Friday, February 24, 2012

Dekorasi yang sesuai untuk bilik air sempit atau ruang yang terhad

Hari ni lambat bersiaran sebab me jadi penceramah untuk bengkel sistem yang dibangunkan. Seronok jugak sekali sekala jadi tenaga pengajar kepada pelajar dewasa yang pelbagai ragam ni.

Do not blame others... always be prepared - Puan Anon - TK atas nasihat. Jasamu ke kenang dalam doaku..
Hari ni deko bersama elissmie nak cerita tentang dekorasi sesuatu ruang yang korang masuk hari -hari. Kalau tak masuk sehari, makanya hari tu korang tak mandi lah.hehehe .Bilik air rumah me ada dua bilik. Satu besar dan satu kecil. So yang ruang yang kecil tu memang rasa susah sangat nak deko bagi menarik kan so me google la sana sini untuk dapatkan idea dekorasi bilik air yang sempit tu. 

Ni antara carian dekorasi yang sesuai untuk bilik air sempit atau ruang yang terhad :-



Yang ni menggunakan warna selamat - Putih. So nampak luas kan.


Teknik menggunakan cermin memang tidak menghampakan.


 Warna - warna pastel yang digunakan memang nampak menarik. Teringin nak bakul rotan bawah sinki tu :p

Bilik air kedua me lebih kurang besar ni ajer. Ada shower depan sinki. Memang terhad.



Tak salah jugak menghias bilik air dengan frame kan ? Nampak menarik


Yang ni macam konsep Bali pun ada kan.



Ok jugak kalau buatkan rak untuk simpanan barang kat bilik air tu kan.


Korang pulak ada buat dekorasi tak kat bilik air rumah korang ?

pic credit to here , here , here


p/s:
Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710

Nak beli tupperware dan NAK tupperware PERCUMA , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]


9 Comments:

  1. toilet rumah zaila biasa-biasa je..beli cermin & bekas tempat letak berus gigi di ikea, rata2 semua perkakas beli di Ikea & en husben pasang sendiri:)

    ReplyDelete
  2. klau dapat toilet best gini bestnyer.. tapi rumah kita bilik air cinonet sesangat idakler dapat..

    ReplyDelete
  3. kak, bakul tu kat ikea ada RM25 je 1.. tak sama tapi serupa.. hehehe

    http://www.ikea.com/my/en/catalog/products/20173151/

    ReplyDelete
  4. igtkan rm85 tu utk rege satu set toilet tu sume..hahaha..xbace btol2 mule2..

    ReplyDelete
  5. jd yg mana satu pilihan Eliss sebenarnya?

    ReplyDelete
  6. hermmmm klu kat umah akak tak selamat design camni....kejapan ajer habis basah semua

    wah sedapnya pulut mangga...tak pernah buat lagi

    ReplyDelete
  7. toilet. mmg klu tgk di tv, majalah bagai. semua toilet cun habis mesti sinonim juga dengan rumah yg cun.

    so, sebaiknya design dalam toilet eliss juga berkonsep yg sama.
    sekadar pandangan....

    ReplyDelete
  8. salam kenal...idea yg menarik...boleh refer..heheh...:)

    ReplyDelete
  9. Semua pun cantik...Nice blog..

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)