalam tu.

3) Korang tak nak tapi kami paksa jugak - Itu memang niat kami, nak jugak korang beli. Sebab produk yang kami tawarkan biasa murah ajer. Yang pernah me buat jual insurans kad kredit. Untuk setiap RM100 akan dikenakan caj 10 ¢ tak silap. Murah jer kan tu pasal melalui telefon ajer. 

4) Selalu kena maki - Yang ni bukan kami yang maki, tapi customer yang maki kami. Tapi kami maki jugak dengan tekan butang mute pada telefon. Lega jugak buat macam ni. Kalo maki live, memang la kena hadap muka supervisor lah. Silap-silap kena berhenti kerja. Kalau dapat customer melayu konon boleh la cakap melayu, tapi tak semua melayu nak cakap bahasa melayu . Kalo salah sebut nama, takder Datin. Siap cakap, saya Datin yer. Menyampah ai ;p

Mencabarnya kerja sebagai telemarketer ni korang tau.Tekanan tempat kerja memang tinggi nak-nak Team Leader yang jenis tak masuk akal. Hari pertama ajer dah targetkan me dapat jual produk kepada customer. Memang tak la kan. Ilmu pun masih kurang didada. English pun tak lah lancar mana. Kadang tak faham customer tu cakap apa.Dan kadang-kadang tak faham apa yang cuba me terangkan. hahaha.Pernah menangis sebab tak achieve target.Akhirnya,berjaya jugak buat sales dan komisyen memang tinggi. Masa first day dapat sales tu, seluruh team tepuk tangan untuk me. Semangat terus masa tu :p Kalau tak MC bulan tu siap dapat RM250 tak silap. Gaji memang dah tak de masalah sebab basic ajer dah dekat RM2K.Last -last 2 bulan lepas tu me resign sebab tak tahan tekanan. 


Korang pernah berhadapan dengan telemarketer?


p/s: 

Sorry kepada telemarketer dari CIMB yang jual insuran AVIVA tu sebab me terus potong cakap dia dan letak telefon sebab tak nak terpengaruh dengan tawarannya. hahahaha


Dah register Milkadeal? Promosi sehingga potongan 90% Klik sini untuk Register PERCUMA !!! 


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, January 18, 2012

Periksa Tekanan Darah Di Rumah

Last week, Long aku datang dengan gadget baru dia.Omron Blood Pressure Monitor yang dia dapat percuma sebagai hadiah cabutan bertuah sempena annual dinner ofiz dia. So nak suruh la adik dia yang ala-ala doktor ni tolong tengokkan macam mana nak guna. Mentang-mentang lah me pernah buat ujian diabetes kat Abah me kat rumah tu kan guna Blood Glucose Monitor tu ;p




Ok. Untuk Periksa Tekanan Darah Di Rumah, mestilah kena ada pesakit dan Blood Pressure Monitor.Kalo takder , silalah buat pemeriksaan tekanan darah korang di hospital berdekatan yer.

What do I need to do before I measure my blood pressure?

  • Don't eat or use caffeine, alcohol, or tobacco products 30 minutes before measuring your blood pressure.
  • Go to the bathroom and empty your bladder before measuring your blood pressure.
  • Rest for 3 to 5 minutes before measuring your blood pressure. Do not talk.
  • Sit in a comfortable position, with your legs and ankles uncrossed and your back supported.
  • Place your left arm, raised to the level of your heart, on a table or a desk, and sit still.
  • Wrap the cuff smoothly and snugly around the upper part of your bare arm. The cuff should fit snugly, but there should be enough room for you to slip one fingertip under the cuff.
  • Check to see that the bottom edge of the cuff is 1 inch above the crease of your elbow. source: here


Mula-mula kena test tekanan kat diri sendiri dulu.Abaikan baju kelawar pesakit ;p


Hamik kau ! Bacaan me - prehypertension.
 Pulse reading pun tak normal ni :p (Normal pulse rate at rest is between 60 – 80; average 72)

Try hubby pulak.




Sama ! Prehypertension.hahaha.


Prehypertension - This means that you don't have high blood pressure now but are likely to develop it in the future. You can take steps to prevent high blood pressure by adopting a healthy lifestyle. source: here 

Macam mana me tahu yang baca tu ? Hebat kan ? Sebenarnya me rujuk ajer manual yang diberikan.hehehe


Dah register Milkadeal? Promosi sehingga potongan 90% Klik sini untuk Register PERCUMA !!! 



p/s:

  Dapat ole-ole Dari Dubai from IS sebab berjaya meneka nama tempat di Dubai.Tq dear !
FM & cokelat  !

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, January 17, 2012

Siakap Tiga Rasa @ Afnan Tomyam Seafood & Western Food

Episod jalan-jalan di elissmie ni bawak korang luar sket dari Shah Alam. Maklumlah dah tak duduk Shah Alam, so jajahan takluk pun makin meluas sket sampai ke Kuala Selangor gitu :p [next JJCM di elissmie tu yer ;p ] 

Dah register Milkadeal? Promosi sehingga potongan 90% Klik sini untuk Register PERCUMA !!! 

Afnan Tomyam Seafood & Western Food
Sebelah Masjid Kampung Batu Belah
foursquare : klik sini

Map to Afnan Tomyam Seafood & Western Food

Kali ni restoren yang dipilih berdekatan dengan rumah me jer la. Masakannya hampir sama dengan restoren kegemaran kami iaitu Shid Seafood iaitu masakan ala Thai gitu laa kekdahnya. Jom la layan mata yer sebab nak ajak korang makan memang dah selamat dah.



 Harus dimulakan dengan my Nuha and me dulu yer ..

Jom layan menu pulak. Menu yang korang semua boleh teka punya lah. 


 Ikan Siakap 3 Rasa yang sedap



Kerabu Perut yang empuk dan masam masam manis gitu

Kailan Ikan Masin

Telur dadar ni menu wajib ada

Sambal belacan untuk my hubby harussss ada jugak

p/s: 


Overall makanan kat sini sedap jugak dan harga pun berpatutan.Servis pun cepat jugak (15 minit menunggu sahaja even ramai jugak orang ) tapi tak boleh lawan lagi kot kat Shid Seafood sebabnya sampai ajer kami terus dapat makan kalau kesitu :p hahaha

Bintang : 4 / 5

Harga : RM52.20



Deko dalam ni. Boleh makan bersila juga kalau mahu.

Pilihan kami makan di meja


My Nuha pun beria-ria makan.


Makan hingga licin gitu :p Tak baik membazir tau !


Pilihan ikan segar


Bahagian depan kedai


Peace !


 peace yo !


 Ni ada sekeping gambar hubby my Nuha amikkan ;p

p/s: 
 2 pic atas ni my Nuha yang amikkan tu pasal kualiti tidak memuaskan .hehehe




Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006-2014 Disclaimer