Terlepas Entry Terkini ? Klik Sini

makhluk tuhan paling gojes atas muka bumi sedang gigih tulis komen. Terima kasih :)

Thursday, July 29, 2010

Pekerja swasta pun kena pakai baju batik?

Izinkan saya gelak syaitonnirrojim dulu Yang Arif, muahahahahahaha [ ok, dah ] . Semalam, my hubby datang jemput aku dan jumpa kawan dia kejap.Katanya amik baju.Bila aku tanya baju apa, baju batik katanya...waka waka waka :p [gelak syaiton lagi sekali ] Dia kena hadiri event apa ntah dan terpaksa pakai baju batik.Dia ni dah 2 kali skip event tu sebab malas dan sebab utama kena pakai baju batik.Tapi kali ni dah tak boleh elak-elak dah....Maka terhasillah...


Pekerja swasta dipaksa berbaju batik, begini lah gayanya.Tanda boikot kah? :p
 

Pekerja gomen / kerajaan yang ikhlas berbaju batik...
 psst: Abaikan toyol kecik kat sebelah, sibuk nak enterframe sama :)
Ntah bila masuk frame pun tak tahu..hikss

Pekeliling Pendaftar UiTM Dirujuk -

PELAKSANAAN SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2008 PEMAKAIAN PAKAIAN BATIK MALAYSIA OLEH PEGAWAI AWAM PADA HARI KHAMIS -

Pekeliling ini bertujuan untuk memaklum dan melaksanakan keputusan kerajaan supaya hari pemakaian batik Malaysia oleh pegawai awam iaitu pada hari pertama dan hari ke-15 setiap bulan dipinda kepada setiap hari Khamis. 

Tujuan :  Sebagai usaha menyokong perkembangan dan pembangunan industri batik negara yang merupakan warisan dan identiti negara.

psst :
So bagi yang bercita-cita nak keja gomen, sila lah standby dengan baju batik yer..hiksss



pssst:


Alhamdulillah, aku menang motor !eh, silap.Menang cabutan bertuah di belog Sharinginfoz. Rezeki menjelang Ramadhan gamaknya . Entry kemenangan http://sharinginfoz.blogspot.com/2010/07/keputusan-cabutan-bertuah-sharinginfozs.html





AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, July 28, 2010

Apa yang perlu diubah dan berubah bila sudah jadi isteri dan ibu?

Memang dah lama terfikir nak join contest Hanz ni,cuma idea tak kunjung tiba. [alasan :p ] Badge dah lama aku tampal kat sebelah sidebar ni.Rasanya pengalaman bergelar isteri dan ibu adalah perkara baru yang terjadi dalam hidup aku ni dan memberi kesan positif secara tidak langsung. Almaklumlah, hidup bujang selama 25 tahun.Tiba-tiba, I'm Not Single anymore :) Dan pada usia, 26 tahun, aku sudah bergelar ibu.Terasa sungguh drastiknya perubahan yang terjadi kepada aku.Walau apa jua yang berubah dan perlu diubah, semuanya memberi kesan positif pada aku.


 Hari dimana, aku tidak lagi single .
Saat dimana aku sah bergelar isteri kepada jejaka disebelah.I'm taken ok! :p


 Hari dimana, saat aku bergelar ibu.Nur Nuha Humayra, puteri kesayangan hamba.


Apa yang perlu diubah dan berubah bila sudah jadi isteri dan ibu?

1) Memasak - Selama ni memasak adalah ikut suka tekak aku ajer tapi bila dah kahwin dan ada anak, semua nak kena fikir.Yang kecik ni tak boleh makan pedas, yang besar ni plak suka makan pedas.End up, aku masak dua jenis lauk yang berbeza untuk dua insan tersayang kat dalam rumah.


Positifnya : Skill memasak kita dapat dipertingkatkan.

2) Rutin harian - Ni memang totally berubah lah.Kalo weekend la especially, aku biasa membuta plak lepas subuh, tapi bila dah ada anak, pagi-pagi kena bangun, mandikan anak dan siapkan breakfast untuk anak. Selalu pergi kerja, terus sampai ofiz.Ni bila dah ada anak, kena hantar pergi nursery dulu pastu baru pergi ofiz.Petang plak sibuk tengok jam, sebab nak pergi amik anak kat umah pengasuh.


Positifnya : Kita mampu mengubahnya yang penting dimana ada kemahuan , disitu ada jalan.

3) Shopping - Selalu keutamaan dalam bershopping mestilah untuk diri sendiri, tapi bila dah ada anak, baju anak, susu anak , diaper anak yang diberi keutamaan.Handbag mak, kasut mak, baju mak dah jadi list yang terakhir dalam senarai yang perlu dibeli.

Positifnya : Kita dapat membezakan yang mana betul-betul keperluan, dan mana satu kehendak semata-mata.

4) Masa tidur - Ni pun masa awal-awal ada anak memang time management untuk tidur adalah tidak betul.Pergi ofiz asyik mengantuk ajer macam baru-baru kahwin.hehehe.Apakah? Dah lah aku dulu jenis spesis tidur mati, letak bom sebelah telinga pun tak dengar.Sebab aku bukan fully breastfeed, so ada masa anak aku tanak breastfeeding, gigih bangun pagi-pagi buta buat susu anak.Tapi bila dah besar, dia nak main pulak sampai ketengah-tengah malam.huhuhu.Layankan ajer..

Positifnya : Kita tahu yang mana penting perlu diutamakan, tak boleh ikut nafsu semata-mata , nafsu tidur tuh.

5)Aktiviti kekeluargaan - Yang ni part yang paling best lah, selalu kita fikir diri kita sahaja tapi bila dah ada keluarga, mesti nak buat jugak party untuk celebrate event-event yang penting dalam keluarga contohnya anniversary dan birthday. Dan ada yang rajin memberi hadiah, siapalah lagi my hubby lah.Kalo join event , atau pergi holiday, mesti nak angkut sekali family kita.


Positifnya : Kita dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

6) Memanjakan diri - Kalo masa single dulu, aku ni suka jugak buat facial tapi buat sendiri kat rumah lah.Pakai mask dan makeup .Tapi sekarang, kalo sempat ajer aku calit sket lipstiks dan tampal bedak ke muka. Kalo dapat pergi spa kasi urut satu badan skang ni rasanya nikmat sangat kan?


Positifnya : Jimat duit my hubby :p

 7) Pembahagian kerja rumah - Selama ni hidup sorang, memang buat sendiri semua benda A-Z tapi bila dah bersuami dan beranak, aku dan my hubby sama-sama buat kerja rumah.So,tadak lah penat sangat kan.Yang ni kena ada tolak ansur lah antara suami dan isteri.My hubby lak jenis tak boleh tengok rumah macam tongkang pecah while aku adalah pemalas sket.Ayat membunuh namanya ni.muahahaha.

Positifnya : Kita mesti bertolak ansur dalam semua keadaan, dan tak boleh nak mengharapkan sebelah pihak saja yang bertolak ansur.

 8) Blog - Yang ni memang totally berubah lah.Apabila dah berubah status dari single kepada isteri dan ibu, update pun siap tulis pasal mereka lah kan dalam belog. Aku siap buat belog sendiri lagi untuk anak aku, tu memang perubahan yang besar sangat lah dalam berbelog.Ini Belog anak aku.


Positifnya : Banyak lah idea kita nak membelog sebab ruang lingkup kita dah luas, betul tak?

Walaupun apa jua yang berubah dan perlu diubah, aku bahagia menjadi isteri dan ibu.So,cepat-cepatlah kahwin bagi yang masih single tu untuk merasai segala nikmat selepas berkahwin .Halal gitu! Tak siapa pun nak marah kita buat apa pun dan nak pergi kemana.


 Seakan dunia milik berdua wa cakap lu :)


eh,silap, bertiga :)

Pendapat korang plak macam mana?
Apa yang perlu diubah dan berubah bila sudah jadi isteri dan ibu?
Apa kesan positifnya?


psst : Entry ini ditulis sebagai penyertaan untuk contest oleh Hanz.

The New You! Giveaway by TheHoneybunch

Sponsored by :

Due Date : 30th of July by 12 noon.

all pics credit to google images.

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, July 27, 2010

Pernah ke korang makan atas atap?

Semalam, my hubby balik awal.Jarang benar my hubby balik awal walaupun ofiz hour dia abes kul 4.15 petang setiap hari Isnin- Jumaat. Rupanya dia nak mengajak aku keluar dinner kat luar. Kisahnya.Patutlah aku SMS tanya nak makan apa dia senyap, kalo tak aku nak masak simple-simple ajer.

Malam tadi, my hubby ajak aku makan kat tempat yang we all nampak weekend hari tu. De Attap Seafood yang terletak kat sebelah Unisel Shah Alam ni, bangunan belakang Hakim lama Seksyen 7 lama.Kalau orang Shah Alam, mesti tau punya.Tengok map kalo tak tahu :) Yang best, tempat makan dia memang kat atap ko!!So sila gigih naik tangga yer..agak tinggi...


Klik untuk pembesaran sempurna


Dekorasi, not bad lah.Boleh makan atas lantai tapi satu ruang ajer , plak tu tengah-tengah.Tapi betul-betul mengadap skrin besar.Aku pilih makan sebelah tu :P Ai tak nak publisiti.Muahahaha.


Part yang ditunggu-tunggu, makanan lah kan.Muahahaha.Keji tak ai? keji tak?Sila tahan nafsu makan.Tarik nafas, hembus.Hiks.Overall food dia boleh lah. Tapi ikan siakap stim halia dia aku bagi 6/ 10 ajer.





Harga  : RM40++  termasuk Air Sirap,Sirap Limau dan Nescafe Ais.


p/s: Aku rasa harga dia memang ok :)
Service pun kira terbaek jugak sebab cepat boleh makan !



Pernah ke korang makan atas atap? Ada tempat makan lain ker korang pernah try makan diatas atap? Rekomen plzz :)




AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, July 26, 2010

Aku mengandung?

Sudahkah aku bersedia untuk mengandung lagi ? Umur berapa sebenarnya jarak yang sesuai untuk mengandung kembali setelah c-section anak yang terdahulu ? Semua tu berlegar-legar kat kepala ni. Tapi jawapannya memang aku dah tahu.Doktor Zamri cakap kat aku dulu, tunggu my Nuha 18 bulan keatas adalah masa yang sesuai untuk mengandung semula.Sedar tak sedar my Nuha dah nak menginjak 2 tahun bulan 8 ni.To be exact, 2.8.2010 ni.huhuhu.Maybe small celebration for her.Sorry guys!

Last week, aku rasa badan aku lemah sangat.Tekak ni rasa macam nak makan meggi ajer dan masam-masam.Lepas tu,siap meloya lagi tekak ni bila terbau masakan kat kafeteria ofiz aku ni. Mula lah aku terfikir bukan-bukan.Dah la period aku lewat plak tu bulan ni...

 So semalam, gigih lah aku ajak my hubby pergi beli pregnancy test kit. Dan hasilnya...tadaaaa.....Don't congratz me first !

Nampak tak? Satu line ajer disitu.So, I'm Pregnant not yet ! :p


Bila tengok my Nuha pakai baju kelawar, terasa macam dia dah sesuai untuk ada adik? Apakah?

plz lah sayang, she's no longer a baby.Tak perlu nak dodoikan dia..muahahahahaha.

Aku sebenarnya masih anggap my nuha a baby :) Insya Allah, kaedah plastik ni masih selamat bagi aku dan my hubby untuk tidak memberikan my Nuha adik lagi buat masa terdekat.Atleast buat masa sekarang.Tunggulah dia 4 tahun nanti ! Insya Allah.

Korang dah bersedia ker nak mengandung semula especially yang ada anak sama baya ngan My Nuha?

contohnya : Elyn dan Tiara..muahahahahaha.lariksss...


p/s: Thanks to BabyIbu, hadiah sempena contest warkah untuk baby ibu, sudah sampai last week..Suka sungguh! Nampaknya lambat lah aku nak ganti purse aku yang dah rosak tu :P

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, July 23, 2010

Macam mana kita nak convert fail dalam bentuk PDF ke Word?

Hari ni hari jumaat.Hari rehat yang panjang.[bagi yang keja gomen la :P] Hari ni, aim aku adalah siapkan sistem e-sukan terbengkalai lepas demo hari tu.Banyak pulak diorang nak tambah.Doakan aku tidak mengular secara serius hari ni.Muahahahaha. Aku nak berkongsi sesuatu dengan korang hari ni!Yang telah mudahkan kerja aku dan harap dapat membantu mudahkan kerja korang jugak la. 

Macam mana kita nak convert fail dalam bentuk PDF ke Word? 

Persoalan ni ditanya oleh my hubby.Dan aku dengan gigih meng'google' software yang berkaitan.Last-last terjumpa satu website yang motonya adalah "The Most Accurate PDF-to-Word Converter." So apa lagi, sebab dia tak perlu register bagai dan just masukkan dokumen kita dalam bentuk PDF secara online dengan 3 langkah mudah ajer.Boleh ke website ni  [URL]




Langkah Pertama : Kena browse dulu fail yang kita kehendaki untuk diconvertkan tu.
Langkah Kedua : Pilih .Doc untuk ditukar kepada Word.
Langkah Ketiga : Masukkan alamat email kita untuk tujuan penghantaran fail yang sudah siap diconvert tu.




 Bila keluar window , Your File is converting...boleh lah check email kita tadi ...



Aku rasa tak sampai 5 minit dia hantar ke email kita ! Mudah kan?


Boleh lah tweet kepada rakan-rakan yang lain.

Sharing is caring !!


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, July 22, 2010

My hubby Lari Dari Rumah Sebab Dipaksa Kawen?

Btol-btol! Dalam mimpi ajer lah aku akan paksa my hubby kawen lagi :P Tapi bab kata Ustazah yang bagi ceramah kat ofiz aku pagi tadi ni, cuma DAJAL ajer yang menentang POLIGAMI . Kalo tak setuju, sama lah dengan tak setuju dengan ALLAH. Tak ker DAJAL namanya tu .Ada hikmah lah yang ALLAH bagi peluang untuk kaum Adam untuk POLIGAMI tu .

Berbalik kepada mimpi my hubby tu. Dia kata aku paksa dia kahwin lain tu pasal dia lari dari rumah.Tapi dengan siapa dia tak ingatlah.Harapnya bukan Nur Amina atau Rozita Che Wan lah. Dia cakap , dia siap nak sewa kuaters kau dekat dengan ofiz dia.Punya lah dia tak nak aku dimadukan.Muahahaha.Harap-harapnya realiti pun macam tu lah kan yer sayang.Amin.

pic credit to : here

Dah la semalam , aku dengar kat radio, Rozita Che Wan tengah tunggu lamaran.hampeh btol ! Apa kaitan?? [ boleh baca entry NI]

korang sanggup dimadukan? Kalo tak sanggup pun,kita tak boleh mengutuk pulak POLIGAMI tu tau.Nanti sama macam dajal lah pulak...Wallahualam....


psst : Eh, blogger ada official sharing buttons sendiri tau! aku punya dah ada! bleh tweet, email, blog, google buzz korang punya post ! Tak perlu nak coding-coding dah.Boleh rujuk entry yang aku bagi link ni untuk tutorial : SINI :)

Ini aku punya tau! lalalalala!


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, July 21, 2010

Nikmat Malam Pertama?

 Semalam, aku nampak flyer yang ditampal kat bangunan ofiz aku ni.Tajuk program tu Nikmat Malam Pertama .Agak-agaknya Nikmat Malam Pertama mana yer yang akan dibincangkan? Tapi porgram ini adalah program kerohanian anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej Perindu 2010 ok [ kolej lelaki ko! ]



 Tarikh : 22 Julai 2010
Tempat : Kolej Perindu, UiTM Shah Alam


psst : Tapi aku tak sure plak samaada jemputan ini untuk dalaman atau luaran. Sorry tak ada keterangan lanjut pulak kat flyer tu :)

 Tapi bila sebut Malam Pertama, mesti kita terbayang malam selepas diakadkan kan?? Betul tak? Tapi kawan aku cakap, malam pertama dia tak nikmat, sakit adalah.Muahahahaha.Opss!! 

Korang tahu tak Nikmat Malam Pertama yang paling Nikmat?Malam Pertama itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!


Pernahkah kita melihat kubur?
Pernahkah kita melihat betapa gelapnya kubur?
Pernahkah kita melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah kita membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah kita bahawa kubur itu dipersiapkan untuk kita ?
Bukankah telah silih berganti kita melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekat diusung dari dunia fana ini ke kubur?

Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?

Renung-renungkan dan selamat beramal..


AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, July 20, 2010

Tanda-tanda Awal Ramadhan ?

Semua alert tak bila kita nak start berpuasa?Tapi aku rasa, tarikh hari raya mesti korang alert punya kan?Tapi kalo tak alert tu, memang tak tahulah kan.Tarikh dijangka kita start berpuasa adalah pada 11 Ogos 2010.Dan dijangka raya pada 10 September 2010. Ini hanya tarikh tidak rasmi. Untuk tarikh rasmi kena la dengar pengumuman di tv nanti :)

p/s:

Birthday aku 6 September 2010.[sempat lagi tuh, apa kaitan?]

Tapi korang tahu tak tanda-tanda awal ramadhan?Meh aku tunjukkan...muahahaha.

1) Semua Gigih Ganti Puasa - Ni biasanya perempuan lah kan.Rata-rata aku tengok kat belog, duk gigih ganti puasa.Macam aku last year, 25 hari kau kena ganti puasa. Silap budget haribulan buat anak :) hehehehe.Korang dah ganti ker puasa?

 2) Jualan Pra -Ramadhan - Ni aku tengok kain rentang masa otw balik kerja hari tu sebesar-besar alam kat depan kedai kain tersohor di shah Alam [psst : jakel ]


3) Sampel kuih raya mula diedarkan - Last week, ada dapat sampel kuih muih untuk ditempah sempena raya.Kalo diorang edarkan masa bulan puasa, tak boleh lah nak try kan? So, kalo nak jual kuih kat aku, bak sampel kuih raya sebelum 11 Ogos yer...muahahahaha





4) Lagu-lagu raya standby untuk didownloadkan - Biasanya kat ofiz aku ni, masuk ajer bulan puasa, mulalah lagu-lagu raya dikeudarakan oleh DJ-DJ tak bertauliah :) Semangat nak raya tu lebih sket bila dengar lagu raya.Mulalah malas-malas nak buat kerja sebab asyik fikir nak balik kampung ajer.Bak orang kata - "Badan ajer bekerja tapi hati dah sampai rumah nak raya ". Paling terkesan dihati lagu -Pulanglah dari Aishah :P Teringat masa zaman-zaman berchenta ngan my hubby dulu :P


Sayang
Di hari yang mulia ini
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah...

5) Training dalam bidang IT sempena Ramadhan - Ni aku dapat invitation kat email semalam. Semua nak ambil kesempatan bulan yang penuh berkat ni kan? hehehe.Tapi tak best pergi training dalam bulan Ramadhan sebab tak dapat makan.muahahaha.Tapi kalo siap dengan majlis buka puasa, aku join.Sungguh keji kan?


 6) Browsing kuih-kuih raya kat internet - bagi yang tak berkesempatan nak beli secara terus, online adalah jalan yang paling mudah lah untuk tempahan kuih raya.kelas gitu!Ada orang nak promote belog-belog kuih raya korang tak? Bak mai kat aku, rm 3/mth ajer untuk iklan dalam belog aku.murah kan? Mana nak carik..muahahaha

7) Tempahan Baju Raya dah dibuka - Ni paling laju ni.  Silap-silap kalo korang pi hantar skang, tailor dah tak boleh terima.Ni tak tahu lagi sempat ker tak abes puasa ni.Biasa kaum kita lah kan.Muahahaha.
psst : baju raya aku dah ada 2 pasang..tengok! tengok! muahahahahahahahahahahahaha.
psst : aku dapat kain pasang satu lagi dari sepupu aku :) 3 pasang lah kiranya ko! muahahaha.


Apa lagi tanda-tanda awal ramadhan yang korang rasa???
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, July 19, 2010

Ada Apa Dengan Bukit Gambang Resort City?

Akhirnya, sepanjang 3 hari meninggalkan daerah cinta.Aku kembali ke Shah Alam [bukan nama tempat sebenar].Maaf, entry ini sarat dengan gambar..Ada Apa Dengan Bukit Gambang Resort City?

 Mula-mula kenalah check in dulu...tak kenal maka tak cinta kan??

katil empuk yang mendamaikan...

Price rate : RM65/Sebilik per nite seorang! (gomen ajer)


suasana bilik yang menyamankan... eh, silap, aircond diorang tak kuat dohhhhh...

Inilah tempat kami berkonferensi.
Topik sepanjang bengkel : Menyediakan Rangka Laluan Kerjaya Berasaskan Kompetensi.
Bosan? ya jugak..hehehehehe




Orang Lidi dan badan gula-gula menjadi saksi..muahahaha


Merakam kenangan dengan si kancil biru depan Caribbean Ballroom...



Tapi yang pasti makanan enak-enak cuma tak banyak pilihan, mungkin bajet menjadi penghalang....
Melepaskan kerinduan pada nasi minyak dan pulut panggang...

Air yang pelbagai warna menyejukkan mata dan tekak jugak...


Sudah makan tu, pandai-pandai lah timbang berat badan!Tapi aku gerun...
ATM machine pun ada, tunggu cucuk ajer..

Gift shop pun ada...
ole-ole buat boz memang ada !

rasa nak mandi kolam, terjun lah , apa lagi !
Tapi aku malu nak mandi!


Tak main , amik gambar pun jadiklah..kalo ada my Nuha mahu tak mau turun naik mainan!


Untuk keterangan lanjut :



 http://html.bgrc.com.my/


Jalan Bukit Gambang Utama
Bukit Gambang Resort City
26300 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Tel: +609-548 8000
Fax: +609-548 6888


AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
 
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, July 14, 2010

Entry Belog Aku Dihentam Dalam Diam

Wah...Fuhhhhh...Panas tajuk entry aku hari ni..Gara-gara komen dek Anon yang menyinggah kat kotak komen aku untuk entry Kesalahan Biasa Dalam Menulis Belog? 

Anonymous said... [Reply to comment]

entry ni sangat panas... sila tgk link ni, komen dari famous blogger pasal entry awak ni [LINK DISINI]

p/s: Tapi aku dah delete komen tu.sebab malas aku nak carik gaduh..

 p/s 
 Entry belog picisan aku, yang tidak pernah dapat income RM10K sebulan ni,  telah dihentam, diskodeng dan ditinjau dan diintai oleh blogger-blogger terhebat abad ni ko...belog ko ada?? tak ader kan...hahaha.Masuk belog aku siap copy entry bagai lagi.Tak nampak ker kat sebelah kanan sidebar tak leh copy, dan nak terang lagi boleh baca disclaimer yang aku taruk kat belog aku ni boleh baca di [SINI ]
aku copy sket taruk sini :-
Dengan mengakses belog elissmie.com ini anda dengan ini bersetuju pada syarat dan keadaan di dalam disclaimer ini. Belog elissmie.com mengandungi maklumat yang ditulis secara peribadi oleh elissmie.com untuk tujuan maklumat umum sahaja dan tidak merupakan nasihat profesional dalam isu tertentu.  
Anda hanya boleh mencetak atau mendownload isi belog ini untuk kegunaan peribadi sahaja dan bukan untuk komersial. Anda tidak dibenarkan untuk menyalin, menyiarkan, mendownload, menyimpan (dalam media apapun), menghantar, menyesuaikan atau menukar dengan cara apa sekalipun isi belog ini tanpa kebenaran bertulis daripada elissmie.com. Tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998  
p/s:
rumah aku sebelah dengan balai polis ajer...
p/s: 
  
Kalo nak tunggu income aku dalam blogging RM10K sebulan, mati hidup kembali lah aku tak dapat nak bagi tips apa-apa..hehehe..Anyway,semalam, cek baru tiba dari Nuffnang! Yahooo..Nak pergi cash out jap :)  
p/s:     Patutlah buffered earning aku tiba-tiba banyak secara tiba-tiba.hehehe.Anyway, thanks for the silent hits :)
p/s: plz....plz..sila JANGAN ym ,  twitter, formspring, facebook aku untuk tanya belog siapa yang hentam aku ok! Aku redha..Serahkan pada yang diatas SANA....what comes around goes around. Tiba2 ada banyak plak lalat dalam belog aku ni.         
  air mata tumpah dipagi hari mengenangkan muslimah kecil dan muslim besar yang bakal ditinggalkan :(     p/s:    Hari ni aku bertolak jam 12.30 ke Gambang Resort.Doakan aku selamat2 yer :)

AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free

 
1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:
 
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006-2014 Disclaimer