Terlepas Entry Terkini ? Klik Sini

makhluk tuhan paling gojes atas muka bumi sedang gigih tulis komen. Terima kasih :)

Thursday, December 29, 2011

Kabinet TV design by my hubby, siap sudah..

Hari ni bertemu lagi di episod deko bersama elissmie. Seperti dijanjikan hari ni me publishkan quotation kabinet tv yang kontraktor tu bagi dan quotation untuk kami punya kabinet tv . Mana tahu korang berkenan, boleh terus berhubung dengan mereka terus kan.


 Design 1  - RM 1800.00

Jangan lepaskan tawaran Milkadeal, RM48 untuk rawatan di spa, sapa nak bagi. Klik sini untuk Register PERCUMA !!! 

Design 2 - RM 2000.00


Tapi kitorang tak berminat dengan design mereka sebab dah ada design impian sendiri kan. So my hubby telah realisasikan dengan design sendiri pakai Microsoft Word ajer :p So memang memenuhi citarasa kami lah kan. 


 

 Inilah design my hubby tu - RM1800.00


Semalam kontraktor telah datang pasang kabinet tv yang my hubby design tu. Beberapa kali tertunda sebab banyak cuti kan .Lagipun me malas nak cuti. Alang-alang , parent me ada kat rumah, so me suh diorang datang semalam.Patutnya Isnin lagi. 


Jom kita tengok hasil akhir mereka dari pelbagai sisi seperti dibawah :-

 

p/s:

Memang puas hati betul lah dengan hasil kerja mereka. Mungkin lepas ni memang terus ambil khidmat mereka untuk buat kerja pengubahsuaian yang lain :)

Mereka boleh dihubungi :

ABS TREND MASTER SDN.BHD 
No. 81, Jalan Cokmar 1, Mutiara Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor Darul Ehsan.
No Tel : 03-3342 7660
ZUL - 0132067660
SYAFIQ - 0133887671


psst :
Sesiapa yang ingin membuat saham akhirat, boleh menyumbangkan derma ikhlas untuk Pembinaan Masjid Bandar Bukit Raja 
Untuk sumbangan:
Nama: JAWATANKUASA PEMBINAAN MASJID BANDAR BUKIT RAJA.
Bank CIMB Islamic: 1277-0000702-105

Kelulusan Membina Masjid : JAI.SEL.BPM/01/033(42)
Kelulusan Memungut Khairat (Derma) : MAIS/E/MAL/03-2/001/03-1/24(2) 


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, December 28, 2011

Cinta Internet, pernah ker korang terjebak?

Internet secara umumnya merujuk kepada gabungan jaringan komputer yang berkomunikasi menggunakan sistem pertuturan yang sama dikenali sebagai TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol). Ia berfungsi sebagai satu rangkaian yang besar menghubungkan badan kerajaan, komersial, Institusi Pendidikan dan individu di seluruh dunia.sumber : sini

Sakit belakang, lenguh pinggan,lenguh bahu, cuba Tiger Balm ni dengan klik sini laju-laju

Sekarang ni duk kecoh tentang Cinta Internet atau lebih kasar Cinta Awang Hitam yang mana menjadikan pelbagai medan sosial baik facebook, twitter, blog untuk memerangkap mangsa untuk dijadikan keldai dadah. Pelbagai kisah kita dapat baca di akhbar tapi itu yang didedahkan, yang tak dedah kita tak tahu la kan.

Awalnya, mereka disogok kemewahan termasuk kereta, wang RM1,000 seminggu dan tinggal di kondominium mewah, namun di penghujungnya mereka dilayan seperti hamba seks, aksi lucah dirakam, diugut, dipukul, dikurung serta hampir terjebak kegiatan jenayah. Itu pengalaman dua wanita Melayu mahu dikenali sebagai Huda, 28 dan Amy, 27 yang menjalin hubungan dengan lelaki warga Afrika dan kini menempuh hidup penuh kesukaran selepas ditinggalkan sumber : sini

Macam mana nak kenali cinta Awang Hitam tu ?

1) Profile picture yang cun melecun / hensem dan macho bergaya - Nak memerangkap mestilah letak profile picture yang memenuhi piawai masyarakat sedunia kan. Kalo muka ala-ala nak makan pun tak selera nak dibuatnya, macam mana la nak lekat gitu kan.Orang kata dari mata turun ke hati.

2) Ayat-ayat yang jiwang karat  - Bahasa tu kan jiwa bangsa.So, memang diorang akan sedaya upaya menggunakan ayat-ayat yang sekali baca boleh terpedaya lah.Tangkap leleh punya ayat lah kiranya.

3) Mesti diorang menyamar sebagai kenalan yang berasal dari luar negera - kita kalo sebut luar negara mesti teruja, maklumlah duduk kat malaysia ajer, mana tahu boleh kawen ngan mat salleh/ minah salleh, boleh laa berhijrah ke luar negara macam retis :p



Ini adalah salah-satu contoh penipuan Cinta Awang Hitam yang didedahkan oleh Apak Cikidong melalui Facebook beliau.




Contoh gambar profile


Contoh ayat-ayat cinta



Kepada gadis Melayu, bukalah mata kasar dan mata hati, usah terperangkap dengan kata-kata manis sebilangan warga Afrika.Sudah diperdaya, di tipu dan kemudian tubuh diratah pula. -  Credit to Mazidul Akmal

Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh oleh neyra shazeyraLennymoriza dan ditaja oleh Hafiy Dot Com



My Nuha | Aku Bukan Chef
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, December 27, 2011

Sudah beli ke baju sekolah anak ?

Alhamdulillah, my Nuha berjaya diterima masuk taska ofiz me setelah beberapa tahun memohon . Tapi tak der la beli baju sekolah bagai kan sebab baru taska. Lagipun surat untuk daftar pun masih tak dapat lagi.Katanya sebelum 31 hb ni. Berdebar jugak rasa nak hantar dia masuk taska ni. Sebab lepas tumpang hari tu kat sana , dia macam berat hati gitu nak pergi taska. Katanya cikgu suh dia duk kat tepi dinding. Tak pernah pulak tanya kenapa cikgu buat macam tu.Mungkin denda dia nakal ker haper, sebab my Nuha ni kalo orang buat dia, dia akan balas balik. Gangster jugak kan ;p


Sebenarnya Ahad lepas, me teman Ngah me sekeluarga beli baju sekolah dan keperluan sekolah yang lain untuk anak buah me yang sulung, anak Ngah me tu, Danish Adha Shah.Sekejap ajer , anak buah me dah nak masuk tahun 1. Betapa cepatnya waktu berputar kan.Banyak jugak keperluan yang kena beli bila anak nak masuk tahun 1 ni yer.Me tengok terbang lah jugak RM 3-4 ratus.


 Danish Adha Shah @ Jusco Bukit Raja


Yang mana ada anak nak sekolah tu, boleh la print out senarai keperluan sekolah bawah ni untuk rujukan. Baru lah tak teringgal kan yang mana perlu dibeli. Credit to here.

Baju sekolah, beg sekolah,kasut sekolah,stationery,  tali pinggang, kapur kasut semua 
ada di promosi Back To School Special @ Jusco Bandar Bukit Raja, 28 Nov 2011 - 1 Jan 2012



My Nuha pun sama-sama sibuk yang jugak.


Alih-alih dia yang kepenatan hingga tertidur dalam troli bersama barang-barang keperluan sekolah Danish.


Danish !Cik Su harap Danish dapat belajar rajin-rajin !



Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, December 23, 2011

Adakah korang penggila Tupperware??

 Me bukanlah penggila Tupperware® tapi adalah juga Tupperware® kat rumah me tu hasil rembatan dari rumah my ma kat kampung ;p dan menang contest haritu. Tapi penggila Tupperware® yang me kenali rasanya adalah arwah nenek me sebelah my Abah. Masa me kecik-kecik dulu memang me teruja tengok Tupperware® bersusun-susun dalam almari rumah dia. Dari sekecik-kecik Tupperware® sampailah sebesar-besar Tupperware® . Dalam peti ais semua dia letak Tupperware®   untuk simpan barang-barang macam gambar kat bawah ni lah alkisahnya.



My ma pulak selamba ajer bagi cucu dia Tupperware® untuk buat main tapi yang jenis kecik-kecik tu lah dalam RM30 jugak me tengok :p Tapi skang ni me simpan balik Tupperware® tu semua sebab sayang. Hahaha. My Nuha pun tak sedar Tupperware® dia me dah simpan dalam almari. Keji tak?

FreezerMate Medium Set


Yang macam ni me rembat dari my Ma tapi 3 ajer lah bukan semua :p


Rice Dispenser


Teringin jugak nak ada Rice Dispenser ni tapi tengok harga RM200++ pitam :p



p/s:

Seronok jugak kalo main kutu Tupperware® kan :p So tak terasa sangat nak beli tu.


Adakah korang penggila Tupperware??

 p/s:

Kemenangan terakhir agaknya 2011 selepas menang topup RM10 dari Eyriqazz dalam entry ini :) Dapat jugak Tupperware® ni hasil backlink seperti entry ini  :)


p/s: 

Terima kasih korang yang rajin klik iklan advertiser @ elissmie kat sidebar kanan dan terima kasih kepada semua advertiser @ elissmie.com sepanjang tahun 2011 yang sudi beriklan di elissmie.com.

p/s: 
Sesiapa yang berminat beriklan di elissmie.com serendah RM3 sebulan sila email di elissmie [at] gmail [dot] com . Jika beriklan selama 6 bulan dan keatas akan diberikan satu advertorial post bernilai RM20.

 


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, December 22, 2011

Sudah Terima Tawaran Opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam ?

Hari ni lambat sket bersiaran sebab Pengarah kitorang bagi taklimat sket pasal Tawaran Opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) . Due date bagi kami adalah sebelum 2 Januari 2012.  Yang ketara perbezaannya mestilah tangga gaji. Bagi tangga gaji Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Gref F29 kepada F 2-1 ). Yang lain me tak ketahuan la. Tapi kenaikan gaji tahunan memang berbeza lah setiap kategori. Cikgu la paling masyuk me rasa. Terus tiba-tiba nak jadi cikgu balik ni :p



 Tangga Gaji Sebelum


 

  Tangga Gaji Selepas





Me Sudah Terima :)

p/s: 

Me kekal bersara umur 58 tahun dan menolak opsyen bersara 60 tahun. 
Ada siapa disini bersara tahun 2040?

p/s:

SBPA- Tangga Gaji Single Point (gaji semua angka genap ) dan kenaikan adalah berdasarkan Penilaian Prestasi 70% dan keatas. So kena kerja sungguh-sungguh la macam ni ;p Eh, selama ni bersungguh tapi ni kena lebih bersungguh yer dak :)


Korang dah terima ker SBPA ?

Korang dah register ker ChurpChurp ? Klik sini laju-laju untuk pendapatan tambahan duit poket :) Daftar percuma sahaja !! Apa tunggu lagi.Bertindaklah sekarang...



Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, December 21, 2011

Cermin mampu luaskan ruang yang sempit ker?

Bertemu lagi dalam deko bersama elissmie .Hari ni me nak tayang hasil deko terbaru rumah kecik me tu.Almaklumlah kecik, so dalam kepala asyik duk fikirkan macam mana nak besarkan ajer lah. Bukan renovate untuk besarkan tapi menggunakan cermin.Ilusi gitu kan kekdahnya.So, akhirnya me telah rembat satu cermin kat kedai perabot. Memandangkan warna kerusi meja makan tu hitam, so me cari bingkai yang warnanya hitam untuk matchingkan dia.



Jom layan gambar sebelum dan selepas deko di ruang makan rumah me.


 Sebelum




Selepas



p/s:

Lebar cermin ni dalam 6 kaki.RM500

 p/s:

Dinding belah kanan menggunakan cat Nippon Paint - Creeping Willow 882 , dinding utama Drama Red 271.




Teringin jugak nak beli cermin FIGGJO IKEA ni :) Harga RM99. 

p/s:
Ada orang boleh tolong beli tak kat IKEA Damansara ;p



Tip Menjaga Cermin Hiasan
  • Bagi memastikan cermin hiasan sentiasa bersih dan bersinar-sinar, permukaannya perlu dilap setiap hari atau sekurang-kurangnya seminggu sekali.
  • Cuci cermin menggunakan cecair pencuci atau cuka.
  • Jangan lupa, cermin antara perhiasan pertama yang dilihat dan ditatap tetamu.
  • Bagi cermin hiasan berwarna tidak boleh dicuci seminggu selepas pemasangan, sebaliknya lap menggunakan kain lembut dan pencuci tingkap biasa atau penyapu bulu ayam untuk cucian harian.
  • Cermin hiasan berbingkai atau bercorak perlu lebih teliti penjagaannya kerana proses penjagaan bukan hanya pada cermin malah merangkumi bingkainya sekali.
  • Meletakkan cermin hiasan di atas meja tidak digalakkan sekiranya anda mempunyai anak kecil.
  • Dari konsep dekorasi, elakkan menggantung cermin hiasan berhampiran aksesori hiasan dinding lain kerana ia boleh menghilangkan seri penataan ruang yang ditampilkan.

credit : sumber


p/s: 

Kabinet TV dah dapat quotation. Nanti me tunjuk next week dalam episod seterusnya deko bersama elissmie :)



Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, December 20, 2011

Dato' Dr Hj. Mohd Fadzilah Kamsah in the office :)

Tandatangan jer pun. Bukan tuan punya badan. Kalo tuan punya badan, mau hari-hari bermotivasi diriku ini nak buat kerja kan ? :)  Nak-nak diri me yang kurang bermotivasi ni sebab 3 hari bercuti. Terasa seperti hari Isnin pulak hari ni. My Nuha pulak demam semalam, so tu yang sambung cuti semalam. Actually ni sijil me dapat masa pergi motivasi tempoh hari kat Agrotek tuh.





Inilah tandatangan Dato' Dr Hj. Mohd Fadzilah Kamsah



 Ni lah sijil yang me dapat tu :) Thanks Dato'

Korang pernah ker jumpa  Dato' Dr Hj. Mohd Fadzilah Kamsah in person ? 

p/s:
Teringin jugak nak jumpa sekali, asyik jumpa dalam TV ajer kan.

p/s:

Seronok jugak kadang-kadang tengok Johan tiru suara Dato' Dr Hj. Mohd Fadzilah Kamsah :p


63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga oleh Dato' Dr Hj. Mohd Fadzilah Kamsah. credit : sumber

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t 



p/s:

Terima Kasih Ad atas ole-ole dari Langkawi :)

KIA Optima K5 ?? Best ker kereta ni ? Klik sini untuk ketahuinya...


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, December 16, 2011

Mampukah korang menjadi MasterChef dirumah ??

Sekarang ni kan musim MasterChef Malaysia. Tapi me asyik la terlepas ajer nak tengok sebab banyak lagi cerita lain kat TV :p So, kadang-kadang tengok jugak yang ulangan. Me memang tak bosan tengok cerita masak memasak ni. Sampai my Nuha protes la sebab kalo Sabtu tu, sehari suntuk tengok AFC pun tak per. Keji mak dia tak bagi tengok Astro Ceria.My Nuha pun dah pandai main masak-masak gara-gara suka tengok AFC dan MasterChef .


Mampukah korang menjadi MasterChef dirumah ??
 
1) Beli Apron dulu - Masak kena sentiasa gunakan apron lah. Baru nampak MasterChef. My Nuha nampak me pakai apron terus ajer dia kata, MasterChef ;p Kuat btol pengaruh MasterChef kan.Baru pakai apron tu.Tak masak lagi ni.

2) Masak Ada Had Masa - Korang bagi sejam untuk diri korang masak, agak-agak siap tak. Tiba-tiba anak suh basuh berak, tiba-tiba jiran sebelah rumah bagi salam, tiba-tiba hubby suh angkat kain hari nak hujan , tiba-tiba, banyak la tiba-tiba. Dari sejam jadi namploh jam ;p

3) Hias makanan ala-ala Chef gitu - Kalo masak sedap-sedap ker ok laa jugak kan nak hias2, tapi setakat nasi goreng kicap macam ni, tak ke nampak lucu :p Jenuh pulak nak deko-deko, nak2 semua tengah lapar. Tak kuasa ok !


Cubaan untuk bergelar MasterChef malam tadi.
Nasi Goreng Kicap Udang Beradu ;p 
Siap ada menu noks :p


4) Bagi Juri rasa - Siapa nak kena jadi juri? Mesti la hubby dan anak kan. Kalo korang masak untuk diri sendiri ajer , bagi yang belum berpunya tu, korang rasa sedap, korang puji lah diri sendiri. Kalo tak sedap, duk diam-diam sudah :p Tak siapa tahu kan. hehehehe. Tapi jangan lah sentap pulak bila hubby tegur tak sedap even kita masak penat-penat. Kata nak jadi MasterChef ;p Atau buat-buat tersingkir, dah tu tak berasap lah rumah korang ;p

5) Kuliah MasterChef - Siapa lah yang nak kena jadi Chef bagi kuliah kat korang yer kat rumah. Semestinya buku resepi dan internet lah kan. Kalo korang tak tahu menu, google ajer, atau selak-selak ajer buku resepi.


Salah satu Chef of mine :p

6) Jerit Medic - Cuba korang jerit medic bila jari terpotong kat dapur, ada bantuan ker datang ? Kalo tak der, tak yah la berangan nak jadi MasterChef kat rumah. Korang luka, korang balut lah sendiri. hehehehe. Dah-dah, gi sambung buat kerja , tak yah la nak jadi MasterChef ;p

p/s: 




 


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, December 15, 2011

Betul ke Kuali Tefal tak melekat ?

Sebenarnya me terpengaruh dengan iklan Tefal kat TV. Tapi me tahu, mahal jugak nak membelinya tu kan. Tapi teringin tu tetaplah ada kan. Biasalah kaum wanita ni, barangan dapur tu antara yang dekat dihati jugak selain shopping kasut dan handbag. Setuju? :p 


 Last Monday, masa cuti Keputeraan Agong tu kan (Daulat Tuanku! ) , kitorang konon nak beli keybox, tapi sampai sudah tak jumpa. Abes dah tawaf setiap shopping mall, last-last beli kat KK Home @ SACC Mall. 

Masa dekat Carrefour tu, me terpandang la kuali dan periuk jenama Tefal duk promosi gila-gila kat situ. 70% lah, 50% lah. Tanya my hubby, dia kata amik lah. Apa lagi, terus lah sambar satu kuali Tefal yang kecik yang harga asal RM90++ tak silap , dapat RM40++ ajer :p  Korang terjah la ke Carrefour , mana tahu masih ada lagi promosinya.


My first Tefal's wok :p


 Chef de France :p Bagi lah me berangan jadi Chef de France :p





Size kuali ni 24cm. Tak la kecik sangat kan ?


Tips penjagaan kuali Tefal :-

1) Basuh dengan air panas, kemudian amik sponge untuk cuci dengan sabun pembersih. Better jangan guna sembarangan detergent, takut merosakkan lapisan dia.

2) Jangan gunakan sabut keluli tu nanti tercalar pulak

 **  Kalo guna sudip tu, nak elak tercalar better guna senduk kayu lah kot. Nak kena shopping sudip kayu lah pulak , lalalala.

 Sumber : Me amik kat kertas kat kuali tu sendiri :p **My own tips

p/s: 

Malam tadi dah guna buat goreng telur dadar . Memang tak melekat lah. Minyak pun guna sket ajer. Boleh save  minyak gitu. Lepas ni kalo ada sales lagi boleh la beli lagi kan Sayang :p


Korang ada ke kuali tefal ? 




Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, December 14, 2011

Raja buah, siapa yang tak suka ??








p/s:

Wordless wednesday la sangat :p

p/s:

Actually sedang training ColdFusion 8 selama 2 hari bermula hari ni


p/s:

Beli durian kampung di Hulu Langat dalam perjalanan pulang ke rumah dari Agrotek Garden Resort. Satu biji yang besar RM10, yang kecik RM5 sebiji


Korang suka makan durian tak?

 Nak sangat kurus kan ? Klik sini laju-laju


Samsung Galaxy W interface to whatever you like, klik sini laju-laju untuk dapatkan satu !! 

Menangi Grand Livina hari ini, klik sini laju-laju..



My Nuha | Aku Bukan Chef
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, December 13, 2011

Sudah bermotivasikah diriku ini @ Agrotek Garden Resort Hulu Langat

Rupanya bukan team building yang me pergi last week. Last minute tukar jadi kursus motivasi lah pulak. Seb baik yang datang hari tu adalah dari EXCEL TRAINING & CONSULTANCY (M) SDN. BHD. Company Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah tak silap. Motivator pun memang ala-ala Dato' habis lah. Memang 3 hari 2 malam tu terasa sekejap ajer.


Agrotek Garden Resort
Kampung Sungai Semungkis Batu 14 1/2, Ulu Langat 43100 Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-9021 6596 / 7935 / 6541. | Faks: 03-9021 6514.
Website : http://www.agrotekresort.com/


plan

 Map to Agrotek Garden Resort

 Jom la layan gambar-gambar sekitar program motivasi kami kat sana tu.Ada pelbagai aktiviti jugak selain ceramah motivasi. Terus rasa diri bermotivasi tapi masih sempat tulis blog :p

Baru sampai :) Lebih kurang sejam lebih dari Shah Alam.

Yang golongan bawahan macam me ni duduk dorm ramai-ramai yang boleh memuatkan 14 orang tapi 10 orang jer hadir tapi.Katil double decker gitu macam asrama ;p

 Ahli Dorm Cendrawasih :p

TV LCD sama besar dengan monitor kat ofiz me ni ajer tapi hari pertama jer dapat tengok, lepas tu sampai sudah , haram tak dapat tengok. Astro kena panah petir ker haper tak tahulah :p

Belakang ni ajer dorm me duduk tu.


 Yang ni untuk golongan kelas atasan ;p 4 orang sebilik, tapi jauh gila dari tempat makan dan dewan.hahahaha. Keji ;p

Ni motivater hari pertama, Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew



Ni motivater hari kedua, Khairul Saleh bin A.B.Dullah

Depan pintu pertama hari kedua. Patutnya ada senaman pagi tapi instructor terbabas tidur kot, last2 kitorang jalan kaki sampai ke hujung resort. Mengah jugak sebab dah la ke pintu utama tu curam gila panjat bukit.

Subhanallah...


Teringat kat kampung me :)

 Aktiviti hari kedua belah petang pulak ada jungle trekking oleh pihak Agrotek Garden Resort.

Serius curam jugak. Dan keadaan yang licin hujan hari sebelumnya.



Harus bergambar di check point 1 :p

 CP1
 Dah nak sampai bawah.

 Bukit yang ditawan :p
 Sampai sudah....

Ni tempat makan, siap atas air lagi tu :)


Malam tu siap ada BBQ kambing tapi yang sempat me snap adalah tulang kambing ajer..kih kih kih

"Sentiasa berfikiran positif dan maafkan orang sekeliling sebelum tidur "


Korang pernah join kursus motivasi ??



Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006-2014 Disclaimer