Terlepas Entry Terkini ? Klik Sini

makhluk tuhan paling gojes atas muka bumi sedang gigih tulis komen. Terima kasih :)

Friday, October 29, 2010

Terjah Belog Pengomen Tegar : Yatie Chomeyl

Seperti biasa, hari ni adalah hari terjah Pengomen Tegar yang seterusnya.Yatie merupakan pemenang contest Ucapkanlah aku hari tu  dan belog dia akan direview hari ini.

Korang ingin diterjah ?? Tinggalkan komen disini dan mestilah follower dan pernah komen di belog ini :)

Belog Yati : http://yatiechomeyl.blogspot.com/

Moto belog ini,CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS.

Comel kan? hehehe :p






Yati  menggunakan template :-

3 column iaitu Green-Peace Designed oleh Noyod|Tee.J www.noyod.com . Cantik header belog dia, hijau gitu. Siap ada tema pokok lah kat sidebar dia.Yatie banyak berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang pelajar dan jugak seorang ibu dan kehidupan bersama keluarga yang sekarang menetap di  Jepun. Tabiklah kat Yati sebab 3 in 1 gitu, pelajar, ibu dan isteri. Bila lah aku nak ada semangat nak sambung master balik ni..dah laa next year boleh dapat gaji penuh bila sambung belajar :p

Entry yang aku suka untuk dikongsikan dengan korang mestilah pasal travel kat negara Jepun lah kan, sebab aku blom pernah sampai :)

Jalan2 Cari Pasal di Uminonakamichi Park


Menjenguk Kawah Gunung Berapi di Aso Kuju National Park, Kumamoto

Menjadi Muslim Di Negara Asing

Untuk bertukar blog badge dengan Yati, boleh copy paste coding kat bawah dan tampal dibelog masing-masing  yer :) :


Photobucket








Apa tunggu lagi ? Mari lah terjah YatieChomeyl ! Aku kata sekarang ! Sekarang lah wehhh...








Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit....

Sila Sambung sendiri :p [Inikan Pulak Suami Isteri ] Bukan nak cerita pasal peribahasa ni, aku bukan pakar bahasa yer walaupun bahasa melayu tak pernah tak A dalam periksa (maklumlah melayu tulen..hahaha)

Ni hah, malam tadi.Aku betul-betul tergigit lidah.My hubby bagitau, orang tua-tua cakap, kalo tergigit lidah, maknanya nak makan daging. Padahal malam tadi, aku sedang menikmati hidangan makan malam istana dizaman silam . Nasi Putih, Ikan Siakap Masak Stim Halia, Daging Goreng Kunyit dan Kerabu Perut. Chehs!  My hubby cakap, maknanya selama ni, orang tua-tua tu menipu lah.Hahahaha :p



Atau aku tak mau makan Daging Masak Kunyit ni , tapi daging lain...


pic credit to here 

Daging Masak Kicap mungkin...




pic credit to : here
Daging Masak Lemak mungkin..



pic credit to : here

Grilled Beef mungkin...


Boleh tak sehari aku tak cakap pasal makanan? Tension ok.Korang tension tak?? Ini bukan food blog :p Belog Aku Bukan Chef tu baru food blog aku sebenarnya :p


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, October 28, 2010

Korang pernah main gelang getah?

Masa kecik-kecik dulu, aku suka sungguh main gelang getah. Gigih tu ikat getah panjang-panjang , biasa jalin 2 getah la untuk lebih kukuhkan gelang getah tu.Paling tak leh lupa, pernah sekali terjatuh gedebuk macam nangka busuk atas simen sekolah. Punya lah bangang, ada ker main gelang getah atas simen lantai sekolah agama time hujan.Amik ko lebam sebijik dekat pipi.huhuhu.


pic credit to : here

Ni lah gelang getah yang kita guna dulu-dulu. Beli dua puluh sen, 100 gelang tak silap dapat :p 
Skang, nan ado lah kan ?

Hari tu, Cik Nor ada bagi aku gelang getah tapi unik sket..Ada pelbagai bentuk..Pelik btol hobi cikgu kami yang sorang ni.Hari tu bagi sticker, kali ni gelang getah pulak :p



Kalo getah macam ni, memang sayanglah nak buat gelang getah kan??



Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, October 27, 2010

Konon-konon hadiah anniversary buat kami :)

Anniversary kami yang ketiga pada 14 Oktober lalu.Tapi sebab gaji tak keluar lagi time tu, makanya malam tadi baru berkesempatan celebrate anniversary kami tu dan yeay for me lah sebab aku malas masak nasi dan tekak pulak tak nak makan nasi.

Venue : Medan Selera Seksyen 9
Menu : Grilled Chicken + Lamb Chop With Rice + Nuggets

 Ni portion aku..

Ni hubby punya ..dia kan pemakan kambing yang tegar :p

Lepas tu, kami pergi Plaza Alam Sentral sebab my hubby nak pergi beli baju band [entry kat belog Nuha].Balik dari situ, hubby nak belanja beli 'sesuatu' kat aku. Ikut sahaja, orang nak beli kan.Muahahaha


 Fitting time ! Apsal tutup muka lak Nuha.

ok, baru nampak muka !



'Sesuatu' dari hubby :) Tq yer Sayang...Tak leh tunjuk semua, mara bahaya :p Brand Audrey ;p

Ni pun konon2 hadiah anniversary dari Nuffnang jugak lah. I love You so strong lah Nuffnang :)

Apsal belog My Nuha banyak dapat BE ??? Pelik Tapi Benar...

Korang dah follow ker belog anak dara aku sorang tu ?  Follower belog Nuha yang rajin komen akan menerima sesuatu dari aku nanti :p Insya Allah...
Tapi Ummi dia jugak duk update pun..hehehe :p


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, October 26, 2010

Tiada Spagetti, Kuey Teow Pun Berguna :p

Weekend hari tu, tekak ni teringin sangat nak makan spagetti.Padahal hari Jumaat lepas dah bedal sepinggan kat kafe ofiz aku ni.Dasar tak cukup :p

Tengok-tengok,telek-telek, tenung-tenung,belek-belek dalam almari kering kat dapur, tadak pulak spagetti.Sos spagetti yang aku beli RM10 dapat 3 tin hari tu ada lagi satu tin.Tengok dalam peti ais ! Ting ! Ada kuey teow..Ok lah tu, aku spagettikan ajer lah ko yer...Muahahaha.

Tapi dasar pemalas ni, nak mudah ajer,aku guna sosej ajer instead of daging untuk masukkan dalam sos spagetti,letak salad sket, dan tambah cheddar..Hasilnya wallla...Meletup ko ! Eksperimen haruslah dibuat hari Sabtu sebab my hubby kan anti spagetti tegar ..hehehehe



Menggiurkan jugak kan? hehehehe :p

Korang pernah transformasikan makanan macam aku ?  Silalah berkongsi rahsia yer..hehehe :p



Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, October 25, 2010

Kerongsang dari Sabah,bukan untuk dijual :p

Last week, dua orang bagi aku kerongsang dari Sabah.(Mak pengasuh Nuha dan ofiz mate aku,Encik O).Pagi ni, dapat keychain dari Sabah pulak dari ofiz mate aku jugak, En R. Terima Kasih semua !!







Banyak betul orang pergi Sabah yer? Bila pulak aku nak pergi Sabah ni? Apa yang best kat Sabah erk??

Tempat yang teringin aku nak pergi :-

1) Rafflesia Information Centre - Maklumlah tak pernah lagi tengok bunga yang paling besar kat Sabah tu..



2) Pulau Sipadan - Bestnya tengok permandangan kat pulau ni.Agak-agak mana best dari pulau-pulau kat Terengganu?



 3) Tamu Kota Belud - Nak beli apa erk kat sini? Aku pulak tanya sebab tak tahu.Kalo nak beli gambir kat Sarawak ajer kan?hahahaha :p


4) Sabah The Garden- Nak jugak merasa minum Teh Sabah yang bukan dalam uncang Teh Sabah tu..hehehehe :p Cameron pun tak sampai lagi aku nih :p



5) Sepilok Orang Utan Sanctuary - Nak jugak tengok orang utan, dah puas tengok orang..hahaha :p


 Info & gambar aku amik kat : Sini

 Layak tak aku jadi duta Negeri Sabah? Nak jadi duta Selangor dah tak layak kan ? :p

Jom sayang, cuti-cuti Malaysia ke Sabah next year :p

Mode : Berangan :p

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, October 22, 2010

Terjah Belog Pengomen Tegar : Haslina

Hari ni adalah hari terjah pengomen tegar belog ini yang seterusnya iaitu : Haslina



Belog Haslina menggunakan 3 column template iaitu Watermark dari Josh Peterson [www.noaesthetic.com].Belog Haslina ini banyak bercerita tentang diri dia , anak-anak, kerja dia,perkongsian ilmu,tempat makan yang best-best tapi dia rajin jugak masak tau dan aku paling suka tengok kerja tangan dia dalam menghasilkan perhiasan seperti gelang ,brooch, siap boleh buat tempahan tau kat belog dia yang ini [klik sini] - free iklan gitu :)


Entry yang aku suka untuk dikongsikan berkaitan masakan dia sebab aku kan suka makan :

Resepi Meehon Kari

Kastard Jagung

Ikan Siakap Sweet Sour



Antara hasil kerja tangan Haslina :) Cantik kan?


Jom lah pakat terjah belog Haslina sekarang yer !!!


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Selamat Hari Lahir Abah

Abah, hari ni genap usia Abah 65 tahun.

Rasa baru semalam, Abah bawak kita ramai-ramai pergi berkelah kat pantai,
Rasa baru semalam, Abah bawak kita ramai-ramai pergi tengok 'Api Besar' kat Petronas,
Rasa baru semalam, Abah hantar eliss pergi sekolah, dari sekolah tadika sampai sekolah menengah,
Rasa baru semalam, Abah hantar jugak masuk 'U',
Rasa baru semalam, Abah hantar eliss pergi stesen bas nak gi 'derak'.
Rasa baru semalam, Abah nikahkan eliss dengan lelaki pilihan terbaik eliss.
Rasa baru semalam, Abah hantar eliss pergi kerja sementara tunggu hari nak bersalin,
Rasa baru semalam, Abah azankan cucu perempuan pertama Abah tu.
Rasa baru semalam, Abah jaga eliss dengan nuha dalam pantang,

Abah, walaupun eliss tak pernah cakap, eliss sayang Abah tapi eliss memang btol-btol sayangkan Abah..
Abah lelaki pertama yang hadir dalam hidup eliss..
Abah idola eliss dari dulu sampai sekarang tanpa pernah berhenti sesaat pun...

Semoga, Abah sentiasa sihat selalu, dimurahkan rezeki dan dapat menjalani ibadah dengan sempurna dan bahagia selalu...Amin




Lots of Love from all of us,

Anak Abah , satu-satunya menantu lelaki Abah, dan cucu sulung perempuan pertama Abah...



Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, October 21, 2010

Korang suka tak makan steamboat?

Hari Jumaat lepas, adalah hari kami berpoya-poya..Biasalah gomen kan. Tapi kami bukan berpoya-poya dengan duit kami lah..Hahahaha :p Tapi melalui pakatan hari lahir..Terima Kasih kak ema, kerna lahir pada bulan Oktober..hahahaha. Boleh laa kami merasa makan free sekali lagi :) Bulan depan, giliran Ad pulak :p Kali ni kami memilih nak makan steamboat.Memang favourite aku lah, kena la dengan orang nak diet, makan sayur mayur dan tomyam ni.

Lokasi Kejadian : Johnny's Restaurant
 
Lot G22, Jusco Bukit Raja Shopping Centre,
Persiaran Bukit Raja Klang,
Bandar Baru Klang,
41150 Klang, Selangor.

TEL : 03-33416182 FAX : 33419182
Business Hours: 10.30am – 10.30pm (Sunday to Friday)
10.30am – 11pm (Saturday)

Lokasi lain, boleh rujuk [sini yer]



Jom layan gambar lah..Mestilah gambar orang makan.Gambar makanan tak sempat dah nak snap :)


Deko dalam ni ala-ala Bali style. Minimalis ajer..I loike :)
Kitorang datang waktu lunch, kena queue lah.Tapi kiranya kami orang terawal, so cepat dapat meja tanpa perlu queue :) Bengkek ajer muka orang selepas kami tu :p






Lebar gitu senyum, orang belanja lah katakan :)


Macam mana nak makan steambot ni ?
Mula-mula kena tunggu tomyam ni mendidih dulu .Kami order tomyam, so kena tambah RM10.
Tapi kalo nak free, dia bagi perasa ayam ajer.

Lepas tu, boleh la masuk bahan-bahan yang kita order.
Kitorang amik yang set 4 orang makan dalam RM 50 ++. Kalo set sorang, RM 13++

Wah...dah boleh makan, apa lagi :) Tomyam dia ada rasa manis sket, kalo lagi masam-masam baru best bagi aku lah. Aku bagi 7.5 bintang out of 10 .



Selepas kejadian..hehehehe.Licin ko! Hingga menjilat steamer..hahahahaha

Korang suka tak makan steamboat?


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, October 18, 2010

Hari Isnin apa yang paling best?

Hari Isnin yang tidak bekerja lah kan? Apsal pulak aku tak bekerja hari ni? Sebab esok, MIL & FIL aku akan berangkat ke Tanah Suci Mekah Al-Mukarramah..Esok, pukul 3.30 daftar masuk kat airport Kuala Terengganu.So, sebagai menantu mithali (sila muntah darah sekarang ), haruslah aku pergi hantar diorang ke airport .Last sekali aku jejak airport tu, tahun 1994 kot hantar mak abah aku pergi Mekah dulu :p Didoakan semoga MIL & FIL mendapat haji yang mabrur,semoga selamat pergi dan selamat kembali.

Diet aku hancus terus bila sampai di bumi Terengganu ni.Cis..Hampir seminggu lebih aku tidak menyentuh makanan berkarbohidrat tinggi, akhirnya sepinggan nasi minyak gulai ayam menjadi santapan breakfast aku hari Ahad :p Tapi malam still tak makan nasi lah [sup sayur] sebab tengah hari semalam duk makan pulak Nasi Kukus Ayam Berempah :P

Petang semalam, bawa my Nuha pergi main pasir kat pantai.Seronok dia dapat main pasir macam jakuns pun ada :p Sedang seronok-seronok, hujan plak turun.




My Nuha yang takut dengan ombak :p



Wajah empunya belog harus ada :)
Sementara menanti hujan serik untuk kembali main pasir,lepak dulu sambil minum air jagung ngan keropok lekor panas-panas kat gerai depan pantai.Sila layan gambar untuk menambahkan darjah keterliuran korang yer..hahahaha




Tengok muka Nuha, muka orang tak puas hati sebab tak bleh main pasir lama-lama :p


Kitorang bagi chance dia main depan kedai dulu sebelum hujan serik  :p


Inilah keropok lekor, enak dimakan panas-panas :)

Bersama air jagung iaitu aiskrim + air  jagung :) ala-ala float lah :)



Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, October 15, 2010

RM 500 Untuk Penjawat Awam ? RM500 Lagi ?



pic credit to :here

Hurm. Boleh lah dari tiada yer :) Katanya untuk membantu meringankan beban perbelanjaan sekolah anak-anak. RM500 apa boleh beli yer ?

Antara barang yang nak kena beli :-

Baju Sekolah dua pasang  X berapa orang anak

Kasut Sekolah dua pasang X berapa orang anak

Beg Sekolah X berapa orang anak

Buku sekolah X berapa orang anak

Yuran Sekolah  X berapa orang anak

Tu tak termasuk yuran yang merepek-repek lagi. Sekolah agama lagi, balik kena pergi rumah pengasuh plak, kena bayar lagi.

Haih , seb baik anak aku masih tak sekolah. RM500, padan buat bayar rumah pengasuh 2 bulan jer Datuk Seri :p

Korang rasa-rasa cukup tak ?




Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Pemenang Contest Ucapkanlah adalah......

Terima Kasih kepada semua pengomen-pengomen yang telah mendoakan kebahagian aku [walaupun secara paksaan] sempena anniversary kami yang ketiga :) Nak pilih pemenang pun susah. Aku terpaksa buat cabutan pulak antara 3 yang terbaik :)

dan pemenang dari tangan bertuah aku ni  adalah....



-


-




-


-


-


-


Semoga eliss semakin jelita seperti erra fazira, semakin cun seperti Tiz Zaqyah, semakin cute seperti Fazura dan semakin manja seperti Nora Danish.

pendek kata semoga suami Eliss di lamun cinta seluas samudera hari demi hari kepada Eliss, setinggi kasih hang tuah buat puteri gung ledangnya.

*poyo gile ucapan nih wakakakaka*

1  X RM 10 Cash/Top Up 

[sila email nombor akaun dan nama ke elissmie[at]gmail[dot]com yer yati :) ]


1 X Free exchange banner diruangan iklan berbayar selama sebulan di belog elissmie.com 

1 X Blog review oleh elissmie.com



AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Terjah Belog Pengomen Tegar : SharingInfoz

Hari ni adalah hari terjah pengomen tegar belog ini yang seterusnya iaitu : Sharinginfoz


Belog Sharinginfoz menggunakan 2 column template iaitu Awesome Inc. dari Tina Chen [tinachen.org].Belog Sharinginfoz banyak berkongsi apa sahaja maklumat terkini dan sensasi, sesuai sangat dengan nama belog ni kan? Tapi ada jugak diselitkan hal-hal peribadi pasal anak-anak dia :) Dan pemilik belog ini rajin buat blogwalking. Tengoklah betapa ramai follower dia :)

Entry yang aku suka untuk dikongsikan :

Hati-Hati Dengan Fake Maybank2u Website (Penting!!!) - Ni masih ramai yang tak tahu.Baca ni untuk pedoman:) ai tadak Maybank2U :p

Hadiah Anniversary Apa Untuk Wanita? - Bagi yang berkenaan, boleh laa tengok survey kat sini :p

Tips Mudah Tingkatkan Trafik - KISS ok KISS :p Keep it short and simple!

Jom lah pakat terjah belog  Sharinginfoz sekarang yer !!!


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Korang sanggup bermadu?

Korang dah wish happy 3rd anniversary kat aku semalam? Kalo belum klik sini [http://www.elissmie.com/2010/10/best-sangat-ker-kawen.html] , mana tahu dapat duit FREE :) Petang ni baru aku umum pemenang dan tiada pengalah yer :)

Madu ? Manis -manis gitu. Tapi bermadu ? Haihhh.Tak kuat aku nak lalui semua tu. Nape tetiba cakap pasal madu ni? Takkan mimpi aku dimadukan lagi ?[baca kat sini] Cukup-cukup lah mimpi dimadukan, tak kuasa dah nak tengok my hubby senyum lebar :p 2 kali dah tau mimpi dimadukan.

Warning : Kalo tak sanggup pun,kita tak boleh mengutuk pulak POLIGAMI tu tau.Nanti sama macam dajal lah pulak...Wallahualam....

Ni hah, keywords yang sampai kat Nuffnang punya Analytics ni.Every week aku memang cek sebab nak tau trafik dari mana kan. Sekali muncul pulak keyword ni :p


 Ni apa kes orang ni cari sanggup dimadukan. Cari calon madu ker? Kat belog ni tadak yer. Empunya belog tak kuasa dimadukan.


pic : credit to here

Citer ni pun belum tengok lagi.4 Madu. Sinopsis boleh tengok [sini]


Korang sanggup bermadu ? Aku makan ayam madu sanggup lah :p




pic credit to : here


pssst :

Hari Sabtu balik kampung hantar MIL & FIL ke airport di KT ke Mekah.Moga mereka mendapat haji mabrur !Amin.

Keropok lekor yang diorder RM75. Perghhhh. Kalo aku yang buat bisnes, makcik kayooo dah !


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006-2014 Disclaimer