Terlepas Entry Terkini ? Klik Sini

makhluk tuhan paling gojes atas muka bumi sedang gigih tulis komen. Terima kasih :)

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan


Buat semua pembaca belog elissmie.com, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan !!!





Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, August 26, 2011

Masih bekerja, tapi hati sudah sampai kat kampung ? Korang kerja lagi ker?

Me masih bekerja, tapi hati sudah sampai kat kampung ? Korang kerja lagi ker?Bagi yang dah pulang beraya tu, semoga selamat sampai dan selamat kembali bekerja.

get your free blog banner at emilayusof.com


OK, nak bagi duit raya ni. Nampaknya ada 3 peneka ajer dan semua jawab dengan tepat :) So, terpaksa meminta bantuan dengan MR Random.Org untuk membuat keputusan :)

1. zh-ena
2.mama tisya
3.aLeesYa's Mummy

Kita putar Halim ! Chewah, macamkan Roda Impian pulak :p


Pemenang : aLeesYa's Mummy

Sila email nama, bank mana dan no akaun kat elissmie [at] gmail [dot] com.

Tahniah :)

p/s: 



Duit raya dah masuk sampul


p/s:


Tengah gigih siapkan brooch dan hair clip for anak-anak buah..seb baik 3 ajer perempuan :)


p/s:


Kuih raya pun dah dapat semua :p Semua order :p

p/s:

rasa nak half day hari ni :p



Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, August 25, 2011

Yang dah tak kanak-kanak pun nak duit raya jugak ker ?? :p

Ok,nak bagi duit raya kat korang ni untuk semua pemegang akaun Maybank, CIMB, dan Bank Islam sahaja ;p Kalo tak der salah satu, pinjam la akaun sapa-sapa kan..hehehe

Cuba teka, tarikh lahir aku, my nuha dan my hubby. ( DD/MM sahaja)  Jawapan yang tepat akan membawa pulang RM10 tunai masuk terus kedalam akaun dan akan diumumkan pagi esok :)  Mohon email No akaun & Nama Bank ke elissmie[at] gmail [dot] com selepas membuat tekaan. Kot-kot korang dah half day petang ni kan. Esok dah mula cuti ker. Pemenang adalah ditentukan dengan cabutan oleh Mr Random Org jika terdapat ramai yang jawab betul. Seorang sahaja pemenang. Sila teka di comment box. Tidak akan publish comment tu supaya korang x leh tiru :)

Sila buat tekaan sebelum jam  9 pagi esok . Kul 9 aku umum pemenang..Keputusan juri muktamad.


p/s:


Semalam dah dapat duit raya jugak. Tapi dua-dua untuk My Nuha la..
Satu dari boz aku, Sharina. Tq boz.



Kad raya yang kedua tahun ni dan duit raya dari Isabelle

p/s: 
Korang balik raya bila ? Aku petang sabtu baru bertolak balik terengganu lepas hubby balik kerja.
Moga dipermudahkan perjalanan balik nanti, Insya Allah.

get your free blog banner at emilayusof.com


get your free blog banner at emilayusof.com


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Korang dah beli Pos Insurans Raya ? | Berbaloikah ?

Memandangkan aku memang tak pernah ada insurans pun kecuali khairat kematian dan insurans family plan ofiz hubby so semalam aku dah beli Pos Insurans Raya untuk Pelan Keluarga.Tapi rugi lah seringgit sebabnya family aku 3 orang ajer :p iaitu sebanyak RM 25.00. Jika plan individu cuma RM 8 iaitu lebih kurang 30 ¢ sehari. Korang agak-agak berbaloi tak ?


POS Insurans Raya adalah satu skim perlindungan kemalangan diri yang diperkenalkan khas untuk pelanggan POS. Pelan ini memberi 24 jam perlindungan sehari terhadap semua jenis kemalangan sepanjang masa perlindungan yang ditetapkan sempena Hari Raya Aidilfitri. Tempoh perlindungan bermula dari 15hb Ogos 2011 hingga 15hb September 2011. (Keseluruahan 32 hari). Pelanggan POS boleh memilih Pelan Individu atau Pelan Keluarga sebagai perlindungan. . sumber : here

No Manfaat Indidvidu(RM) Keluarga(RM)
1 Kematian Kemalangan 20,000 20,000 setiap Orang Yang Diinsuranskan
(Mak. 100,000)
2 Hilang Upaya Kekal 20,000 20,000 setiap Orang Yang Diinsuranskan
(Mak. 100,000)
3 Kehilangan Dokumen akibat Ragutan 100 100 setiap Orang Yang Diinsuranskan
(Mak. 500)
4 Pendapatan Hospital Harian akibat Kemalangan 30 30 setiap Orang Yang Diinsuranskan
(Mak. 30 hari)
5 Perbelanjaan Pengkebumian
(akibat kematian kemalangan sahaja)
500 500 setiap Orang Yang Diinsuranskan
(Mak. 2,500)

Keluarga adalah bermaksud pasangan sah kepada Orang Yang Diinsuranskan dan anak-anak yang berumur 30 hari - 18 tahun yang belum berkhawin / bekerja atau sehingga 23 tahun bagi pelajar sepenuh masa kepada Orang Yang Diinsuranskan termasuk anak angkat sah.

Lingkungan Perlindungan : Dalam Malaysia


Tak sangka berpeluang untuk memenangi iPad2 atau wang tunai RM100 :p Harap ada rezeki :)





  • Jikalau berlaku sebarang tuntutan, korang boleh menghubungi :-


    Malaysian Assurance Alliance Berhad,
    Menara MAA, Tingkat 11,
    12 Jalan Dewan Bahasa,
    50460, Kuala Lumpur.
    Tel: 1-300-888-622, 603-2146 9999 Fax: 603-2144 9622
    E-mel: MAACallCentre@maa.com.my






  • Maklumat lanjut : http://www.pos.com.my/pos_bm/about_us/update/update1.aspx




    Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

    Wednesday, August 24, 2011

    Berbuka Puasa yang ditaja yang terakhir untuk bulan Ramadhan...

    Masih ingat entry Berbuka Puasa di SACC Convention Centre, siap ada In-Team perform tu :p Kali ni, kami kesana atas jemputan my hubby pulak. Alhamdulillah, jimat tenaga mak noks :p Me memang suka masak tapi sekali sekala tak memasak, heaven jugak :) Setuju ?


    Tanpa membuang banyak tenaga, meh laa kita suh pictures do the talking :)



    Seminggu ajer pentas sudah tukar. Dulu belah kanan, ni belah kiri..
    In - Team masih lagi perform tapi masa ni tak perform lagi.


    Harus bergambar dulu sebelum makan :p



    Meja kami. Masa ni kawan hubby tak sampai lagi..Depan pentas tu.



    Nasi Briyani for my Nuha dan Nasi putih for me. 
    Gulai daging kambing, ikan masak kari,udang berkacang dan carrot steam.


     Dessert yang sungguh sedap. I loike. Bread pudding still my fav to the max :p
     My nuha tanya " Hah Lizard?? "  :p

    Satay kali ni kurang sedap sket compare dari hari tu. 
    Dan ada lidah lembu jugak . First time try. So-so lah :p

     Ni hubby punya lauk :)


    Dan Nasi Kambing Kebuli (Bak kata Niza, Kambing Kebuli = Kambing kena buli ;p)

    p/s:

    Tamat sudah. Lepas ni, kena masak sendiri ajer lah kat rumah. 
    Eh, my hubby ajak makan kat Shid Seafood pulak :p Our all time favourite place :) Bila yer?? Bila yer ??


    p/s:

    Korang dah dapat biskut raya yang diorder ? Aku dah dapat 2 balang kuih makmur dan popia kecil.


    Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

    Tuesday, August 23, 2011

    Tukar duit raya di bank hampir 2 jam , kau mampu ?

    Semalam, dah berjaya tukar duit raya. So anak-anak buah sila beratur depan Mak Su dan Pak Su sekarang.hehehehe :p Amaun tahun ni dengan tahun lepas sama ajer . Tiada peningkatan dan pengurangan :p



    Ni la tempat me tukar duit raya tu...

    Siap ada deko hari raya lagi...
    tapi tak nyala la pelita tu, kang mau terbakor bank ni :p


    Tengok. Semua sekali RM900.00 tapi bukan semua duit me la :) Bagi yang tak de akaun, terpaksa la menumpang kasih kat me kan untuk dapatkan duit raya jugak. Patut kena dapat komisyen duit raya untuk me sekali kan ? :p lalalalariksss

    Tapi yang hazab tu, hampir 2 jam kena tunggu giliran. Patutnya lagi lama, tapi ada ofiz mate me dia tak jadi ker haper tak sempat nak tanya, bagi nombor dia kat me. Sambil-sambil tu, seb baik line wireless ofiz dapat. So boleh lah update status facebook untuk menghilangkan kebosanan.Kalo kat ofiz, memang jarang ngadap FB ni.



    Dapat lagi sampul duit raya. Dari bank tersebut itu....

    Akhirnya , dapat jugak sampul raya ofiz me :)




    p/s:
    Kad raya pertama.
    Terima Kasih Dato' VC atas kad raya :) 



    Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

    Monday, August 22, 2011

    Sampul Duit Raya dah ada ke belum ?

    Sampul raya dah ada ni. Tapi duit raya still tak tukar-tukar lagi..huhuhu. Apsal lambat sangat lah Affin Bank ni boleh tukar duit raya.Katanya hari ni. Harus la serbu cepat sebab macam tahun-tahun terdahulu, punyalah ramai orang nak menukar duit raya.Jenuh menunggu turn. Kalo boleh makan tengah hari siap boleh tambah 5-6 kali. Eh ;p


    Nak tayang jugak la sampul raya, sebab terpengaruh dengan entry Murni :) Tahun lepas dapat jugak sampul raya ofiz ni. Tahun ni apa pun tak boleh. Kad raya mahupun sampul duit raya :p

    Dari kiri, sampul duit raya ofiz my hubby tahun ni, 
    SSPN, ofiz hubby last year (balance tahun lepas :p) , KPF dan The Store tak silap ;p


     Yang ni dapat 3 pack - so 30 keping la :)


    Ni dapat sempena buat potongan SSPN untuk my Nuha.


    Yang ni pasal sampul kad raya ni, siap ada pantun lagi...
    Kehadirianmu amat dinanti, 
    Ceriakan hari istimewa ini, 
    segala juada sedia tersaji, 
    Tanpamu disisi tiada erti.

    Korang dah ada ker sampul duit raya ??




    p/s:

    Dua helai tudung Ariani ..Bukan untuk aku tapi untuk ma & mak mertuaku :)
    Lain warna, harga sama baru adil :p



    Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

    Friday, August 19, 2011

    Bila laki pulak shopping, apa terjadi ?

    Kalo perempuan memang nama manja dia kaki shopping lah kan. Ada ker perempuan tak suka shopping ? Mungkin dari planet lain :p Tak semestinya shopping untuk diri sendiri ajer tapi untuk anak-anak dan suami jugak. Oh, mithalinya perempuan jomblo itu :p My hubby jarang sangat shopping kan. Tapi bila shopping tengok la jadinya.Mengalahkan me :p


    Akhirnya, misi pencarian baju dan kasut raya berakhir semalam. No more for hubby,  nuha , either me :p
    Korang tahu mana nak cari baju lelaki yang bersaiz besar ? Maklumlah, my hubby ni sejak kawen dengan me badannya bagai dipam-pam, (pandai kan mak jaga laki :p ?? ) mengata orang , me pun sama :p Ampunkan hamba penunggu gua..hehehehe



     Ni hah kedai dia. Kat Plaza Alam Sentral tingkat 2 kalo tak silap..Sebelah dengan kedai kasut Nip Collection. 

     Banyak la pilihan untuk yang BIG SIZE .


     
     Dari baju t-shirt, kemeja dan seluar la.

    Ada jugak t-shirt Buy 1, Free 1

     Smart kasual pun ada untuk lelaki maskulin jantan kasanova :p

     Tu dia lelaki kesayangan hamba baru keluar dari fitting room :) Ok ke sayang ?

     My Nuha pun sibuk nak posing sama :)

    Pilihan jeans pun tak kurang banyaknya...

     Ini pilihan my hubby , Lois..
    Lega sket ;p sebab me kena belanja..seb baik bukan levis. hehehehe


     
     Lee pun ada.. Mahal sket jer pun dari Lois.



     Jom tengok reganya ...pitam mak :p Sehelai jeans Lois dan sehelai T-Shirt pilihan me..
    Bleh beli 3 pasang baju kurung mak noks :p




    Dapat jugak free gift :p Stokin 2 pasang..hehehe

      Ni pulak kasut raya me..sesuai dengan tema tahun ni la. Hitam. My Nuha selipar dia tu dah lama makcik me bagi tapi skang baru muat kaki dia..hehehe. Kira pakai yang tu jer la :p



     Beli kat sebelah ajer dengan kedai tadi. RM59.90. Cantik tak?

     p/s:

    Ni bukan tudung raya tapi sajer test. 
    Ok tak dengan me pakai tudung macam ni ? sambil kenyit-kenyit mata kat my hubby :p 
    Ingat hari ni nak ke Ariani belikan tudung raya untuk ma dan mak mertuaku :) 

    Eh, aku pun belum ada tudung raya lagi rupanya ..hehehehe :p

     p/s:

    Terima kasih sayang for the kad raya dan hadiah sempena
    minyak wangi habis Tresor In Love Lancome :) I'm in love again :)

    JUALAN HARGA RUNTUH-CLEARANCE STOK - KASUT KANAK2 ADIDAS & NIKE, Klik sini


    Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

    Thursday, August 18, 2011

    Berbuka Puasa di SACC Convention Centre, siap ada In-Team perform tu :p


    Kelmarin kami berbuka di SACC Convention Centre. Ni pun orang belanja. Alhamdulillah.Pilihan makanan dia banyak jugak la.Dan yang penting sedaplah kan. Boleh makan lagi selepas moreh. Siap ada solat terawikh berjemaah kat surau di tingkat 2. Kalo bawa telekung sendiri lagi bagus sebab ramai orang .Cakap banyak pun tak guna, jom laa layan mata :p





    The Ramadan buffet is priced at RM65 nett for adults and RM30 nett for children aged from 6 to 10 years. For details and reservation, call 03-5511 8814.
    Email: enquiry@saccconventioncentre.com
    Website : http://www.saccconventioncentre.com/


     My hubby yang melayan anak dara me makan sebelum waktu berbuka :p

    Ada jugak gambar kami bertiga akhirnya :) Air oren adalah refill selagi korang duduk kat situ :p

     Kak Ema dan anak daranya, single and available . Status maknya lah, anaknya tak tahu :p

    Untuk kulit yang sihat dan mulus , klik sini laju-laju ...

     Dayana dan Niza the KB




    Meja kami..Tengok anak sapa lah tu tengah hirup aiskrim..hehehe
     


    close up sket :) Atia rupanya :)


    Makanan kami..punyalah banyak :p

    Ni my portion. Diorang punya fofular menu - Kambing Kebuli  . Satay tu memang sedap !

    Ayam berempah , paru goreng dan brocoli.Sayur harus ada untuk me :)


    Kuih muih. Bread pudding with vanilla sauce dia sedappp sangat...



    Kumpulan In-Team tengah perform :p Segan nak pergi amik depan2, so zoom ajer la :p


    p/s:

    Isnin ni pun kami akan kesini lagi , jemputan hubby pulak :p


    p/s:

    Again !!! Maaf lah pagi-pagi dah tayang gambar makanan :p
    Dugaan...dugaan...dugaaan....macam citer P-ramlee daa :p



    Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

     

    Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006-2014 Disclaimer