Terlepas Entry Terkini ? Klik Sini

makhluk tuhan paling gojes atas muka bumi sedang gigih tulis komen. Terima kasih :)

Thursday, March 31, 2011

Basuh kereta secara PERCUMA??

Terlebih dahulu , Terima kasih kepada Wan sebab menobatkan aku sebagai peserta bertuah contest yang dianjurkan hari tu seperti disini...

1. e.l.i.s.s.m.i.e - Free basuh + vacum keta ...sponsored by Tip Top Autospa

Macam tau-tau ajer kereta aku dah lama btol tak basuh ni. Sebab weekend my hubby asyik bz ajer dan tambah-tambah lagi kami pun bz dengan Misi Pencarian Rumah . So, malam semalam, aku pergi lah menebus hadiah yang dimenangi tu :) Yang best tu, Tip Top Autospa ni buka sampai malam.


Kain rentang depan Tip Top Autospa

Sekarang tengah promosi. Aku amik Pakej 1 tu.. 



Antara pakej lain yang ditawarkan... 

 Mari kita lihat Cinta Bersulam Rindu (CBR) sebelum dicuci dengan penuh kasih sayang...


Now you see....kelabu ajerr..hehehe


Sekarang dalam proses pembersihan ...

Baru sudah wax dashboard
Tengok..berkilat-kilat ok..

Para pekerja Tip Top Auto spa tengah bertungkus lumus lap CBR

sambil berkata di dalam hati "Berapa lama la kereta ni tak basuh yer " hiksss..


Siap sembur pewangi dalam kereta...




Akhirnya, lihatlah dunia, CBR ku yang tampak seperti baru ...hehehehe

Apapun memang kami berpuas hati dengan servis yang ditawarkan..Berbaloi bayar mahal-mahal ok...eh, tapi aku punya FREE lah..Korang lah kena bayar..lalalala...


Untuk mendapatkan servis yang terbaik dari ladang, sila terjahkan kereta anda yang dah lama tak basuh tu ke  :


Tip Top Services Auto Spa
AAG 34, Blok E, Jln Plumbum AA7/AA
Pusat Komersial Seksyen 7
40000 Shah Alam, Selangor


Waktu Operasi :
Sabtu hingga Khamis > 9.30 pagi - 10.00 malam
Jumaat (Buka selepas Solat Jumaat )
p/s:

Cadangan untuk lebih tarikan kepada Tip Top Services Auto Spa,   2 Kali Cuci , Percuma Sekali :)

Biasa kedai yang aku pergi kat area Padang Jawa, ada buat macam tu :)

Kereta korang dah basuh ker??? lalalalalariksss


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, March 30, 2011

Hazman Fadzil , siapa ni??

* This is sticky note entry for one day. Sila skroll kebawah untuk entry yang lebih meletop dan sexy :) Advertise here?

Seriyes, aku pun tak kenal empunya nama ni. Dia adalah salah seorang sponsor contest Pencarian Si Cilik Bergaya yang menyumbang RM50 untuk para pemenang tempoh hari . Terima kasih sekali lagi :) Aku dah emailkan dia beberapa soalan untuk direview, namun tiada jawapan yang diterima.

Kalau saudara Hazman Fadzil [ http://hazmanfadzil.com/ ] ada membaca entry blog kali ni, harap jawab beberapa pertanyaan saya di belog untuk saya kongsikan di blog elissmie.com ini ..Tapi hari ni, aku nak review sedikit mengenai blog beliau sebab memang dah berjanji akan ada satu advertorial post untuk sponsor contest seperti sponsor yang lain jugak yang telah dipublish terlebih dahulu, namun belog Hazman Fadzil masih belum aku review sehingga saat ini sebab dia tak reply email aku. Dah tinggal komen kat blog pun , masih belum berjawab , mungkin saudara Hazman Fadzil ada jawapan tersendiri untuk tidak menjawab email aku kan..

*Updated : Hazman dah reply email..Rupanya termasuk dalam SPAM Folder.Jom layan soalan yang aku dah email padanya tempoh hari...

1) Bilakah anda start blogging ?

Sorry sebab lambat gile reply sbb termasuk kan SPAM ...entah camner letak kat situ....
- Saya start blogging lebih kurang Disember 2008...masa tu blajar sendiri guna blogspot
cuma jarang update sebab takde line internet just pegi cyber cafe jeee

2) Perkenalkan diri dan blog anda.

- Anak sulung dari 4 bradik , bertugas di MASkargo selama 11 tahun
Suka mencuba hobi baru..... baru blajar pasal DSLR dan terbaru
join MLM monavie

3) Biasanya, apa yang anda blog kan?

-Biasanya blog pasal isu internet/semasa , online business , sukan dan pasal
makan2x ( makanselalu.com )

4) Antara entry yang paling bermakna buat anda.(3 entry - sertakan link)

-Tiga entry :-

CEK PERTAMA >> http://hazmanfadzil.com/2010/05/05/cek-pecah-dara-buat-kali-pertama/

SPONSORED POST PERTAMA : http://hazmanfadzil.com/2010/10/17/lawatan-kampus-universiti-taylors/

1st GIVEAWAY : http://hazmanfadzil.com/2010/10/11/saya-nak-detox-foot-pad-dari-hazmanfadzil-com/

5) Siapa yang memberi inspirasi untuk anda berblogging?

-inspirasi : blogger rohaizad.com , ridzuanrichie.com

6) Berapa unique visitors setiap hari blog anda.

- Average dalam 200-300 UV aje.....

7) Pendapat anda tentang blog elissmie.com

-Saya suka warna tema blog awak....gaya bahasa santai dan menarik dan
teruskan update post entry yang diminati.....

p/s : Kalau nak buat contest.... kasi tau yea saya dengan senang hati
akan berikan sponsor untuk blog awak .....

p/s:

Terima kasih yer Hazman sebab sudi menaja contest aku hari tu dan komen yang buat aku tersenyum :)
 Insya Allah jika ada kelapangan...


Belog saudara Hazman Fadzil ni,kebanyakan entry yang aku perhatikan berkisar tentang isu semasa dimana, kebanyakan entry yang dipublish adalah berita-berita yang menarik dan diambil dari akhbar utama, buku atau majalah dan pelbagai sumber lain.
Berikut adalah beberapa entry yang aku suka untuk dikongsikan bersama :-


Because I care about you – Hazmanfadzil.com visitor


iPhone bukan telefon pintar paling laris


JAWAPAN untuk temuduga KERAJAAN


Anak bersendirian di rumah




Korang dah terjah belog dia , kalau belum, jom kita pakat terjah laju-laju disini :)


p/s:

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan diri, blog peribadi  atau blog bisnes serendah  
RM 3/Sebulan dengan belog aku disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . Tiada Banner? Boleh aku designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini .

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, March 29, 2011

Siapa masa kecik-kecik dulu pernah baca Kuntum??

Biasa, setiap bulan aku memang beli satu majalah Pa & Ma. Dulu kirim kat kawan yang kerja Karangkraf, so dapat murah lah sket :p Tapi skang dia pun dah berhenti dan balik Terengganu, so kedai runcit kat rumah pulak port aku beli majalah tu.

Syok jugak belek-belek majalah yang berkenan kat kedai tu.Sekali terpandang Kuntum. Eh, hidup lagi majalah ni. Seingat aku, masa sekolah rendah dulu aku baca Kuntum. Kadang-kadang beli, kadang-kadang dapat percuma bila ada kuiz mingguan kat sekolah. Kuiz ni, dia macam pengumuman gitu,satu sekolah boleh dengar.Lepas tu dia tanya satu soalan, teki-teki ker, simpulan bahasa ker, buat ayat ker (yang ni jenis perkataan mesti bombastik punya :p dan tak pernah dengar ) So, tulis la jawapan masing-masing kat kertas tu.Ada orang datang kutip kertas jawapan.So setiap bulan akan ada orang yang menang dengan jawapan tepat dan dapat lah majalah Kuntum tu. Memang syok abes dah la masa tu. Tak silap aku, aku pernah dapat 2/3 kali kot.


Ini hah rupa Kuntum tu sekarang. Lupa lak nak check harga berapa :p
Dulu tak silap RM1 ajer :p 17 tahun lalu..hahahaha :p

Korang pernah baca majalah Kuntum ni?

Ok, mari tunjuk hadiah menang contest pulak yer..



Ni hadiah cenderahati Baby & Me Shopping Style dari Nia...Tq dear :)


 Ni pulak FM dari London you, dari Mama Tisya sebab jawab betul soalan teka-teki dari belog dia :)

Bertambahlah koleksi FM antarabangsa me...yeeehaa... tq dear :) 

p/s:

Entry ni tak sempat nak publish pagi tadi sebab baru selesai AGM Kelab ofiz me ni...

 
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, March 28, 2011

Women's Day Out, seronok tak??

Weekend hari tu, my hubby kerja macam biasa sebab ada Hari Air Sedunia 2011.Loji tempat dia kerja tu dibuka untuk orang awam. So terpaksalah aku menumpang kasih kat 2 kakak ipar aku :) Kak Ngah aku dan Kak Long aku. Kak Ngah aku datang sebab abang aku cuti 2 minggu. So, apa lagi , mari kita shopping.Abang-abang aku pergi tukar sport rim, so tak join our club la..hehehe.Aman !!!

Tempat utama yang dituju adalah SACC Mall sebab kat sana ada jualan keluarga.Ingatkan Sales Anakku ajer, rupanya pelbagai jenama pun ada. So mari lihat hasil rembatan 3 wanita disana yer..

* Harga Asal--->Harga Beli


RM49 --->RM13.23


RM 18 --> RM 10

RM 30 ++ tak silap --> RM 17.15


RM49.00--> RM 13.23

Itu rembatan kakak-kakaku...Meh tengok aku pulak...

Ni lah budak yang tak duk diam lari sana-sini, 
mak nak shopping pun tak senang nokkks...hehehe


 Siap jumpa Elyana tu :p Tapi dari pandangan belakang ajer la...hahahaha..
Siap senyum ngan aku sebelum tu :p
Eh, dia pakai kasut pergi shopping okkkk :p

RM 70-->RM21 for my Nuha

RM 79 --> RM 21 for Danish , hadiah sebab dapat No 1 dalam kelas :)

RM 49 -->RM13 for my Nuha


Tapi aku lupa pulak nak tengok sales tu sampai bila...lalalalala

p/s:

Moral of the story, jangan shopping lepas gaji..hahaha.Rambang mata ok.

Korang seronok tak bila keluar shopping dengan kaum hawa sahaja dan sekepala??

p/s:

Best jugak ada kakak kan..Maklumlah, aku ni perempuan tunggal dalam keluarga..

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, March 25, 2011

Buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman Edisi Kedekut,Eh Edisi Jimat

Hari tu ada jualan buku seperti yang digembar gembur oleh Niza hari tu seperti disini tapi sebab aku tadak duit time tu , so aku pejamkan mata ajer lah kan. Sebab nak tunggu gaji dan boleh beli kat lain kan. Hari ni, singgah kat Kedai Buku UiTM , sekali terjumpa buku yang sama ..Belek-belek...Ingat nak beli dah, sekali nampak pulak jenis satu lagi, yang bertulis Edisi Jimat. So, terus pergi bayarkan. Dah call mak mertua cakap nak pos tapi alamat lupa pulak.Padahal, nak baca dulu.Isnin lah yer mak eliss pos..Keji tak? Muahahaha.

RM18.00

Beza dia dengan Buku Travelog Haji  tu yang seperti Niza beli ni , ianya ada CD. So aku beli takder CD.

RM29.00
Aku tak sabar nak baca sebab mak mertua aku dah cerita dah serba sedikit pasal buku ni kat aku :) Dia baca buku kawan sebilik dia masa mengerjakan haji hari tu...Biar menginsafi diri sket kan baca buku-buku macam ni...

Kalo nak beli online pun boleh, boleh klik sini laju-laju...


Satu lagi yang aku teringin nak beli sebab ada orang cakap siap meleleh air mata membacanya adalah Travelog Dakwah Meniti Hari Esok. Mungkin bulan depan lah :)




Kalo nak beli online pun boleh, boleh klik sini laju-laju...

Korang dah pernah baca buku-buku ni ?

p/s:

Prof Dr Muhd Kamil ni pensyarah UiTM Johor :)

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Mari rapat, mari lihat Pemenang Pencarian Si Cilik Bergaya @ Elissmie

Sebelum diumumkan pemenang, diharap semua pihak berpuas hati dengan keputusan juri. Dan tiada peserta yang berkecil hati. Adatlah kan kalah menang :) Tak menang tak maksud tak comel tapi kita pilih yang mana paling bergaya yer..Yang mana terpaksa follow tu, terima kasih sebab sudi follow belog me yang tidak seberapa ini.Kalau ada lagi contest, mungkin korang pulak yang bertuah lain kali yer :)
Pemenang akan dihubungi juga melalui email yang ditinggalkan.Mari kita refresh kembali apa yang bakal diterima oleh pemenang Kategori Lelaki dan Kategori Perempuan.

Kategori Lelaki

1 X Diaper Cakes bernilai RM50 setiap satu dari  Diaper Cakes by ShilaShower
1 X Baju tidur Kanak-kanak dari Paradigma Resources
RM 25 tunai dari HazmanFadzil.com
Voucher RM50 dari ButikMumdreams
Sepasang kain cotton dari Siti Sifir's Share-Out Space

Kategori Perempuan

1 X Diaper Cakes bernilai RM50 setiap satu dari Diaper Cakes by ShilaShower
1 X Baju tidur Kanak-kanak dari Paradigma Resources
RM 25 tunai dari HazmanFadzil.com
Voucher RM50 dari ButikMumdreams
Sepasang kain cotton  dari Siti Sifir's Share-Out Space




Dan pemenangnya.....jatuh kepada....




http://suzie284contest.blogspot.com/2011/02/pencarian-si-cilik-bergaya-elissmie-com.html





Peneka paling Tepat jatuh kepada :-

Sebab dah kata tak kisah nak teka berapa kali so, bagi yang menjawab ada jawapan seperti kat atas , aku gunakan khidmat random.org untuk tentukan pemenang yer :)



1 X Canvas Bag

Senarai Peneka Kategori Lelaki

1.aLeesYa's Mummy
2.luckylizan
3.Sarah Syazwani
4.MamaAimy
5.Mama Zharfan
6.iela
7.sharina
8.miezaniera
9.mama rifQy
10.aNiM
11.ummi sofiyyah
12.Nisa' Azman
13.Jamiel
14.Fadzillah Kamarudin
15.♥ aNJe a.k.a MaMa_BaLQis ♥
16.ummi hannaluqman
17.syusye
Senarai Peneka Kategori Perempuan

1.Sidratul Muntaha
2.yatie chomeyl
3.eT
4.Fadzillah Kamarudin
5.Intan 
6.fa10 
7.MamaAimy
8.syusye

Dan pemenangnya jatuh kepada....

 


Mama Rifqy


eT

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG !!!

Terima kasih kepada para penaja yang sudi menjayakan contest untuk kali ini.Jutaan terima kasih :)

Pencarian Si Cilik Bergaya @ elissmie.com  ditaja oleh:





Diaper Cakes by ShilaShower







Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, March 24, 2011

Top 5 Pencarian Si Cilik Bergaya | Undian masih dibuka dan hari ni sudah gaji !!! yeay !!

Tekaan masih dibuka. Sila gunakan medium yang betul yer untuk meneka :) Memperkenalkan senarai Top 5 untuk setiap kategori....Yang tiada, jangan kecik hati yer.Insya Allah, pasti ada rezeki lain yer :) Keputusan juri adalah muktamad....Tapi semua peserta adalah comel dan bergaya semuanya bagi me :) Bagi yang tak tersenarai, boleh lagi mendapat hadiah untuk tekaan paling tepat :) Kalo ramai yang tepat, makanya aku guna khidmat random.org lah yer...


Mana tahu, mungkin anda  yang bertuah !!
Untuk kategori lelaki :-

 Klik sini untuk membuat tekaan : Berapa teka pun tadak hal punya !




Untuk kategori Perempuan :-

Klik sini untuk membuat tekaan : Berapa teka pun tadak hal punya !





p/s:

Nantikan keputusan Pencarian Si Cilik Bergaya @ Elissmie.com esok yer !!

Sila buat tekaan sebelum keputusan diumumkan :)



Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Jangan tersalah pilih program untuk elak permohonan ke IPT ditolak..

Result SPM dah keluar kan semalam. Tahniah buat dua anak buah yang menduduki SPM. Tak kisah dapat berapa dan jangan ingat kalo result tu teruk adalah pengakhiran sebuah kehidupan.Jauh lagi perjalanan yang kena tempuh tu.

Aku bukan pelajar cemerlang sekolah jugak masa SPM tu tapi still dapat pangkat 1 lah dan layak ke IPTA walaupun UiTM jer..Tapi UiTM jer pun, dapat jugak masuk universiti kan..

Korang tahu tak program apa yang korang nak pilih masa buat pilihan program atau kos ke IPTA/kolej/IPTS dulu? Atau korang main taram ajer nak kos apa, last-last tak dapat pun kos yang korang nak tu...

Ada jugak, dah pilih-pilih program dan dapat masuk IPTA/kolej/IPTS tiba-tiba kos/program yang dipilih tu tak sesuai dengan jiwa.Belajar separuh kena tendang, atau pun diberhentikan.Susah kan??






Sekarang ni macam-macam medium ada, contoh kat UiTM sendiri ada Ekspo Selangkah ke UiTM.Korang boleh tanya prospek kerja dan sebagainya kepada orang yang jaga booth tu. Kalo dulu, aku dah la kat kampung sana tu, nak pergi event2 macam tu tak tahulah ada ker tak. Nasib baik aku ada idola, so tahu lah nak pilih kos apa. Aku memang minat mengadap komputer masa tingkatan 1 lagi sebab admire dengan Cikgu Zainab yang ngajar aku subjek komputer masa tu. Terima Kasih cikgu, dirimu sumber inspirasi ku :)

So, bila isi borang, program pilihan pertama aku adalah DIPLOMA SAINS KOMPUTER :) dan grad dengan bintang * kat tepi nama buku konvo :) Lepas tu sambung ijazah, IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN SISTEM. Tak jadi jurutera tak per lah, janji kos aku ada iras-iras jurutera gitu..hikss :p

Sekarang ni, siap ada sistem untuk cek kelayakan program apa yang korang layak pilih berdasarkan keputusan SPM/STPM/Matrikulasi  korang untuk ke IPTA...

Untuk semakan, Program apa yang anda layak untuk ke IPTA boleh klik sini laju-laju...
Cara-cara nak guna sistem, boleh rujuk sini laju-laju...

Ni kos yang aku layak pilih jika SPM dengan 10A+ dulu :p
Nyesal pulak tak belajar sungguh-sungguh :p

Mudah sungguh kan ...Terima kasih kepada developer sistem ni !!


p/s:

Terkenang-kenang SPM 99...


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, March 23, 2011

Calon Perempuan Melayu Terakhir ? | Hadiah Untuk Peneka

Sekarang mari kita lihat senarai peserta untuk kategori perempuan pulak. Lagi banyak penyertaan dan buat kepala juri semakin juling...boleh geng fatimah juling lepas ni.hehehehe

Korang rasa siapa yang paling bergaya ? Juri awam tidak terlibat untuk mempengaruhi keputusan Juri Tetap...hehehe...Cer teka cer teka . Insya Allah, ada hadiah untuk 1 peneka paling tepat untuk setiap kategori .So, 2 penaka lah yer. Hadiah belum difikirkan lagi ;p Kalo ramai meneka dengan tepat , aku gunakan khidmat random.org lah !!

Korang boleh buat tekaan kategori lelaki jugak, klik sini laju-laju...

Tarikh tutup tekaan : 25/3/2011 sebelum keputusan diumumkan.Berapa banyak pun tak kisah.

p/s:

Hanya terbuka kepada semua follower belog elissmie.com, kalo nak jadi follower, jangan segan-segan klik my lovely follower tu yer :)









Nantikan keputusan Si Cilik Bergaya 2011 @ elissmie.com paling cepat Jumaat ini...Insya Allah....


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006-2014 Disclaimer