Terlepas Entry Terkini ? Klik Sini

makhluk tuhan paling gojes atas muka bumi sedang gigih tulis komen. Terima kasih :)

Tuesday, June 30, 2009

Hadiah

Alhamdulillah..murah rezeki aku bulan ni :P walaupun agak kesempitan wang dan terpaksa membelanjakan wang suami secara optimum :P



Hadiah kerongsang dari Elyani yang telah berpindah ke UiTM Melaka..Sape lagikk nak pindah sila bagi hadiah!!hehehe..Terima Kasih Yani...




Rambutan dari Loji kat Dengkil, antara loji yang dibawah pengawasan my hubby..satu plastik besar diorang kasikk..ni aku kupas dan letak dalam peti sejuk..separuh lagi aku dah bagi kat ofiz mate dan mak pengasuh nuha..sedapnya sejuk2 makan..:P




Ni adalah hadiah dari KFC :P Tapi kena beli dulu 40 hengget KFC bucket tu:P


Korang dapat hadiah?hihihihi..berlagak :P
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, June 29, 2009

Selamat Pengantin Baru



credits to her blog yang aku curik gambar nyer disini..

Tahniah kepada Niza & Mursyidi kerana dah selamat diijabkabul :D Alhamdulillah!!

p/s: sorry laa x pat datang :P, cepat laa wey dapat baby :P

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Weekend@KLCC

Salam semua!!!
Hari Isnin a.k.a Hari Yang Ceria!! hahaha tetiba ceria gitewh..
Firstly, tq for my dear hubby for very great weekend and special warm TQ to my brother n sis sebab menjayakan misi Ahad kami dengan menjaga Nuha yang baik dan charming tu..hahahaha :P

Kami kemana?
KLCC laa kan..Tapi kemana?Cuba teka!!



Mencari buku-buku ilmiah kah??



Makan-makan kah?




Mencari kasut sukan sajer kah?




Mencari perfume kah?



Mencari baju kah?




Mencari makeup kah?




Mengira tiang pada bumbung Suria KLLC kah??




Membeli barang kemas lip lap lip lap kah???




Atau cuma cucuk duit kat ATM sajer kah??



Sajer nak kasikk efek suspens gitewhh kann..wahahaha..Kami berdua tengok wayang ..wah..feeling2 tadak anak gitewh..macam baru kawen :P muahaha..dah lama gila tak tengok wayang berdua..selalu mesti ada orang follow :P last sekali tengok berdua tahun 2003 kan sayang?masa tengah praktikal kat kuantan..tengok wayang kat megamall..Last tengok wayang lak sebelum beranak hari tu :D



ramai siot yang nak tengok..terpaksa kami duduk 2 row dari depan..lenguh leher..tu kami dah datang awal, kul 9 lebih dah tercongok depan wayang..hahaha..kalah orang jual tiket :P




Pop corn harus ada kan..abaikan my hubby yang poyo :P eleh, malu konon aku jaja muka dier kat blog.hahaha





Kami tengok Transformers:Revenge of the fallen..Kasik 9 1/2 bintang :D Tak sesuwai untuk Nuha sebab sound efek dier kuat siot..seb baik x bawak kann..Untuk review klik kat sini




Sempat lagi beli KFC bucket dan bergambar depan KLCC



p/s: TQ Sayang!!!I love You!! Lenkali kiter tengok wayang lagikkk erk..tapi kalo selalu bankrap la kan...:P
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, June 26, 2009

Apa yang lebih nikmat dari berbuka puasa?

Hari ni, Insya Allah aku akan menamatkan puasa tiga hari (1,2,3) di Bulan Rejab..sama dengan pose 900 tahun ko..mak ai..hidup pun tak sampai 90 tahun kot kan...hikss...Alhamdulillah...

So tinggal lagik 12 hari lagik..eh cepat laa pulak kan..alah, 25 hari jer pun tinggalnya..hikss..Wah, dah 13 hari aku puasa yerr..yuhhhu..sonok laa plak kan..tak sabar ni nak cari baju raya..hahaha..last year memang mak aku semer yang buatkan..maklomlah dalam pantang ko! memerap jer kat umah 44 hari tuh...seyes beb! Tahun ni haruslah berganda2 shopping untuk raya gitu kan..balas dendam tahun lepas..lalala..dengan duit suami, of kos..eh, gomen tak nak bagi bonus RAYA ker tahun ni...PM sila take note yer..muahahaha...

Malam tadi berbuka simple jer..aku makan puding roti karamel jer memula tu (yang ingat nak bawak kat AD tapi tertinggal :P -bukan rezeki ko yer AD..lenkali aku buat plak) pastu bersenam-senam dulu kul 9 .30 baru laa makan nasi sekali ngan my hubby...tak sonok laa makan sensorang..macam kurang nikmat gitewhh kan..Aku goreng ayam dan buat sup sayur+sotong..hikss :D simple but i loike :D



Malam ni nak pergi bershopping menghabeskan duit my hubby ker Tesco untuk carik barang dapur..lalala..semalam dapat voucher 7.50..wah..banyak2..hahahaha..ni paling banyak aku penah dapat..:P korang ada? hahaha

p/s: Malam jumaat la katakan...apa laa yang nikmat yer...lalalala...

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, June 25, 2009

Kedai Chomel Giveaway..........


Handmade by Anasfadilah


Hari ni Anasfadilah telah membuat aku teruja untuk menyertai contest "Kedai Chomel Giveaway" walaupun aku tidak laa seperti Tiara yang suka shopping kat Jejusco atau pun seperti Mama Qaisara yang pakai poncho :D hikss..tapi sebab aku nak menang hadiah kan..dah lama tak bershopping bermanja2 di jejusco...dan nak jugak merasai memakai poncho hasil kerja tangan si Dilla ni..sebab aku masih teringat kerja tangan yang kemas yang dier buat untuk aku hari tu ..tak ingat tengok entry kat S.I.N.I..harap leh laa bergaya dengan poncho sambil shopping ke jejusco :D

Jom laa sesaper yang berminat.. Mudah sajork...

Guidelines:




* You must be subscribed to KedaiChomel via email, klik kat S.I.N.I - done

* You must have a blog, and you have to post about this giveaway on it, using the banner above - done
* After posting about the giveaway, come back here and leave a comment with the link to your blog about the post -done
* The comment numbers will be shuffled and a lucky winner will get a Jusco Shopping Voucher, and Chomel Nursing Cover/Poncho

Deadline:

You have until the midnight of July 5th, 2009 to enter this giveaway!!
Prize:

* The winner will win Jusco Shopping Vouchers (included in the voucher booklet are free make over with Shiseido and RM50 Hush Puppies Voucher) and Chomel Nursing Cover/Poncho
* the voucher are valid until 31st July 2009

Good luck everyone :) Klik kat S.I.N.I untuk join ok!!
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Merempit....



Semalam, aku diberikan assignment setelah berlaku perbincangan yang muafakat membawa berkat yang sampai bab kematian si suami dan kematian isteri :P tanpa bawak anak mati bersama oleh my hubby untuk bawa kereta ke bengkel yang menyebabkan tiba-tiba gaji aku hari ni tinggal rm200 ): nak pi Tesco pun tak lepas ni...so marilah kiter menggunakan duit suami yer bulan ini :P

Yang part best nyer, akhirnya aku merempit dengan my hubby untuk pi amik keta..dah lama gila tak naik motor..last sekali masa ni Mak ai...setahun yang lalu ko..aku tersenyum sumbing jer atas motor tu..feeling2 baru kapel gitewhh..wakakaka...my hubby lelaki pertama yang aku naik motor tau kalo korang nak tau..baik laa aku kan..hik hik hik...saper lagi nak puji diri sendirik..muahaha..

Pastu belah malam, my hubby pegi isi minyak (assignment ni masih tidak lepas2 :D)tq to my hubby..hikss..sempat gak dier rembat sehelai baju transformer..againnn??? hiksss..



Koleksi kedua, yang ni katanya watak jahat..


Malam tadi aku buat puding karamel tu..lupa nak snap pic plak..guna pic semalam laa yer..



dari pandangan sisi..wajah tidak menggiurkan, tapi rasa..umphh :P


sumber asal sini , aku edit ikut kesedapan rasa aku jer :D credit to her :D

Bahan A:
1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti

Bahan B
5 keping roti gardenia yang dah nak expired tu :P dipotong2 atau dicarik2 saja kalo malas :P
1 tin susu cair F&N aku guna
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla


Cara:
1. Memula, panaskan dulu kukusan
2. Pukul telur sampai kembang dan masukkan susu dan gula..Pukul lagi..dan lagi dan lagi..tambah esen vanilla..
3. Susun roti dalam loyang yang ada gula yang telah dicaikan.Then masukkan bancuhan B plak dalam loyang tu.
4. Tutupkan penutup loyang dengan kain, nanti menitis plak air dari tudung kukusan tu
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7.Malam ni leh laa aku makan buat buka pose..malam tadi makan panas2 tapi tadak feel gituh :P dah laa aku terlupa nak masukkan gula dalam Bahan B tu..tawar jer..seb baik ada lebihan gula merah masa aku buat bubur sumsum kelmarin..so aku siram laa kat puding aku..merecikkkk jugak :D




Ni juadah berbuka malam tadi, eh lupa nak snap ikan singgang :D 13 days to go!! Jiayou! Jiayou!!


p/s:my hubby tak suka dengar soklan "nak makan apa hari ni" kisahnya...huhuhu..suami korang?
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, June 24, 2009

Kasik laa aku berangan...

Sejak dua menjak dier, aku macam tadak kerja jer kat ofiz..hiks..so kerja aku adalah menambah skill dalam arena photoshop..Inilah hasil penemuan baru aku :P Leh tiru kat sini



Sejak bila aku nikah kat Masjid Purtajaya ni..hihihi


Sesaper yang ada template PSD Majalah Pengantin tu bagi ler kat aku..sharing is caring (: aku nak feeling muka masuk majalah jer..puas google carik font yang sama macam majalah tu tapi nan ado..hikss :P

Hari ni aku berpuasa..14 days to go!!yeayy!



Teringin nak buat mender ni lagikk..Puding roti karamel..malam tadi tengok kat pasar malam, secoet pun dah RM2, baek aku buat sendirik..pueh hati kan :D leh makan bebanyak..Resepi lenkali aku tepek :D
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, June 23, 2009

Tak perlu berhabes duit buat facial...



Patut laa muka artis kat majalah lawa-lawa erk..Untuk kulit muka yang lebih licin , sila klik di S.I.N.I hikss..selamat mencoba..

Hari ni aku berpuasa...15 days to go! yeeehaa...

Bulan REJAB hampir tiba...Sama-samalah kita ingat mengingati amalan-amalan mulia yang penuh berkat ini.........

BULAN REJAB

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Israk Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s. "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibril a.s. "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

p/s: Rebutlah 5 perkara sebelum dtg 5 perkara

1. Waktu Muda sblm Tua
2. Waktu Sihat sblm Sakit
3. Waktu Lapang sblm Sibuk
4. Waktu Kaya sblm Miskin
5. Waktu Hidup sblm Mati

InsyaAllah.. mudah-mudahan Allah SWT memberkati segala amalan baik kita.

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, June 22, 2009

Happy Father's Day

Hari tu aku sambut father's day kat umah jer dengan my hubby dan my baby...celebrate dengan menu berikut :- Tadaa....



Opss..bukan yang ni..ni sambut bday Niza kat Secret Recipe..tak jadi makan sate sebab Sate Kajang Haji Samuri tutup rupanya waktu semayang jemaat :( Terima kasih Niza, tahun depan belanja laa lagikk :D
++Menu ++
Spagetti Meatball (AD)
Burger (Niza)
Lasagne (Aku)
Mocha Whipphed Cream




Tapi kitorang celebrate dengan ini..Durian fresh from Hulu Langat..yeeeha...aku jelez sama Tiara wohhh..skang tidak lagik..hahaha..aku tidak perlu berada di Hulu Langat untuk menikmati durian...dah laa my hubby balik-balik keja jer dier cakap, ni Tiara kirim..mungkin dier pun terpengaruh dengan entry ko hari tu laa :P p/s: Abaikan my hubby yang seksi :D

Sayang, Terima kasih kerana sudi menjadi Abah untuk baby kiter..
Terima kasih kerana selalu menjaga kami berdua..
Terima kasih untuk rasa kasih sayang dan cinta yang tidak berbelah bagi buat kami berdua...
Terima kasih untuk segalanya..
Hanya sayang yang bertakhta di hati ini, dulu dan selamanya...
Tahun pertama father's day my hubby bergelar 'Abah'...
p/s: Hadiah tunggu gaji jer ler yer...hiks..

Tak lupa jua kepada Abah dan Bapa Mertuaku, Abang-abang dan ipar duaiku dan semua Lelaki yang bergelar BAPA.
S.E.L.A.M.A.T H.A.R.I B.A.P.A !!
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, June 19, 2009

Farewell Hi-Tea

Semalam, ofiz aku buat plak farewell peringkat ofiz :D utk yang akan berpindah atau bertukar cawangan serta meraikan pasangan yang baru kahwen,naik pangkat dan serap tetap.. Terima kasih kepada penyumbang makan-makan (esp Yang Naik Pangkat, Naik Tetap) dan kelab Prokom (kelab ofiz aku nih ler) laa kan...



++ MENU ++
Mee Kari
Bubur Durian
Roti Jala
Kuih Talam
Kuih Lapis
Buah-buahan




Wajah empunya blog mesti ada...bersama Ad..hehehe


TAHNIAH DAN SELAMAT BERJAYA KEPADA SEMUA!!


p/s: Hari ni ada birthday celebration..lalala.private invitation sajork..hahaha will blog bout it later..daaa
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, June 18, 2009

Oven...

Tengah hari semalam, pegi Senheng kat SA*CC Mall..carikkan hadiah tuk Niza yang akan menamatkan zaman anak daranya :D kuar ngan Ad dan Sue...since Niza request oven, memula mesti laa nak kena survey online dulu dan klik sana sini nak carik best oven dan cukup budget laa kan..hahaha...seb baik masih ada stok :D grab jer terus balik since pewot masing-masing dah lapar kan..kan..kan...



Niza, ni bukan oven yang dimaksudkan yer..ni hadiah hari lahir :D nak bagi esok bleh? lalalalala...


pastu part yang best(sajer nak hangatkan Niza yang kena tinggal), pekena nasi campur +ayam bakar+lala+ulam dan ABC kat Seksyen 2 dulu..hikss..ni kira first time makan kat sini..hari tu tapau ABC jer ngan my hubby :D



ABC d'Bubbles kegemaranku selalu :P




Selamat menjamu mata :D


p/s: Petang ni ada majlis farewell kepada staff yang bakal berpindah @ telah berpindah serta staff yang naik pangkat, cemerlang dan naik tetap (Niza dan Ad antaranya :D )
will update bout it later..ada makan FREE lagikk :)
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, June 17, 2009

BIRTHDAY @ JUNE

Selamat hari Lahir buat Niza.....Semoga Happy!Happy Selalu!Semoga kamu jadi isteri yang solehah!!Dan belajar rajin-rajin!Cepat2 dapat anak...and warm welcome to the club! (Mak Dara club:D )



p/s: syoknya dapat makan sate kajang dan kek kan ad...nyum nyum

p/s: niza, sorry ar..aku duk teringat bulan Julai jer..apakah?cuti-cuti malaysiakah?
hikss...

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, June 16, 2009

Nuha tidolahhh...

Malam tadi, aku buat roti sardin gulung as requested by my hubby...simple and easy..sejak dua menjak, rasa mcm kurang berminat nak makan nasi (:P padahal dah makan nasi kat ofiz waktu lunch hour)

Lama tak cerita pasal Nuha kat blog ni..Nuha plak seminggu ni asyik nak tido lewat jerkk..nak main..nak main..nak main..pastu, siap marah-marah lagi kalo orang suh tido...haip! haip! haip!bunyi dier marah aku...sweet jerk aku rasa..hahaha..malam tadi yang kelakar tu, dah tido about 5 minutes, pastu terjaga sebab perasan ada cahaya lampu dari bilik yang my hubby buat jemur baju, dier bleh bangun dan ngintai bilik tu then pegi kat bilik tu slow slow dan tolak pintu..lepas tu dier bleh main plak setengah jam lagikk sebab nampak abah dier sidai baju..aduhai anak...

Hari tu makan kertas, makan kumbang siap bunyi prakk, seb baik panjang umur lagi kumbang tu..terlanggar bucu rak tv...macam-macam karenah ada skang ni...skang ni musim yang mencabar aku rasa...geram tapi sayang..apakah perasaan itu?hahahaha tapi menghiburkan jugak...orang tak sempat nak marah, dier marah dulu sebab dier tahu dier nak kena marah especially kalo dier main surat khabar..hahaha..muka cebik2 kena marah tu tak tahan buat aku gelak...



macam ni rupa kumbang yang nuha geget hari tu :P


Hari tu, aku try buat lagi look like meter..wah..dah equal aku dan my hubby plak..hiks..btol la..muka nuha dah berubah day by day..macam pompuan sket rupanya :D nak2 bila buat pokok kelapa tu...dah nak setahun dah my baby..x sabar nak buat birthday party dier...harap2 dimurahkan rezeki leh jemput ramai sket..doa2 kan yer!!



Aku nak tepek gambar2 Nuha dari dulu sampai skang..banyak dah berubah rupa dier :D





Rasanya tak terlewat aku ucapkan Tahniah buat Ad, yang telah dapat PPTM tetap (dan akan dapat makan Free!Yeay!!) dan kepada Niza yang akan menamatkan zaman anak daranya pada sabtu depan...SERTA bakal membelanja aku dan Ad di hari lahirmu...Yeay!!

TAHNIAH!!




Kad kawen Niza :D
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, June 15, 2009

Farewell Lunch & MC

Hari Jumaat tuh, aku MC belah petang,sebab cirit birit:P so tadak la sempat nak tepeks pic makan2 farewell ofiz mate aku yang akan berpindah ke Melaka sebab naik pangkat,Elyani dan sorang nak sambung belajar . Kak Su. Aku bila ntah nak sambung master ni..huhuhu....tunggu anak empat kot :P Layan pic la...malas nak menulis hari ni...



Jumpa doc cepat.Amik ubat berchenta.Pompuan.Dia laa jaga kaunter.Dier laa yang carik ubat.Dier laa bagi ubat.Dah laa ckp 3 biji 2 kali makan.Padahal 2 biji 3 kali makan :P




Aku pegi klinik sebab pil ni x jalan :P, degil yer perut ini...


Sebelum pegi doc, sempat menghadiri farewell lunch!



TQ Elyani for choclate :D yummi!! kalo nak sila berkunjung ke sini !


Aku makan chicken chop + Milo Ais(ubat sakit perut) Tak makan pun, last2 tapau nak tadak saper mkn gak kat umah..bakul sampah laa kekdahnya makan :(
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, June 12, 2009

Setelah hampir 2 tahun...

Sahabat-sahabatku : Ag, Yan,Linda,Tina, Carol



p/s: bila lagi aku nak makan nasi minyak korang ni..anak aku dah nak setahun ni weyy


Kalo korang datang rumah aku, korang mesti gelak besar..sebab baru weekend hari tu, dinding rumah aku baru berjaya dengan jayanya dipasang dengan hadiah korang bagi masa aku kawen setelah hampir 2 tahun korang bagi..hahahaha...(siap berhabuk pun :P)



Sila laa percaya.............

Tq pada Anz,kwn my hubby yang sudi datang meminjamkan Bosch ofiz dier untuk mendrill rumah ku yang dindingnya konkrit ni...huhuhuhu..hanya driller jenama Bosch jer mampu menodai dinding suci rumah kami...hahahaha....yang cap ayam ker haram tak lut..hebat bukan?hahaha...

lepas ni, nak pasang gambar-gambar kahwin plak laa..lalalala...nak kena pi carik frame dan cuci gambar laa nampaknya weekend ni..lalalala...



Ni sambungan otromen stadium tu..hahaha Selamat Hari Jumaat..Hari ni ada majlis perpisahan buat Elyani..syoknya ada makan2..will update about that later naaa....
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, June 11, 2009

*Updated Chicken Chop @Home

Petang semalam, blog hopping sana sini carik menu nak masak , tetiba nampak lak western food..ting! Chicken chop.. then texting my hubby cakap "Sayang, malam ni makan western nak? " Then dier reply OK. hihihihi...aku masak spagetti baru tau :P x tahu hujung pangkal cakap OK kan...hikss..tapi wife dier yang satu ni idakklah durjana..

Pastu balik keja, singgah Bintang jap carik black pepper sauce,carrot, mayonis,sosej, button mushrooms dan fries.

Amik Nuha kat umah pengasuh..dier cranky whole the way back...pastu diam..ler tido :P sampai umah pun still x sedar...hihihi..so aktiviti memasak sangat senang dilaksanakan ok..sukaanyaa makkk!! aku kuarkan ayam, siapkan sos black pepper pastu buat coleslaw..berez...

Layan matahari :P

Hubby balik, siapkan ayam then goreng fries dan sosej plak...

Masa untuk makan!!!
Sila jamu mata yer...p/s: maaf bagi yang berpuasa...hahahaha gambar seterusnya mungkin akan menggugat keimanan anda seketika..hahahahahahaha.Kalo tak sanggup, sila tinggalkan entri ini dengan kadar segera dengan mengklik mana-mana iklan nuffnang yang ada..hahaha (siap promo lagik :P)

Tadaa.....................




Black pepper sauce




Ni portion aku :P licin......



Ni adalah my hubby punya...siap suh masak meggi sebagai tambahan untuk dier...namanya Meggi Udang Petai :P a.k.a Meggi AlForfor (nak suh nampak western :P)




Aku guna tepung KFC jer buat ayam ni...rangup, sedap sgt :P




Grape for me :p




Ada ker patut my hubby suh guna ni since kitorang takde knife utk makan chicken chop :P Maklumlah, ni first time makan chicken chop home made kan..ada alasan nak shopping :P


p/s: By request aku tempek laa cara-cara nak buat yer :-


Black Pepper Sauce

Black pepper sauce 1/2 botol gitu
Masukkan air
Buh sos tiram 2-3 sudu
Buh tepung jagung 1 sudu
Buh button mushroom yang sudah dipotong dadu
Perasakan dengan garam dan gula


Ayam KFC

1 paket tepung kentucky jenama ADABI
2 biji telur di pukul sampai kembang
Ayam potong-potong ikut suka dan cucuk-cucuk dengan garfu.Bersihkan dan toskan...
Celupkan potongan ayam ke dalam telur dan golek ke dalam tepung kentucky tu (jangan buh air), then masukkan dalam minyak yang btol2 panas ok...dah masak angkat ler...


Coleslaw
Potong kobis dan carrot halus-halus laa kan...
Pastu sediakan satu biji mangkuk, buh mayonis, gula,garam sket dan perahan lemon atau cuka.Gaul sebatikan sampai dah cair semua.
Then masukkan laa kobis dan carrot tadi..Sekian..selamat mencuba semua!!Senang sajork..cost pun aku rasa less then RM20! :P
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006-2014 Disclaimer