Saturday, September 18, 2010

Pancit kat tengah highway , apa nak buat?

Masuk ni dah 2 kali aku mengalami pengalaman tayar pancit kat tengah highway.Satu masa pergi beraya haji kat Kedah dengan abang dan kakak ipar aku.Yang kedua pulak, baru-baru ni lah, dalam perjalanan pulang nak balik beraya ke Terengganu di lebuhraya Karak.Seb baik lah siang masa tu so tak ngeri sangat sebab ada banyak kes orang kena rempuh semasa duduk di line kecemasan tu kan? Nauzubillah.

Pertama sekali kena bertenang lah dan berhenti segera di line kecemasan.Masa ni double-signal diperlukan yer kawan-kawan bukan semasa hujan lebat ok!!!

Kedua, pastikan sebelum bertolak, tayar spare dalam keadaan baik dan angin diisikan.So, my hubby keluarkan lah tayar spare.Memandangkan kami tak mempunyai kon, so my hubby letakkan barang-barang agar kereta yang lalu alert bahawa ada sesuatu telah berlaku di line kecemasan.

Ketiga, telefon peronda lebuh raya tapi kalo tak ingat, tukar sendirik lah.Aku pun memang lupa nombor tapi Alhamdulillah, semasa my hubby nak tukar tu, peronda lebuh raya MTD Prime Sdn Bhd telah memberikan bantuan. Percuma tau ! So, bersih lah tangan my hubby :)


Sket punya banyak barang nak bawak balik kampung, tu nasib baik bukan dalam perjalanan balik, lagiiiii banyakkkkkk :p



Syabas dan tahniah kepada peronda lebuh raya MTD atas kerjasama yang diberikan!!

Korang ada ker pengalaman pancit tayar kereta kat tengah highway????


TALIAN KECEMASAN DI HIGHWAY UNTUK BANTUAN KECEMASAN DAN KEROSAKAN

- Lebuhraya Utara Selatan ( PLUS ) - 03-2692 0000
- Lebuhraya Damansara Puchong ( LDP ) - 03-732 9222
- Lebuhraya Shah Alam ( KESAS ) - 03-733 7188
- Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah ( ELITE ) -03-531 8800
- Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak ( MTD )-09-233 0100
- Lebuhraya Kulim - Butterworh ( BKE )-04-398 6969
- Lebuhraya Seremban - Port Dickson ( SPDH )- 06-632 3060
- Lebuhraya Kedua Malaysia-Singapura ( Linkedua )- 07-278 8000
- Jambatan P.Pinang (PBSB )-04-398 000
- Lebuhraya Sg.Besi ( BESRAYA ) - 1-800- 880999



11 Comments:

  1. oh aku pun penah la experience tayar pancit kat highway pantai timur..nak g kemaman..tengah mlm lak tu, mase tu aku tengah sarat mengandung..nasib la laki aku reti tukar tayar..buat sendiri sbb tak terfikir boleh call org highway hihi.nebes gak la weh

    ReplyDelete
  2. memang bagus la peronda lebuh raya MTD tu.
    so,kerja menukar tayar pun lebih cepat kan

    ReplyDelete
  3. pernah jugak pancit tengah2 highway. nasib baik ada sorang penunggang motorsikal sudi bantu FOC.

    ReplyDelete
  4. liza paling takut kalau pancit masa drive sorang2, kalau dekat boleh call husband, kalau jauh...tu yg payah

    ReplyDelete
  5. aku ingat toll free plus tu ja...1 800 880 000 plus di sisi anda...sebab dia buat lagu..:P

    ReplyDelete
  6. huhu! tayar kereta pancit x penah, tp kereta tiba2 takleh stat penahla...tp masetu adik yg bawak..tp memang panik mase tu sebab kebetulan ade india kat seberang jln pun kereta rosak..dorng cuba nak tolong tp dlm hati takut gak kalau2 dorang buat benda2 yg tak elok..haishhh! memang seram la..

    ReplyDelete
  7. pernah jugak.. siap meletop lagi tayar tu.. dah lah kat line laju.. seb baik kereta x banyak time tuh.. boleh buat brek emergency..muehehe..

    ReplyDelete
  8. tayar pancit tak penah.. tapi cermin pecah pernah
    tu pun peronda plus tolong
    tolong buang kaca2 tu je la.. kalau tolong tukar cermin tu skali best kan.. hihi

    ReplyDelete
  9. apak cikidong bukan penah pancit jer.. mati tengah hiway pun ada... tapi superb la tonto ni sampai dulu.. tak sampai seminit... hihihi

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)