Terlepas Entry Terkini ? Klik Sini

makhluk tuhan paling gojes atas muka bumi sedang gigih tulis komen. Terima kasih :)

Thursday, September 30, 2010

Nasi Kukus Dan Ayam Berempah Percuma ?

Bila boleh dapat percuma? Senang ajer.Datang kat ofiz aku sekarang ni.hahaha.Hari ni ada jamuan Raya jabatan aku sekali dengan sambutan hari lahir untuk bulan September dan Oktober termasuk lah aku yer .Masih syawal kan? :p Semua kena pakai baju batik ! Maklumlah boz besar dah sound awal-awal kan!  Deko kat jamuan jabatan memang tarak lah ! Yang penting semua dapat makan ! Yeay ! Layan gambar ajer lah yer.Malas nak cerita panjang-panjang.

Venue : Ruang Legar Jabatan aku ler..
Time : 1 Tengah hari
 Menu : Tengok ajer sendiri...







Tangan azi dalam cubaan membuat peace ! :p



Hari ni free lah sebab korang boleh tengok secara percuma..hahahaha :p

Info Produk : Nasi Kukus Ayam Berempah
Harga : RM5
Tempat Beli : Kak Nora, Medan Selera, Anjung 7, Seksyen 7, Shah Alam.(Belakang Unisel)
Tempahan : 019-3693236 /019-3480020

Ayam Ok, nasi aku punya keras sket !Kak Ema punya lembut ! heran !
Aku bagi 8/10
(ni info aku amik kat kertas pembungkus nasi :p)

 Mc of the day ! Azi, seriyes ko baca pantun macam 
nak berkawad ajer..hahahaha :p Jangan marah azi! :p Gurau-gurau membawa bahagia :p

 Boz besar tengah bagi ucapan daa...


Ok, gambar untuk birthday girls makss noks :p


Ok, gambar tuan punya belog pulak.
Bergambar dengan kek sempena belated birthday aku..chewah!



Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Dia telah ternoda ?

Siapa pulak yang telah ternoda ni?Takkan aku pulak kan.hahahaha :p Dah beranak sorang pun :p

Info Produk : Bamboo Chopping Board

Price : Rm17++

Ni hah..Chopping board aku.Hahaha.Kelmarin aku dah rasmi dan potong riben guna buat cincang ayam. Apsal erk, nak masuk ajer 3 tahun, semua barang dapur aku rosak dan menunjukkan ciri2 kerosakan?Mari kita imbas kembali. Bermula dari peti, dapur [sayang, bila nak pasang dapur ni ? :p] , tudung saji dan sekarang chopping board pulak.Borang dapur korang ada expired date tak? Pelik tapi benar bukan?

Sebelum ni aku guna chopping board yang diperbuat dari kayu.Nak masuk 3 tahun, dia keluar serbuk kayu pulak bila cincang ayam.choi btol lah! Ni aku beli yang jenis buluh pulak.Agak-agak berapa lama jangka hayat dia?

Apa pilihan chopping board anda? Dan tahan berapa lama? 1) Buluh macam aku?

2)Granite?Mesti mahal jugak ni kan kalo nak beli.Nak senang lagi buat island kitchen dari granite lah kan? Tak yah beli chopping board !

3) Plastik? Yang ni aku tak berapa suka sebab aku nak cincang ayam tak best !


4) Kayu ? Lama-lama keluar serbuk kayu plak dah :p
pic source: google image.

 Silalah berkongsi pandangan yerr :)


 p/s : 

Kalo perasan, aku letak shoutbox secara sembunyi di sebelah kanan belog. Boleh lah nak tinggal jejak bagi yang malas sangat nak komen tu :p

Jangan letak iklan plz, nak iklan dalam belog aku boleh baca sini.

Tutorial sembunyi shoutbox di belog  - credit to him :)


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, September 29, 2010

Macam mana nak buat banner 125X125 beranimasi?

Tajuk tak boleh blah. Idea datang bila Niza Si Kancil biru tanya nak buat macam mana.So, aku buatlah tutorial ni bagi yang baru nak belajar-belajar buat banner. Nak suh aku buat? Boleh dipertimbangkan dengan syarat minimum iklan kat belog aku selama sebulan, RM3 ajer pun...hehehe Nak iklan disini , klik sini..


Langkah Pertama :

Dowload dulu all time favourite software aku iaitu Photoscape [boleh dowload kat sini for free]

Langkah Kedua :

Sediakan dulu Gambar-gambar yang korang rasa cun melecun nak taruk buat banner atau tulisan sahaja ! (boleh guna photoscape jugak. Pergi kat Page->Edit->Tulis Tulis Yang korang nak



Langkah Ketiga :

Klik pada ruangan AniGif tuh -> Klik Butang Ad untuk Masukkan Gambar-gambar

Sebelum




Langkah Keempat : 

Setting Mengikut Kemahuan anda !Untuk set size kepada 125X125 (size standard iklan di sidebar) pilih, Set The canvas size. Kalo nak cepat atau laju masa slide bergerak tu, klik butang change time. Efek mana yang berkenan klik Change effect. Boleh test dulu sampai lebam baru save !!


Hasilnya... 5 minit pun dah siap...





Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Korang suka ke Makan Pizza?

Korang suka makan pizza? Minggu lepas 2 kali aku kena belanja makan pizza. Hari Jumaat belanja kawan-kawan pakatan hari lahir dan hari Ahad, belanja my hubby :p Ai tak kisah makan pizza berapa kali pun seminggu tapi hari Ahad tu dah kenyang sangat, 2 keping ajer berjaya dihabiskan. Hari Jumaat 3 keping pizza :p Korang plak agak-agak berapa keping pizza boleh dihabiskan??

 Lihat gambar pulak ok ! Aku buat entry sambil meleleh air liur. Hari ni puasa ganti yang kedua.Tinggal 8 hari lagi!Bertabahlah Eliss!



 Geng pakatan hari lahir - aku - kak ema - ad - niza . 
 Venue : Pizza Hut Shah Alam , Seksyen 7

Anyway, congratz kepada Kak ema, dah jadi nenek buat kali pertama :)

 Large Hut's platter. Tempura Calamari and Prawn Ring macam spesis ICT kan ?  :p 


 Ni pinggan Niza ker ?


Super Supreme, my all time favourite pizza ! Dah nak abes baru teringat nak snap :p

 Passion Fizz. Terbaik ! Tak cukup segelas :p

 Thai Seafood!Boleh lah ! Tapi aku order tambah Cheesy Lava Stuffed Crust , dia lupa pulak key in :P 
Save 5.50..hahahaha:p

Alahai Ad, sampai pejam mata ko makan pizza, suka sangat lah tu kan..hahahaha.
Ayat pedajal Ad :p


Terima kasih untuk Niza atas entry Ini Bukan Makan-makan open house ok !

psst : 

Niza, ko bila nak bagi aku hadiah ni? :p  Nak tahu hadiah apa paling disukai ramai ? Boleh baca Hadiah Apa Yang Paling Anda Suka? disini.

Tapi kalo korang rasa nak bagi aku hadiah dan buntu nak bagi hadiah apa kat aku , boleh baca sini .Ada ker orang nak bagi aku hadiah?

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, September 28, 2010

Gaya Si Comel Berbaju Raya





Tempoh
25 September 2010 - 31 Oktober 2010

Dibawakan oleh : 

BabyIbu & Azzamoro

Terima kasih kepada Penaja :

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Perlukah aku berterima kasih kepada SALT pula ?



pic credit to :here


Salt dalam entry ini tiada kaitan dengan Salt yang ini yer.
[psst : blom tengok lagi movie ni, korang dah? :p]


pic credit to :here

Tapi Salt yang ini. Garam ?


Korang masih ingat lagi petua bercerai susu aku yang lepas? Boleh baca entry dibawah ini untuk panduan.



Setelah teknik bawang putih dan sirap tidak berjaya,  aku sudah patah semangat. Seperti sudah redha dengan keadaan. Tapi pada Jumaat yang lepas.Aku sudah nekad untuk pisahkan dia dengan susu cap gantungnya yang telah berkhidmat selama 2 tahun.Dan tiba-tiba aku teringat petua dari liana.

LiAnA said...
aku letak garam.. 1 malam jer Aqil terus takmo hisap sampai sekrg.. ni gynae aku yg bg petua..


Misi perceraian susu diteruskan. Masa dia mintak n3n3n , aku cakap aku nak pergi buang air sekejap. Aku cakap tunggu. Lepas tu, aku amik garam yang dicampurkan dengan air dan sapu pada n3n3n aku.

Mangsa keadaan : My Nuha
Lokasi kejadian : Di rumah
Masa Dan Waktu kejadian : Jumaat lepas, sekitar pukul 6 petang

Lepas tu, aku suh dia hisap.Mula-mula dia tengok pelik dah.Dia cuba untuk lap-lap n3n3n aku dengan baju dia. Pastu, garam kan melekat-lekat gitu, dia hisap jugak.Bila dah hisap, terus dia cakap "Masyammmm " .Memang dia tertukar dengan masin ker manis ker.Main belasah ajer sebut. Aku cakap kat dia, masin lah, n3n3n ni, baby yang punya ! tu pasal masin! :p Sekali tu ajer dia nak n3n3n aku tau ! Masuk hari ni, kiranya 2 hari 1/2 lah   my Nuha tidak mahu m3n3n3n :p Ada sebenarnya cubaan untuk m3n3n3n tapi aku selalu sapu garam lah :p Bila dia nampak garam, terus dia tak nak walaupun aku paksa dia main-main.hahaha


Kalo korang masih belum dapat bercerai susu , apa kata guna teknik garam pulak. Korang ada lagi tips untuk dikongsikan??
 


AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, September 27, 2010

Mama_Balqis 2nd GiveAway





GiveAway dianjurkan bersempena Sambutan Ulangtahun Kelahiran mama yang ke 26 .

Anje, Semoga bahagia dunia akhirat , Semoga berjaya dengan segala yang dicita-citakan.Semoga dengan pertambahan usia,  bertambahlah anak..hehehehehe :p Opss..gurau2 ajer..

Korang dah wish bitrhday untuk Mama Aqish?

21hb September 2010 sehingga 8hb Oktober 2010

Klik sini untuk join..


AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

10 Barang dapur yang wajib beli setiap bulan?

Salam semua ! Hari ni hari Isnin. Ada sesiapa Monday Morning Sickness? Kalo nak tahu,apa tuh Monday Morning Sickness boleh rujuk sini..hehehehe :p Kuda pun ada morning sickness daaa..Aku biasa beli barang dapur di Tes*co.Malam tadi terjumpa Mama Aqish kat Tes*co.[ klik sini utk join 2nd giveaway dia]

Korang biasa beli barang dapur apa setiap bulan? Kalo aku :-


1) Susu - Semestinya susu anak ! Aku memang tak beli susu pekat manis, kalo nak minum teh susu, order ajer kat mamak :p Kecuali susu cair nak buat puding ajer :p

2) Lampin pakai buang - Anak dan emak punya :p Memang kitorang borong stok sebulan.

3)Beras - aku dah hubby memang pemakan nasi yang tegar. Setiap bulan memang beli beras.Lagipun memang beli pek kecik sebab takut beli banyak2 ada bubuk pulak. Bubuk = ulat beras tuh..[Cara hilangkan bubuk pada beras]

4)Kopi/Milo - Ni untuk my hubby.Instant punya.Kalo dia rasa dia nak minum air, dia bancuh ajer sendiri. Mudah kan kerja ai? :p

5)Toiletries - Ni beli yang mana nak habis ajer lah.Biasa kitorang standby satu bila satu sudah digunakan.So, ada backup plan disitu :p


6)Ubat nyamuk - Biasa kitorang borong banyak2.Sebab kami kan fobia nyamuk le:p

7)Sabun Basuh - Memang wajib beli lah ni, sabun basuh pinggan dan sabun basuh kain. Sabun basuh pinggan tu, beli ajer jenama tes*co..jimat :p

 8)Pewangi fabrik/ Febreze- Untuk mewangikan badan dan rumah.

10) Perfume / Make up /Baju  - Badan pun mesti kena wangi-wangi jugak :p Beli kalo kehabisan stok lah kalo make up tu.Semestinya baju anak.Mesti nak beli jugak.Aduhai.Gatal btol kan? Emak kepada anak tu dah jarang beli baju :p

10)Telur /Maggie / Sardin - Ni stok kecemasan.Kalo rasa kurang lauk, tambahkan tiga menda magik ni, mesti marvelous :p

Korang pulak macam mana?



Banyak tak :P

p/s: Ini hasil borongan malam tadi :p

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, September 24, 2010

Edisi Terjah Belog Pengomen Tegar : Nafiraa

Seperti biasa, hari ni adalah hari terjah Pengomen Tegar aku yang kedua bulan lepas. Seperti yang diwar-warkan, pengomen seterusnya adalah Nafiraa.


Belog Nafiraa macam belog aku jugak, menggunakan kombinasi nama suami-isteri. Nama dia raa lah. Bukan nafi pulak :p  Belog Nafiraa menggunakan 2 column-template dari www.deluxetemplates.net iaitu Nourish.Belog ini jugak banyak bercerita tentang kisah dia dan keluarganya. Raa ni sebenarnya sekampung dengan aku dan junior aku masa diploma kat Dungun dulu..Teman dalam selimut aku jugak lah :p Apa teman dalam selimut tu? Korang boleh baca entry kat bawah ni.

Entry yang paling aku suka untuk dikongsikan adalah   :

Teman dalam selimut - Nostalgia btol bila baca entry ni :p

Lauk Orang Berpantang - terliur plak aku nengok !


Jom terjah belog http://lovenafira.blogspot.com/  ramai-ramai !! Apa tunggu lagi kat situ?


Nantikan edisi terjahan aku seterusnya minggu depan : KancilBiru .Apa kancil pun pandai berbelog???

Korang pun nak aku review belog korang? Komenlah kat  belog aku sampai lebam !!! 


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

JM Beriani? Ada Berani?

Korang dah pernah makan kat JM Beriani? JM Beriani baru jer ada kat Shah Alam.Semalam baru berkesempatan nak makan kat sana since my hubby balik lambat dan aku terpaksa melangut mengular  buat kerja kat ofiz sampai 6 lebih. Lagipun semalam kan gaji.Alasan yang kukuh untuk mendapat cuti memasak malam tadi :p

Servis memang terbaik. Kitorang memang tapau jer since dah maghrib.Tak sampai sepuluh minit dah dapat pun makanannya.Terbaik kan? Kan? Deko dia simple dan menarik jugak la.Yang penting air-cond lah.Kalo makan beriani kan badan rasa macam panas-panas :p


Deko yang simple dan cantik.


Ruang dapur yang terbuka.

Ok, cerita pasal makanan pulak!


Ni my hubby punya.Kambing dengan dia memang tak boleh berpisah :p

Harga : RM 14.00



Ni aku punya.Kat tepi tu hiasan ajer semata.Aku tak makan mana acar buah :p

Harga : RM 12.00 (lupa.. tak silap lah)


Overall, aku rasa so-so ajer..Nasi dia pun sket berbanding tempat lain. Aku bagi rate 6/10 ajer.Mungkin aku dapat bahagian ayam yang aku tak berapa gemar.Kalo dapat peha mungkin rate naik kot..hahahaha :p
 
 
 
 Map Ke JM Beriani. Situ pun ada Ayamas & Ayam Penyet Ap.


Nuha yang gigih nak buat peace dalam JM Beriani ! Siap pegang tangan tu :p

 Korang try dah ?Apa pandangan korang pulak?

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, September 23, 2010

Macam mana nak tukar tulisan dalam blog?

Korang perasan tak tulisan di belog aku nampak lain macam jer kan? Mana aku tukar tulisan tu? Tapi tak der lah warna warni macam Kevin amanda punya cara tu [klik sini] tapi cantik lah tulisan tu dari default yang disediakan di dalam blogger tu kan. Tapi boleh tukar warna mengikut kesesuaian belog anda .Berapa banyak tapi lahhh :p

 Langkah 1 : Pilih tulisan di Google Font API?

What is  The Google Font API? It helps you add web fonts to any web page. It means you dont need to install font family on your desktop computer to see custom font on any web.


Antara tulisan yang korang boleh pilih.

Langkah 2 :

Paste coding kat bawah ni selepas kod <head>











Langkah 3 : Korang boleh masukkan dimana-mana yang korang suka tapi kena tahu lah basic css sket-sket..try n error ajer kan.

 Boleh masukkan di sidebar macam aku

.sidebar h2 { font-family: 'Font+Name', arial, serif;


atau di title post tu...


.post h3 { font-family: 'Font+Name', arial, serif;

atau pada  date kat post korang


.h2.date-header {
font-family: 'Yanone Kaffeesatz', arial, serif;



 Kalo tak faham tanya, jangan buat-buat faham ! Boleh lah korang try pulak !



Korang rasa apa abang Ngah  aku buat duduk dalam kawah ni???
Berendam kah?


-



-





-



-


-




Ok, tipu...ada kerusi ...hahahaha.


p/s:

Hari ni menang lagi sebagai pengomen terbaik gitu di belog Cikgu Onizuka Nuffnang  di entry kemenangan disini :P

Elissmie - paling suka yang pegang bendera trg lah ! kita kan orang terengganu :P lawak ar adik ko tu, kemain lagi pakai spek hitam dengan sampin baju melayu segala, tengok part selipar, selipar jamang jepung jah...hehehe.jgn mare yer adik awok, nanti kena jual..
translate : jamang jepung = zaman jepun :p

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, September 22, 2010

Macam mana nak tukar kerusi lama nampak baru?

Ni kira segmen Deco bersama Eric lah, Eh Eliss ! Deco sebelumnya disini.
Macam mana nak tukar kerusi lama nampak baru ? Mula-mula kenalah ada kerusi lama. Kalo tadak kerusi lama, beli ajer kerusi baru :p

Kejadian berlaku sehari sebelum Hari Raya, dirumah mertuaku. Mula-mula bapak mertua aku yang buat, lepas tu anak yang dah tak teruna dia pulak nak membantu walaupun diserang chicken pox. Tangan hubby ku ni memang berseni sket kan.Mesti lah dia berminat dengan kerja-kerja begini.



Kerusi lama yang bersiap sedia untuk di 'make over'

Menggunakan spray Gold Effeckt ( Effect kot kan? Siapa lah yang buat cover spray ni :P ) 
RM10 satu botol tak silap. Tapi nak save, hubby ckp kena cat coat dulu! Ni kes nak cepat.


Abaikan my hubby yang sexy sket dan muka bertampal bedak sejuk...
dan macam orang dalam pantang aku nengok :p


Tadaaa...Hasilnya....

Korang ada buat deko raya? Silalah berkongsi idea .....

p/s: 

Aku menang berganda nampaknya, satu dapat hadiah saguhati kat blog Hanz dalam I Love You Contest hari tu.

Eight Prize (total worth RM 34)
Nabila House PFA 'Perfume & Voucher' worth RM25
Zara Shoppe Shawl worth RM9

Eliss

Dan satu lagi, hadiah UTAMA gitu kat blog Sumijelly dalam Sampaikan Jer 2010 :)

Jadi di sini ku umumkan 3 pemenang UTAMA RM20.00 yang berjaya mencuri hati juri! Dan pemenang nya ialah :
  1. Sampaikan Jer 2010 – Elissme
Yeeehaaaa! Terima Kasih Semua atas sokongan !! muahahaha :p

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, September 21, 2010

Dimana nak beli selendang dan perfume secara online?

* This is sticky note entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang lebih meletop dan sexy :) Advertise here?

Siapa ada jawapannya?Kalo nak tahu teruskan pembacaan korang.Rugi tak tahu ni.
Korang tahu tak ada 2 buah store online yang menawarkan perkhidmatan menjual selendang dan perfume secara dalam talian ?

1)  Zarashoppe


 Zarashoppe menawarkan pelbagai jenis selendang dengan harga yang berpatutan dan anda mampu memilikinya.

Antara koleksi tudung yang ditawarkan :-


::1 for RM9 :: ::2 for RM17 ::



SSH 1



SSH15 
p/s: 
 Yang ni tudung aku dapat secara percuma yer :) jgn jelez :p 
Terima Kasih Zarrashoppe!

Macam mana nak membuat pembelian ?


STEP 1
 If any item catches your eye,
email zarashoppe@gmail.com
or sms 019-6954456

*state ur:
1. Nick/Name
2. Full Address (for postage)
3. Contact No.
4. Item(s) Name , Code&Quantity
5. Delivery Method

or fill in the form below!
(feel free to browse the page to the end..thanks!)

STEP 2

Bank in the total amount.
Please notify us after payment has been made.

STEP 3
 Wait for the MR Postman to reach at ur doorstep!
Sebarang pertanyaan ?
email sahaja ke :  zarashoppe@gmail.com

2) NabilaHouse


NabilaHouse adalah pengedar sah untuk  Perfume For All sejak bulan  Disember 2006.Terdapat pelbagai koleksi perfume yang ditawarkan iaitu :-


PFA Women

PFA Men

PFA Unisex


Amor Amor
View Full-Size Image

Amor Amor

( Chacarel )
Price: RM28.00

Amor Amor by Cacharel is a sparkling fruity floral blend that celebrates love, newly found or rediscovered. Passionate. Impulsive. Electric. Notes include Mandarin, Black Currant, Melati Blossom, Lily Of The Valley, White Musk, Grey Amber.


p/s: 

Yang ni aku dapat secara percuma dan voucher RM10 lagi! :) Terima Kasih NabilaHouse ! 



 Macam mana nak membuat pembelian ?

  • Order can be made via online shop (preferred), email, telephone or SMS. However, monthly offer is only applicable to order made via online shop.
  • Order by email shall be sent to sales@nabilahouse.comThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
  • Order by phone / SMS can be made to number 019.265.5712 (Nana)
  • Order will be sent after payment is made and cleared (if paying by Cheque or Money Order).
APA KORANG TUNGGU LAGI? JOM LAH BELI SELENDANG DAN PERFUME SECARA ONLINE SEKARANG !! DUIT RAYA MESTI ADA LAGI KAN? :)


** ZaraShoppe & Nabila House  adalah penaja  kepada  TheHoneybunch Giveaway : The New You!





Ingin mengiklankan produk anda di elissmie.com?

Serendah RM20 per advertorial per month (sticky mode)  - klik sini

 
RM 3/ Mth 125-125 banner di sidebar paling atas :)- klik sini


AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006-2014 Disclaimer