Terlepas Entry Terkini ? Klik Sini

makhluk tuhan paling gojes atas muka bumi sedang gigih tulis komen. Terima kasih :)

Friday, September 30, 2011

Siapa mudah terpengaruh dengan iklan angkat tangan ?

Ok, jatuh tangan..hahaha Me pun salah sorang yang mudah terpengaruh dengan iklan . Banyak barang-barang yang me beli mesti ada kena mengena dengan iklan. Baik produk makanan, penjagaan diri mahupun elektrik.


Iklan kat TV la paling banyak mempengaruhi seorang suri rumah yang sedang berpantang ni . Hahahaha. Makin lama me duk kat rumah, makin banyak la pengaruh iklan meresap masuk dalam badan me ni ha.. Seb baik ada 10 hari jer lagi sebelum me memulakan tugas di ofiz :p

Korang dah cuba Gardenia Delicia Waffles yang baru tu ?? Me dah try pun. Rasanya tak sedap mana pun, rasanya lagi sedap waffles yang me buat :p Tapi tekak orang lain-lain kan, mana tahu korang suka plak.

 Me beli yang Fresh Egg Vanila. Tak tahulah kot perasa lain sedap :p

 RM 1.40 untuk 2 keping waffles tu..



Lepas tu terliur plak dah nak makan Pizza terbaru tu kat Pizza Hut tu , Chunky Loaded Pizza yang asyik duk tayang-tayang jer depan mata perempuan dalam pantang ni. Kurang asam boi btol la :p


Korang dah try pizza ni ? Sedap ker tak sedap eh sebenarnya ? Ingat nak pi makan lepas abes pantang ni...hahahaha

Korang senang ker dipengaruhi oleh Iklan ???

The Samsung Galaxy SII is a gorgeous, lust-worthy smartphone that packs a punch in its slim form indeed.

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, September 29, 2011

Suri rumah perlu dibayar gaji setimpal, setuju ?

Hari ni dah masuk hari ke 5 me buat kerja rumah tanpa bantuan my ma yang dah balik Terengganu dengan my Abah last week. Maklumlah masih berpantang, kerja tak berani nak lasak-lasak lagi setakat basuh baju, jemur baju dan sediakan breakfast, lunch dan dinner serta layan karenah my Nuha.Belah malam pulak, my hubby ringankan beban me,dengan mop rumah seperti kebiasaanya lah :)





Jadi suri rumah penatnya, lagi penat dari me duk ofiz buat kerja programmer,mengadap coding dan betulkan error kat sistem. Mana taknya, celik je mata , maka bermulalah kerja suri rumah dan hanya akan berakhir ketika masuk tidur.So, me rasa bukan calang-calang orang boleh jadi suri rumah sepenuh masa. Me masih tiada kemampuan itu. Cukup lah suri rumah sepenuh masa hujung minggu. .

So bagi yang bergelar suri rumah, janganlah merasa rendah diri kerana suri rumah pun adalah kerjaya jugak tau!

Seseorang suami patutnya membayar gaji yang setimpal di atas pengorbanan isteri yang bergelar suri rumah sepenuh masa ni, setuju tak ?



My little helper, yang kadang -kadang buat tekanan darah me naik kalo dia start buat ragam..hehehehe

p/s : 

Penat jugak nak fikir, nak masak apa untuk lunch dan dinner :p


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, September 28, 2011

Divider antara ruang tamu dan ruang makan mana yang sesuai ?

Jumpa lagi dalam episod deko bersama elissmie :) Lama dah tak citer pasal deko kan :) Me dan my hubby belum decide lagi nak letak divider apa yang sesuai untuk bahagikan ruang tamu dan ruang makan rumah baru kami nanti . Bila baca-baca kat Impiana, ada banyak ideanya.


1. Jenis display cabinet




 credit to : here

2. Jenis Tirai





credit to : here


3. Jenis Kayu Solid





pic credit to :here


4. Jenis Kaca




Korang rasa divider antara ruang tamu dan ruang makan jenis yang mana yang sesuai ?


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, September 27, 2011

Tengok wayang dari rumah lebih jimat dan mudah kan ? Astro First lah kan ?

Akhirnya movie pertama yang me tonton kat rumah adalah Hantu Bonceng. Seb baik ada Astro First, merasalah orang pantang nak tengok wayang kan. hehehe. Memang mudah dan jimat la boleh tengok wayang kat rumah ni sebab ianya serendah RM15 untuk 48 Jam.Dah berapa kali duk tengok ni :p Maklumlah ada peminat cerita hantu tegar kat rumah ni (My Nuha la :) Senang sket nak buat kerja...hahaha. Pagi ni ajer dah 2 kali dia tengok :p




Me bagi 5/5 bintang lah untuk Hantu Bonceng.

Seronok jugak tengok wayang sambil-sambil lipat baju, jemur baju dan siap baring-baring sekali dan boleh pulak update blog :p [Adegan yang tidak boleh dicapai apabila menonton wayang dipawagam kan ? ]

Bagi yang masih tidak tahu membuat pembelian movie di Astro First, boleh ikut langkah berikut. Credit to Astro First

1. Sila ke Saluran 480 Astro First untuk melihat senarai filem terkini dan tekan butang Biru di alat kawalan jauh Astro untuk membuat tempahan. Lihat pemilihan bahasa (melalui butang I-II) dan tonton saluran promosi Astro First (melalui butang Hijau).


2.Tekan butang "OK" untuk menempah filem pilihan.


3.Tekan butang Biru sekali lagi untuk mengesahkan tempahan.




4.Anda akan melihat kod 16 digit di kaca TV. SMS kod berkenaan ke 32999 dan anda akan menerima balasan SMS untuk pengesahan tempahan. Filem pilihan anda akan muncul dalam tempoh 5 minit selepas itu. Mudah sangat!


5.Untuk menonton filem pilihan anda itu, tekan butang Kuning. Jika anda belum membuat tempahan, anda akan melihat ini diskrin. Namun, jika anda sudah menempah, anda akan melihat judul filem pilihan anda di 'Filem-Filem Saya' dalam tempoh 5 minit. Selain itu, anda juga boleh menonton filem pilihan anda di saluran 482 hingga 485.



Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, September 22, 2011

Naik ambulans kena bayar RM200?

Ni last nak cerita entry yang ada sangkut paut dengan hospital.hahaha. Nanti korang jemu plak kan macam tadak cerita lain plak :p Tapi ni satu pengalaman baru aku la, merasa naik ambulans.

A click away to the world of wonders -. BlackBerry PlayBook, BlackBerry Bold, BlackBerry Curve, BlackBerry Torch! So many choices, at such a small price.Klik sini



Ambulans ? Korang pernah naik ambulans ? Kiranya hari tu first time la aku naik ambulans. Dah la terpaksa diusung dari tingkat 2.Aku langsung tak buka mata sebab ngeri bercampur sakit.Asyik duk sebut Allah ajer sepanjang turun tangga dengan canvas stretcher tu dan masa dah masuk dalam ambulans tu baru aku buka mata. Laju jugak driver ambulans ni bawak aku rasa, sebab sekejap ajer dah sampai kat DE*MC .Patut la banyak kes babitkan kemalangan ambulans kan.





DE*MC tak der ambulans, masa my hubby call dia bagi no telefon EMS Ambulance.Tak sampai setengah jam, ambulans datang angkut me lah. Ni jugaj kiranya first time la my Nuha tengok ambulans secara dekat, tak habis cerita pasal ni kat me yang me naik ambulans sebab me sakit perut :p Lepas dah sampai, dia hulur bil ambulans kat my hubby, nah bayar RM200. hahahaha. Tak sampai 5 minit jer pun dah RM200. My hubby cakap kalo tahu mahal macam tu, dia dukung ajer..hahaha. Keji tak ? ;p Seb baik dapat claim balik dengan ofiz dia.Selamat duit dia :)

Ni info yang me dapat dari Yellow Pages

Ambulance Service:

EMS Ambulance

Address:
No. 2, Jln Tokoh 2 25/28b,
Taman Sri Muda,
40400 Shah Alam,
Selangor

Tel: 012-282 7454

Email: siti_jazalina@ymail.com

 Senarai ambulans servis yang lain kat sini..

Korang pernah ker naik ambulans?Cer citer..cer citer


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, September 21, 2011

Menu orang berpantang, menyelerakah?

Me sekarang menjalani proses berpantang dibawah seliaan my ma. Kalo my ma tak der,  alamaknya me kurang berdisiplin lah gamaknya :p Tapi me malas nak pakai stokin. Minggu pertama jer beria pakai stokin.hahahaha. Rimas seh :p Minyak panas tu kalau rasa banyak angin dalam badan baru me sapu. Keji btol :p Orang tua-tua cakap, dah tua baru tahu kesannya kan :p Degil btol me kan :p




Ni nak kongsi masakan yang my ma buat sepanjang me dalam proses berpantang ni yang dah masuk hari ke 13. Tapi start Sabtu ni me akan berpantang sendiri lah sebab my parents dah nak balik Terengganu.

Antara menu berpantang  ikan haruan / ikan selar goreng/ayam kurang minyak sebab tadak pemanggang :p , sup haruan/ayam yang tak ditumis dengan minyak macam rebus ajer tapi letak sup bunjut, kerabu pegaga,gulai kuning ikan haruan tanpa lada tapi banyakkan halia dan kunyit. 

Menu orang berpantang, menyelerakan jugak kan ???

Minggu pertama memang me belasah sup ikan haruan sampai naik muak la.
Lepas tu pandang pun dah tak lalu :p

 Ni nak kongsi resepi kerabu pegaga yang simple oleh my ma. Pegaga ni dikatakan dapat merangsang pertambahan air susu tau.Bagi korang yang nak fully breastfeed nanti boleh la cuba resepi ni.

Tips penjagaan muka.Wash. Tone. Moisturize. Klik sini laju-laju !! 


Bahan ulaman: Daun pegaga dan daun kunyit
Bahan tumbuk: lada hitam,bawang merah, ikan yang direbus seperti ikan selayang (sardin) .
Cara-cara : Potong halus daun ulaman, gaul bersama bahan yg ditumbuk. Jgn lupa garam dan gula secukup rasa. Boleh la dimakan dengan nasi panas-panas.





Selain ubat hospital , me ada makan kapsul pati haruan sebab me serik dengan pengalaman lampau, pati haruan.hahahaha. Makcik me cakap khasiat dia sama ajer pati atau kapsul so kenapa nak susahkan diri menelan pati haruan tu kan. Kapsul ni RM20.

 Cuba korang share jugak kat sini menu orang berpantang yang menyelerakan ?

A click away to the world of wonders -. BlackBerry PlayBook, BlackBerry Bold, BlackBerry Curve, BlackBerry Torch! So many choices, at such a small price.Klik sini


p/s: pic yang tak der watermark credit to google

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, September 19, 2011

Betul ker makanan hospital tak best ?

Mentang-mentang baru keluar hospital asyik nak cerita pasal hospital ajer kan. Me dah hampir recover dah ni. Jahitan pembedahan pun nampaknya sudah makin pulih dan kalo batuk/bersin pun tak rasa sakit sangat dah.Rabu ni nak kena jumpa doktor balik untuk rawatan susulan gitu. Hopefully semuanya OK belaka.Terima kasih untuk ingatan dan doa kalian semua :)

Tips penjagaan muka.Wash. Tone. Moisturize. Klik sini laju-laju !!

Ni nak cerita pasal makanan hospital swasta la :p Sebab me tak pernah masuk hospital gomen even keja gomen sebab di Shah Alam ni tadak hospital gomen. Bila la Hospital Shah Alam nak siap erkk..

Betul ker makanan hospital tak best ? Me rasa semuanya bergantung kepada anak tekak kita kot ! Kalo sakit mesti kita kurang selera dan kita rasa semua makanan hospital jadi tak sedap.Sebabnya, masa minggu sebelum aku kena pembedahan tu, aku rasa makanan dia tak der la tak sedap sangat, tapi lepas pembedahan, semua rasa tak best :p hahahaha

 Kalo kat DE*MC, kita boleh pilih menu yang berkenan dijiwa lah kan.

 
 Ni bekas makanan yang disediakan sebelum dibuka...



Selepas dibuka...

 Salah satu menu yang aku pilih adalah spagetti dan bagi aku , aku boleh bagi 3 out of 5 :)

Buah-buahan , nyaman :)

Bagi korang betul ker makanan hospital tak best ? 

p/s:

Bila sakit2 ni, ramai yang call dan datang melawat me, sungguh terharu.Thanks kepada semua ofiz mates, blogger mates dan kawan-kawan yang datang melawat me baik dihospital mahupun dirumah.
Thanks Tina datang semalam :)

p/s:

Tak sabar nak masuk kerja balik dengan environment tempat kerja yang baru dan partition baru :)
ofiz jer la masih sama :p


Samsung Galaxy Tab, bestnya kalo dapat satu. Korang nak? Klik sini laju-laju..

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, September 14, 2011

Kos Pembedahan Luar Rahim lebih mahal ? | Akhirnya me kehilangan bayi yang dikandung...

Hari ni hari ke 4 me keluar hospital. Sebenarnya pada hari Khamis lepas, me dikejarkan semula ke hospital dengan ambulans kerana sudah hampir pitam dan sudah tidak mampu bergerak dan doktor cakap kalo lambat mungkin me boleh kehilangan nyawa.Rupa-rupanya me mengandung diluar rahim atau ektopik selain UTI yang mungkin masalah sampingan.

Kandungan ektopik juga dikenali sebagai kandungan dalam tiub. Ia adalah keadaan di mana embrio melekat di tiub fallopio bukannya di rahim. Tanda-tanda kandungan ektopik termasuk kesakitan yang teruk pada abdomen atau pelvik, pitam dan sakit di bahagian bahu. source : here

Lebih kurang setengah jam sampai kat hospital dan doktor sakit puan check rahim memang kosong, me terus dimasukkan ke OT dan melakukan pembedahan buang tiub fallopio yang sudah pecah tu yang dah bertakung darah sebanyak 1.8 liter tu. Me pun tak reti jugak nak terang tapi gitulah gynae tu bagitau me.Alhamdulillah, setelah 4 jam me bertarung nyawa di OT, akhirnya pembedahan selesai dijalankan. Terima Kasih pada my hubby yang menemani me sepanjang me dalam OT dan 3 hari me kat hospital.

 Ni gambar yang my hubby amik selepas selesai pembedahan... 








p/s: 

Sekarang me dapat cuti sebulan dan my parents yang tolong teman me kat sini dan terpaksa makan macam orang berpantang :p

p/s:

Pembedahan ni tak sama macam c-sect, so me boleh mengandung balik selepas 3 bulan . Insya Allah :)
Doakan ada rezeki kami selepas ini.

p/s:

Kos pembedahan adalah sebanyak RM10K ++ ...huhuhu. Seb baik fully covered jugak.
Dulu beranakkan my Nuha secara c-sect, RM7K ++ ajer :p

p/s:

My Nuha masih tidak tahu dia sudah kehilangan adiknya :p


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, September 08, 2011

Pengalaman sambut hari lahir di hospital , sakit tapi seronok...

Ingatkan Isnin tu dah boleh balik dah. Sekali doc yang rawat aku tu refer kat doktor pakar lain pulak. So, hari rabu barulah dapat keluar dari DE*MC sebab dia mulakan antibiotik lain. Alhamdulillah, fully covered bil hospitalnya yang cecah 4K tu :) Nanti la aku cerita pengalaman aku pasal UTI (kencing kotor) tu dan yang paling penting sekarang air masak adalah teman baik aku sebab UTI ni boleh berulang.

Ok, ni nak cakap terima kasih la pada semua yang wish Happy Birthday kat aku. Aku sayang korang ketat-ketat :)Kalo dapat info dari fb, maka awal sehari korang wish birthday kat aku :p Ntah aku salah setting apa :p Birthday aku pada 6.9 tu. Insan pertama yang wish aku , of course la My dearest hubby sebab dia teman aku kat hospital kan :)


Gara-gara my hubby tu tampal ni kat dinding katil, semua nurse tahu, so akhirnya me dapat bunga. Sweet kan diorang :) Terus isi satisfaction form as 5 (Sangat berpuashati) hahahaha.



 Ni plak celebration kecil-kecilan untuk me and my Nuha pada belah malam , time ni hubby pergi bungkus hadiah.hahaha. Patut lah lama menghilang dari wad :p


 Satu untuk  me dan satu untuk my Nuha :p

 
 Adegan suap-suap me ngan my Nuha.


Hadiah from my dearest hubby :) yang mahal tu siap tulis no bilik kat wad :p

 Ni model external hardisk nama dia :)


1TB, siapa ada movie, sila kongsi dengan aku....hahahaha.

 

Ni plak kek dari ofiz mate yang datang, siapa beli erk ? Niza kot sebab aku suh dia bawak kek, kejam kan ? hehehe. Yang datang melawat siap nyanyi lagu birthday tu, sweet lagi :) Thanks Niza, Ad, Ida , Kak Ray dan Kak Ema :*

Apapun inilah pengalaman hari lahir yang paling berharga bagi me :) Tahun depan Insya Allah dah masuk 3 series..Doakan me bahagia dunia dan akhirat erk kawan-kawan...Terima Kasih lagi sekali !!!!


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, September 05, 2011

Lepas cuti raya, kita honeymoon pulak..Tapi

Tapi kat hospital. Aku admit DE*MC hari Ahad setelah sakit perut memulas-mulas tak boleh tido malam tu . Mula-mula doktor biasa suspek Apendiks dan kalo kena operate ada risiko keguguran bayi yang dikandung. Air mata laju ajer membasahi pipi. Sedih yang tak dapat dibayangkan lebih-lebih tengok muka my hubby.Bila refer pada pakar, dia kata cuma kencing kotor sahaja sebab kalo apendiks cuma sebelah abdomen kanan sahaja tapi me seluruh abdomen ni. Alhamdulillah. Hari ni doc check cakap dah boleh balik petang ni, Insya Allah.

KENCING KOTOR

Jangkitan kuman pada saluran air kencing selalu berlaku kepada wanita yang kurang minum air dan sering menahan perasaan untuk kencing. Pesakit yang baru menjalani pembedahan yang dimasukkan saluran getah ke dalam saluran kencingnya turut mudah mendapat jangkitan.Selanjutnya baca disini.

Layan gambar erkk.. Biarlah gambar berkata-kata :)



Tawa dalam tangisan namanya ni...


Hati menangis tak siapa yang tahu..





Matching btol handbag aku dengan warna langsir dan dinding tu :p

Ada astro tapi kena bayar RM10 sehari, aku guna tv biasa ajer..dibawakan oleh HahaHaTV.

Selamat tinggal DE*MC :p Kalo nak mai lagi, tahun depan lah pulak yer..Bulan 4 Insya Allah..

Ini toilet dia. Selesa unuk aku :)


p/s:

Terima kasih tidak terhingga pada my hubby sebab sanggup bercuti hari ni jaga me :)
Tq pada staf DE*MC yang tak jemu melayan aku yang kejap-kejap tekan bell :p
 Harap baby yang dikandung membesar dengan sihat dan sempurna. Amin

p/s:

Ingat tahun ni dah boleh pecah rekod tak masuk hospital tapi rupanya kena masuk hospital jugak. Merasalah duk hospital baru. Bil tak tahu laa macam mana, kena tambah ker tak sebab tak dapat bilik double(kelayakan sebenar) tapi dapat single room pulak.Sabar jer la..


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006-2014 Disclaimer