Terlepas Entry Terkini ? Klik Sini

makhluk tuhan paling gojes atas muka bumi sedang gigih tulis komen. Terima kasih :)

Thursday, February 25, 2010

Kami di Kota Bharu

Hari ni aku berada di Kota Bharu dengan Niza.Ada bengkel Sistem Rekod Surat Kelantan.Nantikan kemunculan The Return of Si Jakun Bila Menaiki Kapal Terbang minggu depan..Ok,need to go! Adios.Jap lagi nak pergi Pasar Siti Khadijah :p

Selamat Menyambut Maulidur Rasul..Esok cuti! Yeay!!

p/s:

Oh, i miss my hubby and my Nuha :(

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, February 24, 2010

Terjah Eyriqazz @ Great Teacher Onizuka


Dua tiga hari tu, aku baru terperasan yang Eyriqazz @ Great Teacher Onizuka buat contest.Hari ni baru berkesempatan nak publish.Tak ajak aku pun yer?hahaha.Dan aku terperasan dia kutuk aku dalam entry INI.Aku cedok sket entrynya.

Akak Elissmie ni garang orangnya, dia suka tarik telinga orang tau.Hik3, gurau je Akak, akak ni memang cool dan peramah. Masa Friso Gold , sempat dia menegur aku walaupun masatu aku tak kenal dialah Elissmie.Cantik nickname akak, apa maknanya ye?

 p/s:
Aku ko panggil kakak?Bak IC ko..hahahaha.Ai muda lagi you!hahahaha.[sila muntah]

p/s: 
Elissmie tu kombinasi nama aku [Eliss] dan nama my hubby [Mie] = Elissmie

Ni aku pulak nak terjah pasal dia.Aku kenal dia masa first time dia menulis dalam MombloggerPlanest.(MBP).Dia adalah MBP contributors dan tulisan pertamanya yang aku suka adalah My First Cheque from Nuffnang.Tertarik aku baca artikel tu dan terus follow belog dia.Sebelum ni memang ada baca belog dia masa dia menang yang Adidas3 tu tapi masa tu silent reader jer la.

Me with Azwa and his baby Alisya, Azwa ni isteri Eyriqazz
 Lepas tu bertemu dia secara live masa event Nuffnang Friso Gold tu , aku tegur dia tapi buleh dia buat dek.hahahaha.Malu mak! Tapi aku bergambar dengan isteri dan anak dia :) dan of course laa idola dia, Redmummy :)
Me with idola Eyriqazz, Redmummy :)


 
Ok , nak kutuk  pulak pasal layout belog dia.Hahaha.Keji nya.Tadak laa kutuk, nak puji jer [bodek]
Header ko memang best sebab ada pelakon kegemaran aku Sorimachi Takashi yang glemer dengan drama siri GTO tuh la :)
Overall aku rasa belog ko simple dan kemas.Tadak gadget2 yang menyemakkan kepala otak dan tulisan pun senang baca dan tulisan pada isi kandungan tak berwarna warni atau kecik besar kecik besar.Isi kandungan pun tak merepek merapu macam aku duk biasa buat.hahahaha.Banyak tips berguna yang boleh dikutip.

Terjah sekarang di SINI. Apa tunggu lagi???



Aku paling suka entry ko yang bertajuk 8 Tips Untuk Kuruskan Badan. [aku rasa entry ni ditulis untuk memberi inspirasi kepada orang yang gemok[macam aku] untuk menjadi kurus.Sungguh bermotivasi sekali [bodek].Apapun, semoga aku menjadi kurus dan ko pun menjadi kurus jugak lah. Aku pun nak pantun jugak lah ;-

Pagi-pagi makan bento,
Sedap diminum bersama jus,
Encik Iman pemilik belog GTO,
Semoga ko cepat2 lah kurus.

p/s:
hahaha larikss..jangan marah naaa..


Untuk memenuhi syarat contest ini, Aku nak tag :-

Raa
Niza
Atia

:)

Apa tunggu lagi?? Terjah cepat sebelum 28 Feb 2010!!

p/s:

Hari ni aku bertolak ke KB.Doakan aku selamat pergi balik semasa menaiki kapal terbang.huhuhu

p/s:


Hari ni adalah terpaksa bawa anak masuk ofiz sebabnya mak pengasuh dia ada urusan di Subang Jaya pada sebelah pagi.Aduhai.



1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:





Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, February 23, 2010

HELP !! I LOST MY NUFFNANG GLITTERATI MEMBERSHIP !!!

Itu cuma gimik jer.Siapa yang ada akaun Nuffnang boleh teruskan pembacaan, bagi yang tiada boleh laa dibuat panduan kot-kot korang nak register dengan Nuffnang.

Tajuk entry aku ini adalah salah satu dari Top 10 soalan yang biasa ditanya kepada help desk Nuffnang!Aku masih berstatus  GLITTERATI ok.Korang tahu dak apa maksud  Keahlian Glitterati? Mana nak tengok status korang?Senang jer, lepas sign in, korang tengok kat dashboard. Hello [email korang dipaparkan disini],
Membership status :Glitterati/ Non-Glitterati




Macam mana nak dapat Status Glitterati ni?

Keahlian Glitterati diberikan kepada semua blogger di bawah yang memenuhi syarat berikut :-

1) Menyediakan iklan Nuffnang di semua blog yang berdaftar di Blog Manager pada setiap masa


2) Semua blog berdaftar adalah blog awam dan berpadanan untuk semua penonton (iaitu tidak mempunyai laman amaran kandungan)

** Aku tengok ada sesetengah belog yang letak warning content ni , selain sangat menyusahkan pembaca, apatah lagi iklan kan??



Mana nak setting untuk membuang
amaran kandungan di Blogspot?

Pada Dashboard-->Setting-->Basic-->Adult Content

 Sila lah pilih NO ok!

3) Tidak menayang iklan dari pesaing Nuffnang.Pesaing Nuffnang tidak dapat direvealkan disini sebab itu adalah polisi mereka untuk tidak berbuat demikian.Kalo nak check , kena tanya helpdesk sendiri.Tapi yang aku tahu , Adsense bukan pesaing Nuffnang.



4) Kadang-kadang, blogger yang mempunyai domain sendiri mungkin menghadapi masalah server yang menyebabkan blog mereka akan offline selama beberapa hari. Ini juga akan mempengaruhi status keahlian Glitterati sebab tak boleh nak paparkan iklan Nuffnang sepanjang masa.
Keahlian Glitterati  adalah diproses secara automatik bukan main mintak mintak ok. Selagi syarat diatas dipenuhi ianya akan direview semula dan sistem akan mengambil masa sehingga 4 hari untuk review dan menjadikan status anda Glitterati semula!!

Korang boleh baca selanjutnya DISINI.

p/s:

Cek dari Nuffnang sudah selamat di bank in hari ini. Insya Allah Khamis nanti boleh laa merasa hasilnya.hihihi

 Kepada yang duk kelantan tu, mana nak cari Telur Burung Merpati? [ada kakak ofiz aku kirim esok nih] Katanya mampu membuat anak cepat bercakap kerana anak dia mengalami masalah pertuturan , wallahualam Sesiapa yang tahu drop comment anda hari ni yer :)

p/s:
Harap-harap telur tidak bertelur didalam kapal terbang! hiks.


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:





Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, February 22, 2010

Cek Pertama Nuffnang bernilai 278K?

Alhamdulillah.Hasil penat lelah akhirnya terbayar dengan melihat duit Nuffnang sudah beribu-ribu lemon dapat di cash out kan.Korang percaya tak aku dapat lebih kurang 278K hasil dari Nuffnang? Yer lah, semua pakat sibuk duk tayang duit ribu-ribu kan?Aku pun nak tayang jugak la hasil yang aku dapat.


278K setelah diconvertkan ke Indonesian Rupiah jer lah.
Hihihihi.Ops!Adik jangan nakal![Ini benar dan bukan dusta kan?]Larikss...

Pemenang teka duit Nuffnang aku adalah : Raa yang meneka dengan tepat walaupun ada banyak tekaan yang ditekanya.Janji mengena yer dak? RM102.00 jer wahai teman-teman sekalian.hahaha.Terima kasih laa yang teka tinggi-tinggi tu , aku aminkan ajer yer :)
Tahniah yer Raa! Nanti aku beli 'sesuatu' kat ko erk time aku pergi Kelantan hari Rabu ini.
Naik flight you all! Mesti ada kisah the return of Bila Si Jakun Naik Kapal Terbang kan? :) Mesti lepas ni, kurang sket darjah kejakunan aku sebanyak 5 % kan?hahaha.Kelantan, waiting for me!!!hahaha.Poyo!

 Oh, hari tu jumpa lagi my blogger frenz :) Iaitu Mamazana sebab dia kirim keropok lekor dan keropok keping :)Akhrnya bertemu jua kita kan?Selalu bersua di alam maya walhal kerja tempat sama :)

p/s:

Oh, bendera jepun sudah dikibarkan, makanya aku adalah TIDAK MENGANDUNG lagi buat masa ini :P Makanya plastik yang elastik masih lagi mampu menjadi perancang keluarga yang selamat buat kami.hahaha

 p/s: 

Hari ni, free sket sebab training aku tak der minggu ni.Tapi sistem aku ada lagi penambahbaikannya.Aduhai.Yang mana sempat aku terjah aku terjah laa hari ni belog kawan-kawan yang update yer :)

Ni sticker kitorang dapat dari trainer kitorang ,Cik Nor.Sweet kan?
Botol pink tu adalah botol air aku!

Inilah trainer kami yang tak jemu-jemu melayan karenah kami dari dulu sampai skang
 Cik Nor :) single and available.Opss!!Larikss...
 


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:



Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, February 19, 2010

Percayalah, Ini memang cek dari Nuffnang

Masih ingat cerita bohong pasal duit Nuffnang hari tu?Maaf lah untuk itu.Sekarang, yang dinantikan telah tiba :) Rasa nak lompat-lompat.[Gambar perempuan gemok sedang melompat disini - maaf caption sahaja kerna tak sesuai untuk dipertontonkan untuk tayangan umum :p] Akhirnya setelah berkurun lama kurasakan [nyanyi pulak...] sampai jua ke tangan aku cek dari Nuffnang ! Nuffnang I Love You.[dan dan cakap i Love You .hahahaha.Gila jakun!]

So aku nak buat peraduan teka jumlah duit Nuffnang aku neh! Siapa yang dapat meneka dengan tepat, anda akan menerima hadiah yang tak seberapa dari aku.[Warning:Hadiah adalah murah :P] Tekaan boleh banyak kali tapi cuma dalam satu komen sahaja .Tarikh tutup sampai 12.00 tengah malam ni.Lewat dari tu, komen anda akan direject tanpa surat menyurat :)

*Hint Ianya Lebih dari Satu Ringgit.Hahahaha.
Ini duit hasil pertama.Aku register Nuffnang bulan 3 tahun lepas.Nak setahun jugak dapat banyak ni.Aduhai.Mana boleh lawan Kak Red :) 2nd cek aku nak cash in time banyak ni jugak la.Baru separuh!Hahaha

 Hari ini adalah hari jumaat.Mesti semua tengah bergumbira di Tesco, di Giant, di Jejusco, di Sogo.Aku?Adalah duk ofiz diam-diam.Sambil upload template baru untuk belog My Nuha.Bosan tengok belog dia  :) Belog aku rasanya cukup-cukup lah dulu.Kalo dah bosan, aku delete belog.Eh, silap.Delete template.Mana boleh delete belog, nanti tak dapat duit Nuffnang :)

Hari tu IEM ada tanya aku pasal nak ubah template jadi tiga column .Tapi aku tengok belog dia dah pun berubah dengan jayanya jadi 3 column.Tak sempat nak buat tutorial.Maaf lah.Tapi tengok dalam belog Mama Aqish ada dia buat :)Boleh tengok kat SINI. Tapi cara yang dia guna panjang sket.Tak perlu untuk buka file yang .xml tu dalam notepad, terus upload je sebab blogspot memang guna .xml file.
Macam bawah ni.


Untuk tukar template, dowload dulu siap-siap template yang diingini (file tersebut dalam format .xml ), lepas tu klik kat butang Upload.Pilih la file tadi.Lepas tu klik Save Template.
Dowload Full Template -adalah untuk backup template yang sedang digunakan!!
Tips aku : Pastikan korang backup dulu sebelum tukar template dan testing kat belog yang dummy, yang korang tak guna la.Untuk hasil yang memuaskan :)





1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:





Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, February 18, 2010

Kenapa Perlu Melawat Terengganu?

Hari ni bersiaran, live @Sh*ah Al*am [bukan nama tempat sebenar].Ingat nak Live@Terengganu[ini nama sebenar] tapi entah kenapa lah time aku nak ber'berukband' tak boleh pulak.Ker tak bayar bil?hehehe.Time my hubby guna laju plak.Diskriminasi nampak 'berukband' ni mentang-mentang hari-hari my hubby duk belai dia :P

Hari ni tak kira!Aku nak tayang gambar segala-mala [ada ker kata ganda macam ni?-abaikan yer adik-adik yang nak amik SPM tu] makanan yang berjaya aku santap masa balik terengganu hari tu.[Inilah keunikan terengganu yang aku nak bagitau, makanan lah!!Tu laa psal kena melawat terengganu untuk merasai keaslian makanannya]
Yer, rutin harian kami adalah makan, makan , makan dan makan sahaja sepanjang 3-4 hari berada di Terengganu.Makan makanan yang susah nak dapat di Sh*ah Al*am [bukan nama tempat sebenar] atau yang senang dapat tapi tak sedap di di Sh*ah Al*am [bukan nama tempat sebenar] .hehehe.Macam kebuluq plak kalo orang nampak kan?Abaikan, janji perut kenyang.Hati pun senang!

Kita mulakan dengan nasi dagang , gulai ikan tongkol dan acar timun.[Ini juadah bfast kami hari ketiga] Dan disediakan oleh my MIL .ramai tau yang nak mai berguru ngan my MIL tapi me tak lepas2 lagi sebab adalah segan nak berguru.hahaha.Segan ker malas?

 Aduhai sedapnya, sampai menjilat pinggan la.Nasi Dagang the best in town! Bagi ********** (10 bintang) kepada MIL aku.gigih ko nak bagi kami makan, sebelum subuh lagi bangun masak.Aku?Tidur terbungkam!Menhantu punya menantu kan? :(


Petang-petang pula, pekena air jagung [macam float sebab air jagung dia buh ais krim], then makan mee goreng ker/meehun ker , pastu ada plak sotong celup tepung dan keropok lekor panas-panas pulak..melekat ke dinding!!!

Ditambah pulak dengan angin sepoi-sepoi bahasa [angin pantai ko!! bukan angin tiruan ok..]hahahaha.Kasi panas kerusi korang kan??hahaha.Gambar dari kedai yang kami makan ni laa..nice view kan??jangan jelez naa..


Up lagi..Lepas tu, on the way balik sini pulak, singgah kuala kemaman, carik keropok lekor yang kawan-kawan kirim .Dah macam tokey keropok pulak aku rasa!!hahaha.


Sebelum balik, sempat pegi rumah kawan aku yang dah selamat melahirkan baby gal nya yang dah masuk usia sebulan.Memperkenalkan, Fairus Raihan Binti Fairuz Azaren :)[ p/s: her 1st son  cuma tua sebulan jer dengan my Nuha :)]

Sweetnya baby..Tetiba teringin nak baby pulak! *wink eh, ada apa2 ka?Kita cuma merancang, hanya Allah sahaja yang menentukan.[kalo Tuhan cakap jadi maka jadilah..pakai plastik pun boleh lepas kan?]Eh, apakah? Hope, there will be a good news hah? Tunggu....

Dan balik terengganu hari tu, jam macam raya puasa! Gila laa...Semua sambut CNY ker haper ni?hahahaha.Seb baik tak makan besar malam tu. so tak ler terkejar-kejar balik.Dah la pukul 4 petang kereta baru keluar workshop.Bayangkanlah my hubby kena bawa 100KM/j jer !!Tapi aku rasa malam tu 60KM/j tu paling laju kot boleh bawak!!hahahaha.Kul 12 lebih baru sampai kat umah mak aku!Akhirnya :)

Hari ni lepas abes training baru boleh update belog.Adalah bz sungguh!!Selagi sistem ni tak siap aku rasa makin sakit jiwa nih!!Arghhh...nak cuti!! nak cuti!!



1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:




Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, February 12, 2010

Twinky Winky Stars Diaper Cupcakes Giveaway!

 I would love to win the delectable diaper cupcakes from TWINKY WINKY STARS (TWS) because...

"The uniqueness and creative work produced with love by the  owner melt my heart"
Keunikan dan hasil kerja tangan kreatif yang digubah penuh kasih sayang oleh pemiliknya telah mengujakan hati ini..
I choose Category :( 1 - 2 y.o)
Promo sket hasil kerja tangan pemiliknya :)


Click here to see more :)


What is all about???

Following the festive mood, the owner of Twinky Winky Stars is feeling very generous and would like to give away TWO DIAPER CUPCAKES, worth RM55 each, for free! Yes, we would love to have you 'sampling' the scrumptious cupcakes baked to perfection and delivered to your doorstep.

But before you could get the cupcakes delivered to you, you must first join this contest organized by us. First, we would like to announce that there will be 2 categories for the contest :


1) Diaper Cupcakes for Newborns - 12 months
2) Diaper Cupcakes for Toddlers ( 1 - 2 y.o)

So there will be 1 winner for each category.

The terms  and conditions to enter are as below:
1) A Malaysian residing in Malaysia 
2) Relatives of  'Twinky Winky Stars' owner are NOT allow to enter this contest
3) Have your own blog or Facebook
4) Follower of Twinky Winky Stars


Now, just follow these simple instructions to have a chance to win our delightful diaper cupcakes : 



1) Copy and paste our banner (as the above with the link to the blog on to your blog or FB status. Copy and paste the link of the banner at the right hand side of this blog to your blog.

2) Complete this slogan "I would love to win the delectable diaper cupcakes from TWINKY WINKY STARS (TWS) because...".  SHORT ENTRY PLEASE! Two most creative slogans will win the prizes.

3) State which category you wanna join : only one category per person.

4) Then, leave a comment in this blog entry to say that you've done your entry so that I could visit your blog later during the judgment process.

5) Last but not least, link this 
contest into your blog or FB status so other people would know about the contest and they could join in too!

This contest will commence now  12 February 2010 and will end at midnight, 28 February 2010.Winners will be chosen based on the most creative slogans. I will have 2 judges to select the winner for each categories. Anyone who does not complete all the terms & conditions  AND the instructions above will be disqualified.

So what are you waiting for? Join the contest to be in the running to win our lovely diaper cupcakes for your babies/kids or give it as a unique gift to someone!
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Inilah duit hasil nuffnang ku...

Ok, tipu...hahahaha.Larikss..


Kat sistem cakap dah sent cek nuffnangnya tapi sampai skang tak dapat lagi ni.Tak sabar dah ni :) Duit diatas adalah untuk servis kereta.3K ko!Buleh beli emas besar lengan seketul aku rasa.Huhuhu.So jangan jadi macam kami, cepat2 lah tukar timing belt walaupun tak sampai limit yang ditetapkan.Kerana tak tukar timing belt yang berharga +-RM200 kami rugi 3K.Nasib badan.Hari ni merempit lagi.Insya Allah, petang ni keluar lah Cinta Bersulam Rinduku dari bengkel.


Bila sepatutnya kena tukar timing belt?
Bergantung kepada jenis kenderaan.Biasa kalo pergi servis dia tahu la.Ada yang kena tukar apabila dah cecah 80K atau 60K.Servis lah sekarang yer kawan-kawan!!
*Ada jugak kereta yang guna timing chain bukan timing belt.

Timing belt-a toothed belt made of rubber and fiber used in some engines to match the timing of the valves to the motion of the pistons. -source-here

 Tapi yang penting, lepas ini kami boleh buat drift dengan itu Cinta Bersulam Rinduku..Hahahahaha.Matik mak kena keji .Bawak macam siput ada hati nak drift.Parking pun tak lepas.hahahaha.

Tapi tak per, disebabkan hari ini adalah hari jumaat. Aku nak jamu korang semua dengan hidangan berbuka puasa aku malam tadi. Jamu mata jer la yer :) Sebab dah licin pun semua makanan tu aku makan.Ini edisi balas dendam lah sebab semalam aku blogwalking, pergghh, ramai tayang makanan.hahaha

Kita mulakan dengan makanan yang manis-manis dulu.

Ini adalah akok- memang akok terengganu yang dikirim oleh FIL aku time abang Long aku balik trg last week :) Adalah sangat heaven makan panas-panas :)

 Semalam adalah mengidam nak makan nasi beriani da*wood :)Biasalah orang puasa, memang bernafsu!!

Ini adalah lauknya..Ayam madu..Pergh..melekat ko!

Info Produk : Nasi Beriani RM 6 :)
Akok seketul : 60 ¢ ker 50¢ , aku pun lupa!hahaha


Keji bukan?Ada aku kesah?hahahaha.Larikss...

p / s :

Hari sabtu adalah balik terengganu!! Yahoo! Sampai rabu ko!Kalah Yap Ah Loy!hahahaha.Kepada NG dan seluruh staf RR*SB yang berbangsa cina, Xinnian Kuaile :)新年快樂  (Selamat Tahun Baru la maksud dia :)

 Ada sesaper nak kirim keropok?Kalo kirim dengan air liur, anda cuma dapat air liur sahaja lah.Untuk warga PSMB sahaja yer :) Atau warga UiTM yang sama dengan aku lah.Self pick up only you!email me :- elissmie [at] gmail [dot] com

[updated]
* Niza kirim keropok lekor RM10 dan sos keropok 1 botol! [ senang aku nak refer bila dah ada kat kampung nanti]

Kak Faz kirim keropok keping tamban RM30,RM20 kerepok lekor pjg, sos keropok 1 botol

Kak Ray kirim keropok lekor RM20

Sharina kirim keropok lekor RM10 sos keropok satu botol

cik nor kirim keropok keping tamban rm20

Mamazana ?

* kalo rajin, aku update live from terengganu.kalo rajin laa.Biasa malas.

p / s :

Kat ofiz aku tidak boleh Facebook bermula pukul 8 hingga 5 petang tapi Buzz ok! Sila lah add me di Buzz :)
Automatik jika anda ada akaun email gmail :)



1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:




Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, February 11, 2010

Ujian Ketahanan Kesabaran?

Korang pernah duduki Ujian Ketahanan Kesabaran? Atau singkatannya UKK ?Siapa yang perlu amik exam ni?Semua yang bergelar ibu bapa la.Hahahaha.Sebenarnya , aku reka jer nama ujian ni.Hakikatnya tiada pun.Tapi ini memang terjadi pada semua yang bergelar ibu bapa la aku rasa.Kalo fail ujian ni, memang boleh report teledera la aku rasa!!hehehe

My Nuha ni ada angin dia.Kadang-kadang nak jer aku tukar nama tu jadi Nuha the Tantrum!Kalo dia nak sesuatu, kalo tak dapat dia punya meraung macam kena dera[harap-harap jiran aku tak cakap aku dera anak].Dia boleh meraung-raung macam tu tanpa air mata [drama queen jugak] sampai sejam aku rasa!Aku ni pun, bila dah tak tahan sabar tu, aku buat dek jer.Hari tu berguling-guling kat Toys r Us sebab tak leh nak main kat playhouse yang diorang letak depan tu kat Su*bang Pa*rade sebab ramai kids lain.Malu jugak :P

Ni kisah malam tadi, lepas mandi, dia boleh tak nak pakai baju.Meraung tak henggat donea.Dari pukul 630 sampai kul 930 ko dia pakai diaper jer.Last-last, aku buat tak tahu.Bila aku buat tak tahu,boleh pulak dia buat-buat nak pakai baju.Bila aku nak pakaikan siap lari bagai!! Aduhai!Last2 aku pakaikan baju dengan kejam.Meraung-raung tak hengat donea la suh bukak balik baju dia!Sampai sudah tak leh pakaikan dia seluar!Sampai la dia tido, baru aku pakaikan.Hahaha.Puas hati aku!

 Saya pura-pura nak pakai baju jer..

Pura-pura nak pakai seluar pulak!!!

Aku ada terbaca artikel pasal Tantrums In Toddlers.Ni petikan  yang aku tertarik.Aku paste bawah ni ok.Korang nak baca jugak klik pada source yer untuk baca selanjutnya  :)

Tantrums in a toddler should be an annoyance, nothing more. You can't really control your child's emotions during a tantrum, but you should feel well in control of your own.

You can't make your child stop, but you should feel confident that you can keep her safe during the tantrum, and carry on with life afterward. If you find that the tantrums leave you feeling angry, ashamed, worried, or shaken, or if you fear you might "lose it" and hurt your child, by all means talk with your child's doctor, or your own. - source :here

Betul la tindakan aku mengambil keputusan untuk buat tak tahu ajer sebelum aku hilang kesabaran tu. Kang ada jer jadi mangsa dera.Hahahaha.Anak korang macam mana?Tantrum jugak ka?Apa yang korang buat?Tapi kalo dia tido, rasa sunyi pulak kan?

* Bagi yang masih single mingle, tak ada anak lagi, boleh laa dijadikan persediaan untuk menduduki Ujian Ketahanan Kesabaran.hehehehe

Tido lepas kena jab 18mths.Dah besar anak aku.Bila nak tambah?Insya Allah 2-3 tahun lagi :)[jawab siap-siap]
p/s:
Ini soklan makcik-makcik kepochi kan?


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, February 10, 2010

Petua Untuk Kelihatan Menarik?

Sehari tak kenakan orang tak sah btol kan aku ni?Padan la muka macam joker kata my hubby.Hari
ni nak kasi petua plak.Petua untuk kelihatan menarik?Niza buat petua nak hilangkan jerawat, aku sibuk nak buat petua jugak.Hahaha.Tapi kedaung!

 Korang cuba tarik pintu macam ni, sure korang akan kelihatan menarik kan??Betul tak?Lariksssssssssss...


Kalo pintu macam ni, memang tak leh nak tarik la kan! Sure korang takkan kelihatan menarik walaupun pintu tulis tarik :P

Hari ini aku ada training lagi.So tak boleh nak lawat belog kawan-kawan.Kalo ada pun sure aku mengular masa belajar!!Haih..Ampunkan saya cikgu!


Dalam kelas kami, ada orang belanja karipap!tq Kak Ema.Gambar ni our trainer yang amikkan dan upload terus ke dalam fecebook dia.hahahaha. Abes woo glemer gambar kami.hahaha


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, February 09, 2010

Rumah aku sudah pasang parabola

Opss! Tak leh sebut parabola, kang tak pasal-pasal KPDN*HEP datang angkut aku punya parabola tu.Hahaha.Tadak encik, saya pasang astro asteruk jer.Tak mo laa angkut-angkut.Dah la pakej 37.95 jer encik bulanan.
Satu hari layan Asian Food Channel (AFC) jer encik. [tengok ajer tak guna yer dak, kurang-kurang pasni leh masak makanan omputeh ] hehehehe.Macam-macam aku layan hari tu kat #AFC.Antaranya Spain... on the Road Again , Chef at Home ,Licence To Grill, Nigella Bites dan terjatuh chenta pulak sama Anna Olson dalam Fresh with Anna Olson ! hahaha.Dulu gila kat Jamie Oliver.[cinta beralih arah laa you!hahaha]
*Siap follow twitter AFC lagi nih --> asianfoodch

Terkecur air liur disitu masa AFC duk tayang promo Best-Wan yang akan ditayangkan pada  14 Feb nanti.Yang kat atas ni salah satunya, boleh dapatkan resepi DISINI.Dan yang menarik tu Chili Crab tu.Menyengat nampaknya.Termiss laa plak nanti sebab balik terengganu.huhuhu.Tapi mesti ada ulangan kan.hehehe.Nama lagi asteruk.eh, Astro!

Semalam tengok nuffnang punya keywords yang datang ke blog masak-masak me yang tak berupdate sangat tu kat SINI.Haihh! Siapa yang carik resepi babi panggang rempah 05 spices ni? Tersalah belog maa! Semua resepi yang me bagi ada cop halal.hehehehe.Opss!

Meh kita tengok plak keywords yang datang ke belog me yang hina dina INI pulak!


Astro pun ada orang carik ka?hehehe.Baru seminggu pasang astro asteruk dah sangkut kat sini.muahahaha.elissmie facebook??Mesti kecewa kan?Sebab tak jumpa.Apa bender facebook pun aku tak tahu.hahahaha.Tipu! Tapi seriyes, aku memang tak ada facebook.Tolong laa percaya dan jangan add aku dah!Cukuplah dengan belog dan twitter-->elissmie
Sila laa follow kedua-duanya sekali, paksa atau rela.hahahaahahahahaha.Tak kosser mak!Alahai.Takkan minat sangat kot sampai cari aku kat facebook! Sebenarnya aku tak pernah bukak facebook ,lagipun kat ofiz ni kena belock.So tak kuasa lah mak nak bukak akaun facebook tu.Sorry yer Mark*Zuckerberg!Saper tu??Founder facebook laa!Saper lagi.Tu pun tak kenal ker?Kata layan facebook.Hahaha.Larikss..Keywords yang lain tak boleh direvealkan sebab sensored! muahahaha.Tipu!!!

Rasanya ni last ole-ole from langkawi.Tq yer Encik Husain!

p/s:
Cinta Bersulam Rinduku masih tidak sembuh dari demamnya!Rasanya khamis baru keluar bengkel.So hari ni, kami merempit lah lagi!My nuha makin seronok plak naik motor !Tapi hari ni macam nak terlelap aku nengok dia ditiup angin pagi!hahaha

cute huh?helmet adalah pinjam dari pengasuh dia:)Tq Kak Ita!

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:




Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006-2014 Disclaimer