Jemput Baca Entri Terkini...

Thursday, February 02, 2012

Menunggu Makanan Sejam Lebih @ Papa Seafood , Jeram

Episod jalan-jalan di elissmie kali ni pergi menapak lebih jauh lagi.Tapi dekat sket lah dari JJCM @ Terengganu tempoh hari. Sebenarnya JJCM kali ini adalah dorongan kuat dari entry ini. Kami pergi berlima sebab bawak Long & Kak Long. Hajat di hati memang nak merasa ikan bakar Aroma Ikan Bakar, Jeram , Kuala Selangor tapi bila dah sampai sana melihat lautan manusia memang tak sanggup nak menunggunya. Dah la kami kesana main redah ajer . GPS pulak tak der signal tetiba.Lebih kurang setengah jam dari rumah me. Mungkin kitorang patut datang tengah hari kot . Tak per, weekend ni kita redah lagi :)


Lantas, kami seterusnya mencari kedai makan lain yang kurang orang. Akhirnya terjumpa lah Papa Seafood.Terletak kat betul-betul di jalan utama. Selepas simpang masuk ke Pantai Jeram. Masuk-masuk ajer pilih ikan, sekali ikan tak banyak pilihan cuma ada ikan bawal ajer. Terkubur ajer lah nak makan ikan bakar sebab kat situ tak der buat ikan bakar. Hampeh. Geram !! Arghhhhhhhhhhh. Over maks ;p  Dah la sotong pun habis.Baik tak yah letak nama Papa Seafood.Oh mungkin , Papa = Miskin. Miskin Seafood kekdahnya.Lepas tu kami order jer lah apa yang ada tu.


Mode redha ajer lah kan. Itu tak per lagi. Perut dah lapar ni. Kami sampai sana dalam pukul 9 tak silap. My Nuha mula bising lah cakap lambat sebab dia dah lapar. Lepas tu kitorang mintak nasi putih dan sup kosong untuk dia dulu :p Dalam sejam lebih menunggu sampai my hubby sempat solat kat surau yang disediakanlah. Seb baik la ada jugak hiburan, bebudak sekolah agama duk menasyid kat situ sambil kutip derma. Ada jugak halwa telinga.hehehe


Cakap banyak pun tak guna. Setelah sejam lebih menunggu, akhirnya , makanan yang diorder sudah tiba. Ramai yang bermuka cencurut pada malam tersebut sebab memang standard me rasa kedai ni, sejam lebih baru makanan sampai.Tapi nasib baik makanan semua sedap atau [kami yang lapar ] dan boleh lah bagi  4/5 bintang. Servis memang tidak memuaskanlah. Layak bagi 0/ 5 bintang.





Ikan Bawal Masak 3 rasa & Ikan Bawal Masak Masam Manis [Tak terambil gambar ;p]



Burung Puyuh Goreng



Lala goreng pedas


Sayur campur


Total : RM90++ untuk 5 orang makan. 


p/s: 
Me siap tanya cashier tu, macam ni ke selalu kena menunggu sampai sejam lebih.

"Kalau datang serentak lambat lah kak " jawab cashier itu tanpa menunjukkan riak rasa bersalah .

So korang semua sila jangan datang serentak..kah kah kah. Sila buat jadual yer :p

Korang pernah ke ada pengalaman macam ni ? Servis lambat dan lembab?


Awasi Suspek Ini


p/s:


Khidmat Masyarakat dibawakan oleh elissmie.com




28 Makhluk Tuhan Paling Sexy Telah Komen:

Cik Rose Cute said... [Reply to comment]

Sedapnya menjamu selera..follow sini...

Saya Disini said... [Reply to comment]

sedapnye..lapar rase tngk mkanan ni

luahfikiran ... mari kita said... [Reply to comment]

Salam,
Ramai orang tak sepatutnya jadi sebab ... dah jangka pelanggan ramai, buatlah persediaan ! Kalau perlu tambah pekerja masapeak time tu, ramaikan pekerja.

Cho Zila said... [Reply to comment]

takperlah... memang gituler standardnyer... janji sedapkan... tak pernah gi lagi yang kedaini kalau gi jeram

Encik Anif said... [Reply to comment]

Kalau menunggu lama.. mood nak makan pun sudah hilang!

mama tisya said... [Reply to comment]

kalo lmbt sedap tkpe...tp kalo tk sedap sure hangin

Tifa said... [Reply to comment]

Memang tension kalau jadi camgini . Nak pulak pada kita yang beranak kecil . Budak budak bukan tahu tahan lapar macam kita .

Atia Adina said... [Reply to comment]

pas ni konpem tak gi dah kedai tu

eB ezrin said... [Reply to comment]

uish tgk muker tuh raser seram la. hu3
kami pernah byk kali gi tempat2 yg slow giler, x berab laks tuh orgnyer. ms kat CH la... leh tanyer kedai maner. hik3
tapi besanyer kalo eB gd mood eB senyum. kalo x, siap ko... eB bsh kat c2 gaks sampai terkedu. grrrrrrrrrrrrrrr aum aum ;p

e.l.i.s.s.m.i.e said... [Reply to comment]

@Cik Rose Cute memang sedap tapi servis lambat, kebulur dulu :p

e.l.i.s.s.m.i.e said... [Reply to comment]

@Saya Disini lapar yer? kenalah pergi yer.

e.l.i.s.s.m.i.e said... [Reply to comment]

@luahfikiran tuh laa pasal patutnya kena budget laa siap2 kan org mesti ramai datang.

e.l.i.s.s.m.i.e said... [Reply to comment]

@Cho Zila pergi buat sakit hati ni namanya.hehehe

e.l.i.s.s.m.i.e said... [Reply to comment]

@Encik Anif tuh laa psl. sampai masuk angin dah perut.

e.l.i.s.s.m.i.e said... [Reply to comment]

@mama tisya tapi dah lewat malam dah dinnernya so memang hangen jugak.hehehe

mrs.ecam said... [Reply to comment]

klu de bnde lain nk mkn cth otak2 ke...tauhu bakar ke...tnggu la jugak...tp klu xdek tu blah jek kot...heeeeeee

Nia said... [Reply to comment]

sbb dtg serentak? hek ele,..ape pyer alasan dia bagi..adoi..

|| NaFiRaa || said... [Reply to comment]

pernah jugak terkena.. tapi kalo service lambat makanan sedap tak pe~ buatnye x sedap.. rasa nak jek bakar kedai tuh kan~

bila tengok menu2 tuh.. terasa nak pergi ke Aroma Ikan Bakar lagi sekali!!!

e.l.i.s.s.m.i.e said... [Reply to comment]

@mrs.ecam sebab dah tak der pilihan. x familiar dengan area situ :p

e.l.i.s.s.m.i.e said... [Reply to comment]

@Nia memang alasan mintak kaki nama dia.hehehe

e.l.i.s.s.m.i.e said... [Reply to comment]

@|| NaFiRaa || jom jom. weekend ni , nak tak? hehehe

MAMASUE said... [Reply to comment]

bab mknan lambat ni mmg blh hangin satu badan...lagi2 bile pegi tu mmg perut tgh lapar gila

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said... [Reply to comment]

pernha gak elis, lambat giler dekat sejam gitu dan yang paling sakit hati leh plkaorang yang datang lambat dari kita dapat makan dulu, then biler dapat makanannya hampeh sungguh indah khabar dari rupa sedpa lagi makanan kat kedai2 tepi jalan tu

zh-ena said... [Reply to comment]

byk kali gak jadi mcm nie..plg terbaru masa ena makan di bagan lalang..hampir 1jam lebih la menanti makan siap di msk

KiD said... [Reply to comment]

kid pernah.. orang tu tersilap hantar order.. lambat buat. lepas tu kid nak blah. diorang cakap sorry dan bagi voucher.. huhuhu.. kedai seorang penerbit 'film'.. heheh

Dinas Aldi said... [Reply to comment]

Tu diaaaa, sejam tunggu! Nasib baik sedap :)

mummy_adam said... [Reply to comment]

sila jgn dtg serentak atau lebih bagus sila jgn dtg.. hehe :P

kakyong said... [Reply to comment]

memang tensen kalo kena menunggu lama.. nampak servis tak cekap..

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006-2010 Disclaimer

Follow Me on Twitter