Terlepas Entry Terkini ? Klik Sini

makhluk tuhan paling gojes atas muka bumi sedang gigih tulis komen. Terima kasih :)

Tuesday, August 31, 2010

Bila paling sesuai Cash out Nuffnang?

Mengikut pengalaman aku, jangan cash put awal bulan ! Menderita. Hazab nak boleh sampai cek ke tangan aku.Itu kes tak sabar nak cashout untuk kali kedua.Ni kali ketiga plak, so mari kita lakukan eksperimen , cashout pada akhir bulan....Kita tunggu cek ni plak...  Selamat dicashout pada 30 Ogos 2010.






Selamat Hari Merdeka semua !  


Merdeka ! Merdeka !


Adakah kita btol-btol telah menderka?

AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, August 30, 2010

Akibat Kerja Pada Hari Isnin

Ni lah.Orang lain cuti ko kerja. Gatal tangan sangat. Dah huru hara dah belog aku... Rasa macam nak tutup belog pun ada ni ! Siapa suh gatal tangan gi klik design tu, lepas tu Apply pada belog.Bagus! Cuba korang cuba ! hahaha

Aku tidak bertanggungjawab atas segala huru hara belog korang plak ok! Aku suh cuba ajer...Bukan suh buat btol-btol.

Mode : Bengang ! Sila Jangan berani tinggalkan komen.. :p


AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Saturday, August 28, 2010

POS Insuran Raya?

Korang pernah dengar tak? Aku dengar hari tu kat tv dan terus berminat nak apply.Hari khamis hari tu, aku apply.Maklumlah, bawah ofiz aku memang ada pejabat pos.So urusan cuma beberapa minit sahaja.Tak perlu bawak apa-apa kecuali duit dan IC semata-mata. Mudah kan?

Siapa yang layak mohon?







Bilakah perlindungan insurans saya akan berkuatkuasa

Perlindungan insurans anda akan berkuatkuasa pada 7hb September 2010 sehingga 21hb
September 2010 setelah premium diterima dan permohonan diluluskan oleh MAA.  
Sekiranya pembelian berlaku selepas 7hb September 2010, perlindungan insurans akan
berkuatkuasa dari tarikh pembelian sehingga 21hb September 2010.

Apa Faedah dia?


No Manfaat * Individual Plan (RM) **Family Plan (RM)
1 Kematian Akibat Kemalangan 20,000 20,000 / Insured (max100,000)
2 Hilang Upaya kekal 20,000 20,000 / Insured (max100,000)
3 Kehilangan Dokumen (akibat ragutan) 100 100 / Insured (max 500)
4 Pendapatan Hospital Harian (max 30 days) 30 30
5 Total amount payable 6 20


* Berdasarkan Pelan individu - Cuma RM6 sekepala
**  
 Family Plan cover pasangan yang sah dan anak-anak kepada Orang Yang Diinsuranskan termasuk anak angkat yang sah - Cuma RM 20 satu family, maksimum 6 orang, kalo ada anak lebih, bolah tambah lagi satu polisi lah kot sebab maksimum polisi 2.



Jikalau berlaku sebarang tuntutan, dimanakah/ bagaimana korang perlu  laporkan?
     

      Malaysian Assurance Alliance Berhad,
      Menara MAA, Tingkat 11,
      12 Jalan Dewan Bahasa,
      50460, Kuala Lumpur.
      Tel: 1-300-888-622, 603-2146 9999 Faks: 603-2144 9622
      E-mel: MAACallCentre@maa.com.my

 psst :

Khidmat masyarat ini dibawakan percuma untuk yang ingin pulang berhari raya nanti :) esp yang terpaksa travel jauh-jauh macam aku. Doakan perjalanan kami pulang ke Terengganu berjalan lancar dan selamat.


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, August 27, 2010

Korang dah bayar ke Zakat Fitrah?

Aku dah.My hubby lah yang membayarnya.Dia bayar dekat masjid ke, kat kaunter ker mana ntah.Lupa plak .Padahal dia cakap hari tu :p Tq yer laling.Harap-harap ibadah puasa diterimalah tahun ni.Amin..


Kalo malas-malas, boleh bayar melalui SMS ajer..atau pun di kaunter zakat yang disediakan, boleh rujuk sini


Tiada alasan lagi kan untuk tidak membayar zakat kan?


Kadar Zakat Fitrah :-
 sumber :sini
Pesan Abah aku pada aku - Walaupun kita tak pernah makan beras mahal, bila bayar fitrah tu, bayarlah dengan beras yang paling mahal.Tapi di Selangor , kadar rata bah, tak macam Terengganu, ada 3 kadar yang tak rata :p

psst :

Ini entry auto publish.Agak-agak apa aku tengah buat sekarang.Shopping lagikah? :p

psst :

Semalam, aku dah selamat menghantar kad raya dengan jayanya menggunakan setem RM 0.50 sahaja , budak pos tu cakap tak berat sangat keychain tu.So sila tunggu lah wahai pengomen tegarku..



Bukti , aku pernah jejak kaunter pos..hahahaha :p

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, August 26, 2010

Kuih Raya Tahun 2010

Salam semua.Semalam dah gaji, dan semalam jugak dapat tahu dapat bonus hari raya.Dapatlah buat tampung beli kuih raya kan.Ada lagi kuih raya belum bayar ni dan ada dah ada pun. Since aku masih tiada oven untuk tahun ni, dan tangan keras kejung nak buat biskut, maka aku pilih untuk beli ajer. Mesti beli setiap jenis 2 balang sebab satu untuk ma aku dan satu untuk mertua aku.

Kuih Raya Pilihan Aku 2010

1) Almond London - Ni all time peberet lah.Tak boleh tinggal.Mesti nak beli.Siap testing dulu dan tengok badam dia separuh ker sebiji.hahaha.

Harga : RM 21 per 50 pcs.Murah kan? :p Belum dapat lagi , so tiada gambar.

Tempat beli : Abang Harmaizi, UiTM Shah Alam.

2) Biskut Gajus - Ni aku beli untuk kakak aku sebalang dan sebalang tu kakak aku kirim untuk ma aku .Biskut ni beli masa awal puasa hari tu.

 Harga : RM 22 per 50 pcs.
Tempat beli : Kafetaria Menara, UiTM Shah Alam.

3) Biskut Makmur - Ni peberet my hubby.So aku beli ajerlah walaupun aku rasa aku tak pernah makan biskut ni, beli ajer tahu.


 Harga : RM 24 per 50 pcs.
Tempat beli : Kafetaria Menara, UiTM Shah Alam.

4)Shortbread - Aku kalo coklat2 ni memang hantu la.Tengok sekali terus jatuh cinta, boleh?


 Harga : RM 24 per 50 pcs.
Tempat beli : Kafetaria Menara, UiTM Shah Alam.

5)Strawberry Coklat - Kan aku dah cakap, amik ko, 3 jenis biskut aku beli ada coklat.Ada aku kesah?hehehehe.Ni rupa aku tak ingat sebab aku makan tester dia kecik ajer :p Kan Niza kan?kan?

Harga : RM 20 per 50 pcs.
Tempat beli : Kak Razuna, UiTM Shah Alam.


Korang beli kuih raya apa tahun ni? Ker korang buat sendiri ajer? Tumpang sebalang, sambil menjeling kepada oven kancilbiru..hehehehehehe :p

Bawah ni pulak, biskut dan kek yang aku dapat free .Alhamdulillah, rezeki ramadhan gitu :)


pssst: Nama kek dan biskut ni rekaan aku semata-mata..hehehehe




Aku rasa semalam (Unique Visitors) UV visitor aku yang paling tinggi dalam sejarah kot :p 427 UV sehari .Bila lah nak cecah ribu riban ni.hehehe.Dan minggu paling tinggi UV aku rasa 2022 UV.



 
Aku publish ajer entry duit raya semalam, 25 orang masuk serentak gitu.Tu pun aku rasa, pencapaian paling tinggi aku pernah nampak :p

 

AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, August 25, 2010

Duit Raya RM500 Untuk Kakitangan Awam Dan Pesara

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan.


Bayaran akan dibuat sebelum 1 Syawal. - BERNAMA



http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Duitraya/Article/


psst:


Syukur Alhamdulillah.My hubby plak dapat bonus setengah bulan.Yeeehaaa!



AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Daftar JCard Jusco cuma RM6?

Sebelum aku kena maki kat korang semua, baik aku cakap awal-awal.Yer, cuma RM6 sahaja tapi kalo korang pergi Jusco korang dikenakan bayaran RM12 setahun ok.Aik kenapa? Sebabnya, semalam ada bebudak Jusco datang buat promosi untuk student UiTM,diskaun 50% untuk daftar Jcard.So, aku pun daftar lah kan.Tapi next year, bila renew kena bayar RM12 jugak :p


Siap dapat goody bag gitu :p


Jcard aku, so lepas ni boleh lah membeli belah dengan jayanya di Jusco.Jom bang! muahahaha :p

Apa kelebihan ada JCard ni?


















 * klik untuk pembesaran berganda :p

Untuk cek rebate : http://www.jusco.com.my/JuscoHome/html/jcard_new/html/chkrebates_login_wbsrvc.php

Untuk maklumat lanjut : http://jusco.com.my

 p/s: 
Ini bukan iklan berbayar yer :p
Khidmat masyarakat ini dibawakan dengan percuma untuk kaki shopping :p

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, August 24, 2010

Memperkenalkan.....(drum rolls sound)

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com


Tahniah Kepada Shikin dan Sadi atas kelahiran cahaya mata kedua...



Photo Albums at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Ideas Photo Tinks by WiddlyTinks.com


Tahniah kepada Sharina & Suami atas kelahiran puteri sulung...

p/s:
2 bulan boz bercuti.
Tiap-tiap tahun boz aku cuti beranak,(hari tu boz lain, ni boz lain)
Tahun depan giliran siapa pulak nak beranak??
 hehehehe.akukah?
atau tukar boz lain pulak? hehehehe



p/s: 

Musim baby girl skang ni :)


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Kenapa tidak kibar bendera malaysia & tak nampak orang jual kad raya?

Sudah ditag oleh Bai, so kena kibar bendera malaysia didalam belog. Terima kasih kepada owner belog ini  atas inisiatifnya untuk kempen 1 Belog 1 Bendera.So, korang boleh dapatkan bendera yang berkenan dihati untuk dipasang pada belog korang di sana! Bukan susah pun eh?





Klik sini untuk dapatkan bendera yang berkenan dihati.

My hubby suh jugak beli bendera tampal kat kereta tapi yang leceh tu, bila nak tanggalkan double tape tu.Comot keta ai you..hehehe :p So, aku nak cari sticker ajer lah ada lambang bendera malaysia, ok tak idea tu ? Kalo sticker CEO KFC dan VIP McD boleh kita lekatkan, tak salah kan kalo lekat sekali bendera malaysia kan?
Kepada semua pengomen top 6 aku bulan ni, sila bersabar yer menunggu hadiah korang.Aku sedang dalam usaha mencari kad raya yang akan dihantar bersama-sama key chain atau fridge magnet .Aku cuba intai-intai kad raya kat sekitar Shah Alam ni, macam tak nampak batang hidung pun . Ada tak orang jual kad raya berbentuk hard copy tahun ini?Kepada warga Shah Alam, kat mana korang nampak ada jualan kad raya?Sila bantu aku yang buntu .

Ucapan hari raya menerusi kad raya kini digantikan dengan e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS), laman sosial, khidmat multimedia (MMS) malah kad-kad elektronik menerusi Internet.

pic credit to : here

Betul ker Kad Raya Kian Dilupakan seperti dalam Utusan Malaysia ni ? Apa pandangan korang?


AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, August 23, 2010

Apa itu iTalk Whoa! Email?

 * This is sticky note entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang lebih meletop dan sexy :) Advertise here?

Korang pernah dengar pasal TM iTalk Whoa! Bunyi macam familiar kan?Teruskan pembacaan. Jangan lepaskan peluang keemasan ni :)



TM iTalk Whoa! ni adalah sebuah portal yang dibangunkan oleh Telekom Malaysia (TM) dan membolehkan korang berhubung dengan rakan-rakan tanpa perlu bersusah-payah mendaftar masuk beberapa halaman aplikasi yang berlainan.Dengan kata lain, korang tidak perlu menghafal setiap katalaluan lain kecuali kata laluan TM iTalk Whoa! Tapi bagaimana??



Dengan iTalk WHOA! selepas mendaftar buat kali pertama, kita perlu memasukkan semua password twitter, gmail, facebook,yahoo,hotmail dan lain – lain aplikasi yang kita kehendaki di sana, dan apa yang perlu kita ingat hanyalah password iTalk WHOA! kita sahaja. Tambah menarik lagi,apabila kita login iTalkWhoa sekali sahaja, semua fungsi lain akan login secara automatik.

Menarik tak? Sambung baca lagi.

Email 

Antara ciri-ciri yang paling menarik yang terdapat di dalam  iTalk Whoa ! ialah Email. Kenapa Email ? Sebabnya , keupayaan untuk mendapatkan email terbaru daripada akaun email yang lain seperti yahoo mail, gmail or hotmail yang digabungkan hanya dalam SATU portal sahaja iaitu iTalk Whoa ! Korang jugak boleh set email ofiz korang kepada akaun iTalk Whoa! dengan cara mengkonfigurasi pada  iTalk Whoa mail settings seperti dibawah.



* Klik untuk pembesaran

Macam mana nak setting email korang tu? 

1) Klik pada butang Mail Setting pada tool bar dan satu pop up window Mail Settings akan terpapar seperti dibawah.
2) Masukkan akaun email yang berkaitan.Korang boleh pilih email mana yang dikehendaki dengan klik pada butang drop down yang menyenaraikan sehingga 500 jenis aplikasi email untuk korang pilih dan membuat konfigurasi.
3) Tik pada kolum aktif dan klik pada butang Add.Tadaaa....Email korang akan terpapar dalam masa 15 minit sahaja.




p/s: Hanya email terbaru sahaja yang masuk tau !

Untuk maklumat lanjut, korang boleh pergi ajer ke laman web TM iTalk Whoa Disana ada manual untuk korang baca iaitu dengan klik pada user manual dibawah butang help .
 
Pushmail

Ada lagi yang lebih menarik.Dengan iTalk Whoa !, terdapat kemudahan pushmail yang membolehkan korang forward email baru kepada telefon bimbit secara automatik. Pushmail pada iTalk Whoa boleh menyokong sebarang telco dan korang boleh pilih telco mana yang korang berkenan lah kan.Maxis ? Digi? Celcom?pilihan ditangan anda.Yang paling best ianya berfungsi pada semua jenis telefon bimbit hatta telefon bimbit cap ayam sebab ianya tidak memerlukan aplikasi khas pada telefon. Menarik kan?

Kenapa perlu guna iTalk Whoa???

iTalk Whoa ini bukan sahaja memudahkan kita untuk buat kerja seperti hantar email, tambah contact ,masukkan events tapi juga berupaya untuk kita menyemak email kita masa kita tengah out station atau pergi travel mana-mana. Sekarang ni, semua orang  guna telefon bimbit untuk buat bisnes dan kegunaan peribadi, rasanya iTalk Whoa ni memang berbaloi-baloi untuk diaktifkan , sebab kita boleh dapatkan maklumat berkaitan pejabat dan aktiviti peribadi dengan cara yang paling cepat dan cekap iaitu melalui telefon bimbit !


Apa tunggu lagi, daftarlah TM iTalk Whoa! sekarang !!

Untuk tidak terlepas tentang tawaran yang menarik, boleh follow kat twitter #iTalkWhoa
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Free Review Dari Eyriqazz.com, korang ada??

Hari Jumaat lepas, aku bercuti sebab bawak my Nuha pergi klinik.Dia kena chicken pox! So, jumaat adalah duduk dirumah menjaga budak yang gatal satu badan! haih ! Penat !Hari kedua, habis semua chicken pox keluar selepas minum air kelapa.Lega, tak perlu bercuti lama-lama sebab cuti dah tinggal serdak ni.haih!


psst :

Hari ni, adalah hari pertama aku puasa ! Sila jangan publish entry-entry berbaur masakan yer..hahahahaha.
 psst: 


Pencarian baju raya berakhir- akhirnya baju kurung pahang, pilihan aku :p


Kembali ke tajuk asal entry.Belog aku dulu pernah direview oleh Kak Ros, MBP seperti disini dan dapat 3 per 5 bintang :) Boleh baca disini.[Review oleh Kak Ros MBP] Banyak lah yang aku dah follow apa yang disarankan oleh Kak Ros. Khamis lepas, ada seorang suami orang telah meninggalkan komen pada komen box aku.Bukan lalat yer atau dek anon yer :)




Bro, tq lah sebab bagi free review kepada belog picisan aku nih. Really appreciate it dan tidak melenting ke haper.Dan tak query, ko siapa, blogger puluh-puluh ribu ker nak bagi review kat belog aku ni kan.hehehehe.Gurau-gurau ajer.Lagipun bulan Ramadhan tak baik marah-marah kan?Tak baik untuk kesihatan jugak.Tapi aku nak mengulas plak review yang bro bagi tu pada entry [Cara Melatih anak berpuasa? ]...hehehehe.

1)Widget follow me, top dan Nuffnang innit rasanya agak kurang friendly dan mengganggu membaca... - 
Follower tu sayang nak buang, sebab penat-penat ajer diorang follow tapi tiada credit utk diorang kan.Sebab walaupun aku tak follow orang , tapi aku baca jugak dengan cara klik pada ikon diorang dan tengok profile blog. Top tu pun sebab ada link back kat orang tu, konsep pun sama.Aku setuju buang Nuffang Innit :) - Salah faham rupanya, follow me twitter? Tu duit tu..hehehe.Silalah follow aku untuk mendapatkan iklan dari Churp Churp..muahahaha.

2)Font entry agak kecil dan kurang user friendly( mungkin coz tiga column)..mungkin boleh tukar template or mintak tolong kancilbiru tolong tgk2kan.. - kecik ker tulisannya ? aku rasa, ko salah setting dekat browser kot...hehehehe.Best view with mozilla ok!

Untuk mozilla - Klik View -> Zoom -> Zoom in (Shortcut : Ctrl ++ )
Untuk IE - Klik Page ->Zoom -->Zoom in (Shortcut : Ctrl + )
 

3)entry agak panjang yg ni..bulan puasa,agak penat untuk membaca..hik3... - memang nak mengelakkan entry panjang tapi informasi yang diberi tu untuk panduan aku untuk diri sendiri nanti :), sebab artikel harian metro, artikel dia akan tak available dah nanti.Sayang maklumat tu :p See, see, ada jugak orang setuju dengan pendapat aku kat Kesalahan Biasa dalam Menulis Belog ? ari tu.


Macam mana nak buang widget Nuffnang innit tu ? 



1) Dashboard ->Design->Edit HTML 

2) Cari balik code yang korang amik dari Innit Nuffnang

3) Nak senang, search .Coding tu ada sebelum tu. 


p/s: 

Siapa lagi nak review belog aku secara percuma???Sebelum aku review belog 6 pengomen tegar aku nanti.Insya Allah, komen-komen membina macam ni baik untuk belog :) dan trafik! heheheehe


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, August 19, 2010

Cara melatih anak berpuasa?

Korang rasa umur berapa yang ideal atau sesuai untuk melatih anak korang berpuasa? Macam mana teknik yang sesuai untuk melatih anak berpuasa? Dibawah ni aku nyatakan teknik yang digunakan oleh mak dan abah aku untuk melatih aku berpuasa.



5 Tahun

Mengikut pengalaman aku, aku dah diajar berpuasa masa aku berusia 5 tahun. Masa tu , tiada siapa pun paksa-paksa aku berpuasa.Tapi sebab aku tengok semua orang berpuasa, so aku pun teringin jugak nak puasa ! So, sahur mak aku kejut jugak sekali.Tapi biasalah budak-budak, mana lalu nak sahur tapi gigih jugak habiskan nasi.Hari pertama , mak aku suruh aku puasa separuh hari dulu.Pukul 12 tengah hari macam tu , dia suruh aku berbuka. Lepas tu, mak aku suh aku tambah sejam- sejam macam tu lah sampai lah habis bulan puasa.So, sampai akhir tu, adalah 2-3 hari ke baper hari aku tak ingat, yang puasa penuh satu hari.

6 Tahun

Menginjak usia aku 6 tahun, aku dah boleh berpuasa penuh selama 30 hari.Sebab apa? Sebab abah aku cakap, kalo puasa penuh nanti dia bagi duit raya ! Sebab masa tu kan aku budak-budak, so bila dapat ganjaran tu rasa excited ma, so terus berpuasa dengan gigih selama 30 hari.[mata $ ringgit malaysia  jugak aku rupanya]


pic credit to here

p/s: 

Tak salah rasanya niat tu tak betul lagi sebab masa tu tak mumayyiz lagi kan..Tapi bila dah besar ni, betulkan lah niat tu :p Ganjaran yang lebih besar, diakhirat tuh nanti .Tapi skang ni,ibu bapa sedih bila anak tak pass exam ker haper, tapi anak tak solat tak puasa , ada aku kesah ! Tak mo tak mo macam tu yer....sekadar renungan.." melentur buluh, biarlah dari rebungnya " kalo tak, jadikannya meriam buluh atau buat lemang..hahahahahaha :p



Antara panduan yang boleh diikuti untuk melatih anak berpuasa ialah:



  • Elakkan menonton rancangan televisyen yang akan menggugat puasa mereka apabila mereka melihat iklan makanan yang begitu menyelerakan. - betul-betul ! Dulu selalu terliur dengan iklan air kat tv.tengok plak gelas yang meleleh ais kat luar tu...haihhh! goyang iman sekejap :p satu lagi, rancangan masak-masak kat tv...dari budak lagi tau aku suka tengok rancangan masak-masak :p



  • Jangan lupa melatih anak niat berpuasa. Amalkan membaca niat berpuasa bersama keluarga selepas makan malam, dengan cara ini anak akan lebih seronok. - Ni abah aku yang selalu bacakan untuk aku dan adik aku tanpa jemu :)





  • Jangan biarkan mereka terlalu aktif bermain. Buat aktiviti misalnya dengan membacakan buku cerita atau menonton cakera padat video berfaedah setiap hari.- Nak main memang tak larat lah aku





  • Sediakan menu makanan berbuka dan sahur untuk anak sama sahaja dengan menu orang dewasa.
    Jika boleh dan berkemampuan, hidangkan makanan kegemaran mereka supaya mereka bersemangat berpuasa sehingga tiba waktu berbuka.-Ma Abah aku suka buat ayam percik, bubur lambuk, selera gitu nak berbuka :)





  • Pada malam hari, ada baiknya anak diberi makan lagi sebelum tidur atau pada saat senggang pada waktu malam.- sahur ajer aku makan banyak-banyak..hehehehe






  • Contoh hidangan yang boleh diberikan kepada anak anda ketika berbuka puasa dan bersahur. 

    * Bagi setiap kumpulan anda boleh memilih satu menu.

    Menu utama

    > Karbohidrat:
    · Satu senduk nasi putih
    · Dua cawan bubur nasi
    · Enam keping biskut berkrim
    · Dua keping roti putih

    > Protein :
    · Separuh ikan kembung
    · Sebiji telur
    · Satu sudu kacang panjang
    · Satu paha ayam

    > Vitamin:
    · Sepotong tembikai
    · Sepotong betik
    · Dua potong nanas
    · Setengah biji belimbing

    > Hidangan sayur-sayuran:
    · Secawan sayur campur
    · Dua hiris tomato

    > Minuman:
    · Segelas susu, sekeping keju atau segelas dadih.

    Sumber [harian metro] - Beri semangat anak puasa

    Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

    Wednesday, August 18, 2010

    Hadiah Untuk 6 pengomen belog elissmie.com Yang Paling Sexy !




    Susah sangat nak print skrin kan..So, aku decide nak bagi ajer hadiah ini kepada 6 pengomen belog aku yang paling sexy bulan ni iaitu seramai 6 orang !

    Sila emailkan nama penuh, alamat, no telefon kepada email aku : elissmie [at] gmail [dot] com






     p/s: 

    Hadiah bergantung kepada budi bicara, samada fridge magnet atau pun keychain.
    Insya Allah, ada kad raya sekali :p

    p/s:


    Lepas ni rajin-rajin lah komen kat belog aku yer :)

     Terima Kasih untuk semua !

    p/s:

    Semua belog diatas akan direview secara percuma oleh aku ! Insya Allah...




    AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
    Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

    Terima Kasih Kepada Sirap Cap Ros !

    Apa kes plak aku berterima kasih dengan sirap cap ros ni? Bukan Rosnah Mat Aris tau :p  Ni kiranya entry , Pengalaman Bercerai Susu Part II lah kiranya. Pengalaman Bercerai Susu Part I boleh baca kat sini.Semalam, cubaan bercerai susu diteruskan. 

    Mangsa keadaan : My Nuha
    Lokasi kejadian : Di rumah
    Masa kejadian : Waktu puncak untuk memasak berbuka , 6.00 petang

    Yang lawaknya, aku sampai-sampai umah, dia mintak "p3k" , sebenarnya dari dalam kereta lagi dia mintak "p3k" (cik B) tu lah, tapi aku cakap sampai rumah baru boleh. TAPI, sampai umah aku masuk dapur dulu keluarkan lauk apa nak masak dan basuh periuk segala, konon nak masak.Masa tu dia menangis macam tak makan sepuluh hari dah, dan ting ! Sirap ! 



    Aku amik sirap, letak dekat cik B, dan tunjuk pada dia , terus dia terdiam macam malaikat lalu gituh.Hahahaha.Dengan muka kesakitan, aku teruskan lakonan. Bila dia tengok Cik B aku dan tangan berdarah, dia amik tisu dan suh aku lap. Lepas aku lap tu, dia datang nak hisap ko dengan kesan merah yang ada tu. Masa dia hisap, aku konon-konon buat nanges, terus dia berhenti dan menangis. Alahai, kesiannya eliss.Ting ! Berkeras hati ! Tawarkan susu formula ! Dia hisap susu formula lepas tu dengan ok.Bila aku tanya nak "p3k", dia cakap "Nanak "p3k", "p3k" darah !! " ( Read : Tak Nak Cik B, Cik B berdarah )  hahahahahahahahaha.Gembiranya hati aku ! Tapi menginjak ke waktu tidur dia, dia mintak jugak "p3k" sekali lagi dengan aku dan hulur  tisu lagi sekali suruh lap darah.Hahaha.Lawak.Lepas tu, dia hisap jugak tapi tak sampai 5 minit dia dah tertidur.Kiranya cubaan aku yang ini berjaya jugak lah !

    p/s:


    Lydzar, seorang ibu beranak dua, juga menggunakan teknik sirap ini.

    p/s: 

    Teknik menggunakan bawang putih tidak memanaskan cik B. Tapi kalo letak banyak panas kot ! Mak pengasuh dia suh buh Bawang merah, biar pedih mata.Alahai, kesian plak ;p




     p/s:


    pic credit to here

    Bulan-bulan puasa ni, kalo minum sirap taruk biji selasih, memang lazat kan?hahahaha.Larikss..



    AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
    Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

    Personalized Fridge Magnet Dari Memoire Delight

    *Sticky note entry for one day. Untuk entry terbaru, sila skroll kebawah ok :)

    Korang nak buat tak personalized fridge magnet ? Boleh letak gambar korang, ahli keluarga, kawan-kawan dan buah hati kesayangan korang.Menarik kan? Boleh dapatkannya di Memoire Delight sekarang !






    Cara-caranya mudah sahaja :

    1) Pilih Template yang dikehendaki - Pilihannya memang pelbagai. Ada yang satu potrait, satu landscape, gabungan potrait dan landscape dan macam-macam pilihan lah.
     
    http://picasaweb.google.com/petitesews/MagnetTemplate#




    2) Bila dah berkenan dengan template tu, boleh lah pilih gambar yang kita kehendaki.

    3) Boleh tambah tulisan jika mahu.Tak mahu pun tak per.Yang bestnya, tulisan boleh ditulis dalam bahasa inggeris, melayu dan mandarin.

    4) Emailkan kepada petitesews [at] gmail [dot] com  URL template dan gambar-gambar yang berkenan dihati  .* Seelok-eloknya gambar tu biarlah terang supaya hasilnya nanti akan cantik !


    Harga : 

    MDM-S: 9.5cm (W) x 6cm (H) x 0.1cm (T).  Preferably 3 photos and below for better clarity. 
    Price: 
    • Package1: RM10/pc.  
    • Package2: RM25 for 3pcs.  Additional piece will be charged RM9/pcs. 
     
    MDM-M 3R Photo size at 3.5" x 5" X 0.1(H)
    Price:
    • Package1: RM15/pc.  
    • Package2: RM35 for 3pcs.  Additional piece will be charged RM13/pcs.  

    MDM-L 4R Photo size at 4" x 6" X 0.1(H)
    Price:
    • Package1: RM18/pc.  
    • Package2: RM45 for 3pcs.  Additional piece will be charged RM15/pcs.  
    * price include design fees.
    ** the width (wider side) is fix, the height may varies depends on the size of the frame selected.


    Cara Pembayaran :

    http://memoiredelight.blogspot.com/2009/11/custom-order-payment-detail.html


    Penghantaran : 

    1. Pos Malaysia Shipping Charges applies.
    Registered mail from RM2.00 onwards
    Pos Express from RM3.00 onwards
    Pos Laju from RM6.00 onwards

    2. COD available in certain part of Penang island. Please enquiry location if COD. 


    Hasilnya :


    Aku punya dah dapat.Menarik kan ? Berseri-seri gitu peti ais aku.
    Apa tunggu lagi??Dapatkannya sekarang.

    Ingin mengiklankan produk anda di elissmie.com?

    Serendah RM20 per advertorial per month (sticky mode)  - klik sini

    AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
    Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

    Tuesday, August 17, 2010

    Pengalaman Bercerai Susu

    Korang ada pengalaman bercerai susu? Bagi yang belum mempunyai anak, boleh jadikan entry ini sebagai panduan. Beberapa minggu lepas, my Nuha genap 2 tahun.Cadangnya nak bercerai susu lah.Tapi sampai hari ini, my Nuha still breastfeed tapi sebelah malam sahaja dan hujung minggu.Last week cadangnya nak bercerai lah susu dengan my Nuha. Berikut adalah petua lama untuk bercerai susu yang aku dapat dari ibu, ibu mertua, ipar duai, sahabat handai dan entah siapa-siapa , aku pun dah lupa :)


    Petua lama untuk bercerai susu :

    1) Bawang putih - Inilah teknik yang aku gunakan last week. Seelok-eloknya, dicuba pada waktu siang di bulan puasa sebab malam, susah plak orang lain nak men3te3k..hahahaha.Ops! Larikss.. Yang kelakarnya, bila aku apply teknik ni kat my Nuha, bila dia hisap jer, dia cakap "pedas, pedas, syuh lut" (Read : Basuh Mulut ) . Siap request next t3t3k, lepas tu still cakap "pedas, pedas, syuh lut" . Bila aku dah basuh mulut dia, dia fobia nak hisap yang belah kiri sebab aku terletak banyak sebelah kiri.Sehari jugaklah dia tak hisap t3t3k sebelah kiri.hahahahaha :p Lepas tu, aku dah kesian plak nak teruskan letak bawang putih tu....




    2) Lipstik - Ni ala-ala darah gitu. Belum cuba lagi.Seelok-eloknya guna lipstik yang merah terang lah kan?




    3) Sos  - Ni pun ala-ala darah jugak.Kalo budak yang kenal darah, mesti geli nak hisap kan.Kalo tak sos cili mau pijar t3t3k kan? Letak sos tomato lah kot erk..hehehe




    4) Pewarna sirap - Ni pun ala-ala darah jugak.Agak-agak merah tak t3t3k aku nanti bila guna petua ni? hahahaha.Belum cuba belum tahu kan?


    5) Batang wali - Ni memang akar pokok herba.Dan rasanya amat pahit.Kalo terkena sekali, memang sehari tak lalunak makan dan minum.Sesuai jugak untuk perokok tegar ;p




    6) Jadam- Jadam mempunyai rasa yang pahit dan ia sebenarnya diproses dari daun lidah buaya.Ni aku tak tahu nak cari kat mana.Rupanya ni baru pertama kali tengok bila aku google tadi :)



    Bagi aku untuk bercerai susu, kekuatan mental amat penting.Dan tiada belas kasihan.hehehehe.Setakat hari ni, aku masih tiada ciri-ciri tersebut dan rasanya my Nuha pun belum bersedia mental dan fizikal untuk bercerai susu walaupun sekarang dia dah pandai menyusukan badan kepada Pipin nya..Kesihan pipin, menjadi mangsa.Mangsa keadaan.

    Korang ada pengalaman bercerai susu? Boleh kongsi pengalaman disini? Teknik apa yang digunakan?

    Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

    Monday, August 16, 2010

    10 Pilihan Kuih Untuk Berbuka Di Bulan Ramadhan

    Salam semua.Macam mana weekend korang? Seronok? Dah shopping baju raya? Kuih raya? Sempat tak masak untuk berbuka?Aku tak masak berbuka, tapi masak untuk lunch ajer untuk my Nuha.Aku tumpang sekaki ;p Hari ni, aku nak buat entry berbau makanan.Kalo korang tak tahan dugaan, sila lah beredar yer..hehehehehe.Kuih pilihan aku mestilah kuih yang berasal dari negeri aku(Terengganu) atau negeri abah aku la( Kelantan). Dan mesti MANIS punya semanis owner belog ini..hahaha.Perasan!

    1) Lompat Tikam - Kalo kat sini bubur sumsum ker apa nama dia. Lompat tikam ni ada 2 version jugak.Kalo style terengganu ada santan putih kat atas, dan bawah ada tepung dan disiram dengan air gula.Kalo style kelantan, ada tambahan pulut tu.Pilihan aku versi terengganu. Semalam beli yang versi kelantan.



    2) Onde-onde / Buah Melaka - Ni dalam periuk nasi pun boleh buat, kalo tak de dapur :p



    3) Asam gumpal - Satu-satunya kuih yang ada kacang hijau yang aku makan.Sagu dan filing dia kacang hijau, dan ada kuah santan.Kalo letak dalam peti ais, memang terangkat.



    4) Tepung Pelita - Susah nak cari yang betul-betul sedap.



    5)Agar-agar - Ni memang banyak la kat pasar ramadhan tu dengan macam-macam warna dan ada yang letak buah yang menggiurkan jugak.




    6)Nekbat - Rupa asal dia macam bahulu tapi saiz kecil.Tak boleh makan macam tu ajer.Nekbat ni kena sira dengan air gula baru boleh makan.



    7)Akok - Ni pun ada 2 version jugak lah.Akok kelantan dan akok terengganu.Tapi pilihan aku adalah akok kelantan la , akok kedut :p



    8)Puteri Mandi - Biasa kalo bulan puasa, mak aku mesti buat kuih ni.Mudah dan cepat.



    9) Tok Aji Serban / Seri Muka - Ni kena guna telur banyak baru best.Teringat mak aku punya weh.



    10)Murtabak - Ni juadah wajib jugak family aku.Mesti ada punya masa berbuka.

    Kuih Pilihan Untuk Berbuka Di Bulan Ramadhan korang pulak apa???Silalah share, mana tahu boleh aku cari hari ni. Macam lah puasa :p



    semua image : credit to Google Image

    AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
    Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

     

    Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006-2014 Disclaimer