Terlepas Entry Terkini ? Klik Sini

makhluk tuhan paling gojes atas muka bumi sedang gigih tulis komen. Terima kasih :)

Wednesday, November 30, 2011

Design Kabinet TV mana yang korang paling berkenan?

 Rumah me masih tak lengkap sepenuhnya. Yang basic semua dah beli, tinggal yang tak berapa nak penting sahaja. Ingat nak suh kontraktor kabinet dapur tu buat Kabinet TV pulak since hasil kerja mereka yang ok tu.Siap ada jaminan setahun lagi kot-kot ada rosak apa-apa Kabinet Dapur tu.Maaflah sebab minggu ni kira ada dua episod deko bersama elissmie  :p

Design Kabinet TV mana yang korang paling berkenan? 


Design 1

 
Design 2

Design 3

 Design 4 

  Design 5

   Design 6

   Design 7


  Design 8


  Design 9


  Design 10


  Design 11

   Design 12




psst :


Orang dah lama ada LCD, Plasma , LED TV, tapi me baru duk ada. Terima kasih Carrefour sebab offer LCD TV 32 " RM800 ++ sahaja sempena sweet 17 mereka :p

psst : 

Me rasa time ni me tengah gigih simpan kain baju untuk berpindah esok hari, secara official.



Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, November 29, 2011

Pekena Ketam Masak Telur Masin Dan Itik Panggang @ Restoren Cina Muslim Al-Munawarah

Bertemu di episod JJCM di elissmie. Masih ingatkah entry kelazatan Itik Panggang @ Mohd Chan hari tu [ klik sini ] ?  Kali ini me bawak korang menjamu mata kat Restoren Mukmin yang terletak di Seksyen 9, Shah Alam. Kedai ni sederet dengan Restoren Cili Merah , dan terletak kat hujung sket.

Venue : Restoren Cina Muslim Al Munawarah
No 28, Jalan Tengku Ampuan Zabedah
K9/K Seksyen 9, Shah Alam
Ustaz Hj Muhammad Yusuf Ong Abdullah - 012 264 2889  

Waktu berniaga : Isnin - Ahad 11 Pagi - 11 Malam
Jumaat  4.30 petang - 11 Malam

Mula-mula,kita tengok dulu penaja makanan malam itu :) Terima kasih my dear hubby :) 
Actually, duit dia dapat claim servis ambulan hari tu :p

Muka tukang makan :p



Masa nak balik tu, hubby bayarkan. Ustaz tu siap bagi Nuha duit lagi. Nuha cakap duit raya..hehehe ;) Terima kasih yer Ustaz.Moga dimurahkan rezeki :)


Pilihan menu yang pelbagai


Kalo nak pekena yang set pun ada


 Sama - sama :)

Deko kat dalam ni yang sejuk mata memandang

Kat atas pun ada ruang lagi untuk makan

Lepas tu korang jamu mata jer la yer..Layan !!!

Ketam Masak Telur Masin @ RM42

Sayur Chap Chai (Sayur campur senang cerita )


Sotong Celup Tepung


Itik Panggang


Sos untuk Itik tadi

Epal Asam Boi

 Semua sekali tak silap RM80++. Sekali sekala boleh la makan kat sini . Tapi me masih teringat-ingat itik panggang di Mohd Chan yang lebih enak. Mungkin menu yang me amik ni tak kena kombinasinya..

Korang suka chinese food tak ? Yang Halal la tapi :p

Me dah cashout Churp churp, korang bila lagi ? Klik sini untuk Register secara PERCUMA...

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, November 28, 2011

Kabinet Dapur sudah siap, akhirnya....

Masa entry ni dipublish, me tak tahu kat mana lah me berada. Samada di Penang, Kedah , dalam perjalanan pulang ke Shah Alam ataupun sedang bersenang lenang tarik selimut dirumah ;p Yang pasti sedang bercuti sehingga rabu ;p Anyway, Selamat Menyambut Awal Muharam semua :) Me ke Kedah menghadiri kenduri kahwin adik kepada SIL , Kak Long.



Kali ni episod deko di elissmie,saja nak tayang hasil pengubahsuaian kabinet dapur rumah me hari tu.Lambat jugak siap sebab granit yang me nak tu out of stock.So tertangguh la lebih kurang seminggu gitu. Apapun cabarannya, memang me puas hati dengan hasil kerja mereka. Lepas ni nak suh diorang buatkan kabinet TV pulak. Jom la layan gambar kabinet dapur me tu. Masa diorang pasang tu me takder ditempat kejadian, malam tu baru pergi tengok.Berdebar jugak takut diorang buat cincai kan tapi Alhamdulillah, nampak ok ! Siap ada jaminan setahun lagi kalo ada masalah. Jom laa layan gambar !
Pandangan dari pintu belakang dapur
[Abaikan langsir owner lama yang berkusam tu, x sempat nak cabut :p]


 Pandangan dari depan

Pandangan bahagian bawah

Ni hutang entry yang hari tu [alaa langsir gelap gelita tu] Ni upkan balik seperti dijanjikan...


 Sliding door jer ada dua layer dan me guna rod kayu tu untuk langsir eyelet tuh.Sangat puas hati :)


Ni langsir dalam bilik tidur. Semua bilik guna sama ajer , warna sama langsir sama :p
 


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, November 25, 2011

Bersalin secara pembedahan atau biasa ? Mana satu pilihan korang ?

Me rasa semua orang nak bersalin secara semulajadi atau biasa ni. Tapi ada jugak segelintir orang mahu melahirkan anak secara pembedahan untuk tidak merasai sakit bersalin secara semulajadi tu yang semua orang tahu ianya adalah sangat sakit, senang cerita super sakit. Dan ada orang nak lahir secara pembedahan untuk memilih tarikh-tarikh yang istimewa contohnya 6.9 (birthday me ;p) dan tarikh yang popular tahun ni adalah 11 11 2011 atau 20 11 2011 . 

Me ditakdirkan untuk melahirkan anak secara pembedahan tanggal 2 8 2008 (cantik jugak kan ? Itu kebetulan bukan pilih tau ) . Tapi sempatlah merasa sakit nak bersalin tu setelah di'induce' oleh doktor sebelum melahirkan konon boleh bersalin normal lah. Pengalaman me dua kali menjalani pembedahan , Alhamdulillah tidak sakit macam orang selalu sebut tu. Mujur Alhamdulillah. Mungkin berkat doa my hubby dan terpaling penting doa ma dan abah me sebelum masuk ke dalam dewan pembedahan.

 Mengikut pengalaman me, bersalin secara pembedahan ni kena lebih banyak pantang daripada bersalin secara semulajadi sebab kita tak tahu apa yang sedang terjadi kat dalam sana tu .Masa me operate kehamilan luar rahim hari tu, doktor tu cakap parut pembedahan yang lama dah tebal kat dalam tu dan seboleh-bolehnya saranan beliau adalah bersalin secara semulajadi selepas ini.Kalau tak mungkin rasa sakit kat perut akan selalu ada kat situ akibat parut yang tebal tu. Dahla kalo kita bersalin pembedahan doktor menyarankan untuk tidak mengangkat berat sekurang-kurangnya 3 bulan.Bengkung pun bukan sebarang bengkung boleh pakai dan parut yang hampir 10 cm tu pun susahnya nak hilang ;p
Tapi kalo nak betul-betul semulajadi boleh cuba beranak dalam air macam isteri angkasawan negara kita atau tanpa bantuan ubat-ubatan (induce) atau epidural seperti sahabat blogger kita Hanz yang amat saya kagumi .


Kisah Dr Halina bersalin dalam air





Dr Halina mengambil masa 18 jam untuk melahirkan bayinya di Hospital Pantai, Bangsar. Dr Halina ialah doktor bius di Hospital Selayang, dia dimasukkan ke hospital Pantai pada jam 2 pagi Jumaat dan melahirkan anak pada jam 9.08 malam. Dr Halina memilih bersalin dalam air, kerana kaedah tu mengurangkan sakit dan lebih semulajadi.

Kisah selanjutnya & Credit to  :http://nurizspace.com/2011/07/gambar-anak-sheikh-muzaffar-shukor-dan-dr-halina.html

Kisah Hanz & Natural Birth @ Home


Note : Baby Hazlami is borned on 9th of July at 5:10am by natural & gentle birth, right at our home with only me & his Papa to welcome him to this world. This birth affirmations was really helpful which I used to hypnotize myself during the labour moments. - Hanz



pic credit to : Oli

 
Kalo korang pulak macam mana ? Bersalin secara pembedahan atau semulajadi ? Mana satu pilihan korang ?



 Bersalin la macam mana pun, apabila bayi sudah selamat berada dakapan kita, semua jadi indah ! Percayalah ! Percayalah ! 

pssst :
Saja tunjuk gambar masa slim dulu  :p

“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh  neyra shazeyraLennymoriza  dan ditaja oleh Sentuhan Bayu




Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, November 24, 2011

Misteri Kotak Besar Kat Ofiz ?

Ok, ini bukan cerita seram :p Minggu ni, setiap hari orang lalu depan partition me akan tanya ? Apa ni? Peti Ais ker? Semua macam nak tahu sangat apa yang ada dalam tu kan. Ok, hari ni me nak reveal lah, sebab kotak tu pun dah selamat diangkut oleh my hubby semalam. Tq darling ! Jom kita tengok kotak besar sebelum dipindahkan semalam.Cuba korang teka !!Jangan tengok dulu :p







Sebenarnya kotak besar ini adalah




-






-



-





-



-






-





-



-



-






-





-



Jeng jeng jeng 

pssst: Abaikan batang-batang cat yang tak simpan lagi sebab ada dinding tak tercat lagi :)


Taddaaaa....



Red Ferrari you in the house ! Jom tengok Model Ferrari tersopan abad ini !




 Duduk bersimpuh tak boleh tahan


Abah pakaikan seatbelt dulu ! Safety first !


Peace yo !!


Vrooooooooooommmmmmmmmmmmmm..


Actually ni hadiah birthday dari hubby and me [nak jugak kredit :p] untuk my Nuha sempena birthday dia yang ke 3 hari tu. Dah la celebration pun tumpang majlis ayah mertuakan, hadiah pulak lambat :p Tapi better late than never kan nak ! :p


Me beli melalui carian di mudah.com. Bawah ni dia punya spec la, credit to : here . Servis memang terbaik sebab me order Jumaat , Isnin dah sampai. Tu pun sebab stok habis hari jumaat tu. Kalo tak rasanya, jumaat tu terus dah sampai kot.Siap follow up balik tanya dah sampai ker tak.Memang betul-betul memuaskan . Tapi hubby pening jugak kepala semalam sebab nak kena pasang kereta tu:p Ingat dah assemble siap-siap. Seb baik setelah bertungkus lumus baca manual, setengah jam ajer dah siap pun pasang.

Price : RM 350 + RM30(Pos servis - kanggaro ) 

Kereta Mini Ferrari F430 berbateri 6Volt BERWARNA BARU di dalam kotak!



Ciri-ciri:

1. Boleh di laraskan
( ke depan dan belakang, membuat
pusingan ke kiri dan kanan)
2. Bateri boleh di cas semula 'penjimatan elektrik'
3.Set lengkap di dalam kotak termasuk charges, remote disediakan
4. lampu bercayaha di hadapan & belakang
5. Sesuai dijadikan hadiah yang unik untuk kanak² berumur 1-6tahun.
6. Max. speed: 3km/h
7.Max. loading: 30kg
8.Product size: 91 x 60 x 52cm


** Ada music jugak tau, so naik boleh dengar lagu dan bila nak start enjin tu, bunyi dia macam kereta btol tapi me rasa tu bunyi yang dah dirakam kat situ lah :p

Bagi yang berminat boleh berhubung dengan : Cikgu hafiz Toy Bike and Car Mini Interprise: 0134563419


pssst :


Kecik-kecik lagi dah dapat kereta ferrari :p Kereta ni nama dia HD - Hasad Dengki ? Kah kah kah.
No Plate dia ada mirip2 dengan no plate motor Abah dia yang baru :p




Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, November 23, 2011

Ini Bukan Cek Nuffnang Mahupun ChurpChurp ok !




Semoga segala urusan yang dalam entry ini dipermudahkan Allah. Amin. 

Cun kan tarikh cek tu, 221111 dan amaun adalah 23K :)


psst :
Entry yang konon-konon wordless lah sangat :p

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, November 22, 2011

Pekena Steamboat @ Johnny's Restaurant , siap tak cukup gitu :p

Hari ni lambat sket bersiaran sebab nak bawak korang menikmati jalan-jalan cari makan di elissmie. Kang kalo publish awal-awal, ada yang tak makan lagi, menjejes pulak air liur. Ni aktiviti makan-makan pakatan hari lahir yang terakhir untuk tahun ni. Lepas ni bayar sendiri sendiri pulak la kalo nak kuar makan-makan. Tak gitu geng pakatan hari lahir? :p


Kali ni sambut birthday Ad pulak [Semoga panjang umur dan murah rezeki yer Ad] .Pilihan dia kali ni, sama macam Kak Ema last year ;p Johnny's Restaurant


Venue :  Johnny's Restaurant   Lot G22, Jusco Bukit Raja Shopping Centre,
Persiaran Bukit Raja Klang,
Bandar Baru Klang,
41150 Klang, Selangor.

TEL : 03-33416182 FAX : 33419182
Business Hours: 10.30am – 10.30pm (Sunday to Friday)
10.30am – 11pm (Saturday)

Lokasi branch lain, boleh rujuk [sini yer]


Jom la layan gambar deko dan makanan yang sempat me amik. Lepas tu tak dan lah, sebab masing-masing laju ajer makan sampai titisan kuah yang terakhir [ok , exaggerate kat situ :p]

 Deko ala-ala Bali

Waiter dia yang tak silap ada assistant manager kat situ yang sabar melayan karenah kami :p Tq yer :)

Tuan Tanah sedang memilih order menggunakan kuasa veto :p

Ad kelentong apa ntah kat Niza, siap terpejam-pejam mata..hahaha

Kak Ema pun tertidur sebelah me :p



 Buku menu & tisu :p


close up sket

Sebelum diisi kuah tomyam


  
Setelah segala mak nenek dimasukkan untuk distimkan :p

Moral of the day : Jangan minum kuah steamboat banyak-banyak nanti cepat kenyang. Tapi jangan tak hirup kuah sangat sebab nanti rasa tak kenyang. hahaha. Kali ketiga pergi nanti, kena order lagi banyak kot ;p

p/s: 

My Nuha tanya, kenapa dalam gambar kat atas ni dia tak ada. Katanya sampai hati Ummi tak bawak dia. Abah dia kata, lenkali Abah dia bawak pergi situ :) hehehe. Jom sayang, bila? :p lalalalariksss

Korang suka tak makan steamboat?


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006-2014 Disclaimer