Tuesday, November 27, 2012

Hubby mengidam durian crepe, saya mengidam pavlova dan Pai Tee

Orang lain yang mengandung, orang lain yang mengidam . Layankan jer la dia yer. Bagi hubby peluang nak mengidam jugak. Mesti dia baca entry Eyriqazz pasal Durian Crepe ni Durian Crepe Gebu dan Sedap. Semalam cakap kat saya suh order durian crepe dengan Irma. Hari ni, saya masuk jer blog irma, sekali terpandang entry baru Tempahan Durian Crepe Sudah Dibuka. Memang fenomena jugak Durian Crepe skang ni kan. Tak pasti la irma guna resepi apa, adakah guna resepi 5 jenis tepung ?




Buat semua penggemar durian. Tempahan sudah dibuka.Pengambilan hari SELASA 27 Nov 2012 bermula pukul 3 petang hingga 10 malam atau JUMAAT 30 Nov 2012 pukul 12 tengahari hingga 10 malam.[ korang nak order, klik sini] Sedihnya, ingat nak amik hari Sabtu ni tapi cuma sampai jumaat sahaja bukanya.




Pavlova yang saya menang hari tu pun, dan irma janji nak buatkan 2 layer tu, tak terambil-ambil lagi ni. Dah terliur sangat dah ni. Minggu depan family day ofiz pulak kat Bukit Merah Laketown Resort ! Bila la nak merasa pavlova free ni asyik tertunda-tunda ajer :( Pandangan Peribadi Pavlova Irma boleh baca kat sini.



Dan Pai Tee, yang ni saya makan 2 minggu lepas dengan mantan boz Ida , di TCRS Tesco Shah Alam. Rasa nak makan lagi :p

Korang rasa nak mengidam sama ker ? hahahaha. lariksss..



20 Comments:

  1. wohhh aku pun nak pai tee jugak...lama sungguh tak makan...

    ReplyDelete
  2. lprrrr...ingt nk try durian crepe irma plak

    ReplyDelete
  3. menjadi satu fenomena kan sekarang ni durian crepe.

    ReplyDelete
  4. terliurnye tengok pai tee tuh~ dah lama sgt2 tak makan~

    ReplyDelete
    Replies
    1. pai tee tu, tak nak belajar raa? mana ntah nak beli acuan tu.

      Delete
  5. saya tak pernah rasa durian crepe tu..hihihihi..
    plan next week nak suruh wife saya buat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah buat tu, meh laa htr kerumah saya doc..hehehe

      Delete
  6. Sume blom sempat try lg kak eliss..huhu..nk jugakkk!!!
    paling nk skali duyan crepe..hantu duyan mest nk rs..hehe

    ReplyDelete
  7. petangni nak pi amik durian crepe dari irma lagi...siap budak ofis kim sekali...hik3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita amik sabtu ni.. hahahaha. seb baik irma dpt buatkan :)

      Delete
  8. takut pulak nak mkn durian crepe sbb masih BF. mcm mengidam jugak. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut baby panas kan tapi durian crepe ni, sket jer isinya, x sampai kot seulas :p

      Delete
  9. Sedapnya... Tak berkesempatan nak mencuba durian crepe ni. Macam mana la rasanya. Nak kena cari jugak ni.

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)