Wednesday, December 31, 2008

Bz nyer aku hari ni...

Pas training....
training...
chehs..
x sempat makan...
x sempat update blog..
aku blog malam ni la..daaa....

Tuesday, December 30, 2008

Mohd Azam Baru@2009!!!

Wah..dah nak berlabuh dah tirai 2008....apa jadik dengan azam tahun 2008 you'll?? aku nyer azam? ada ker azam nyer yer?? meh kiter intai entri sebelum ni, kot2 ada...owhh..ada rupanya (:
yang aku strike tu dah terbuat laa tuh...Azam 2008 (klik kat sini)

1) Nak jadi isteri yang tidak terlalu sensitif -->ok dah! tapi lepas kena lempang kat my hubby...pang!!!!!!(dier ckp nak lempang tapi tak lempang lagikk :P )
2) Nak belajar bawak keta (ms balik raya hari tu aku dah belajar pulas2 stereng kat kawasan kampung aku, tu pun my hubby ckp aku macam nak kait buah bila pegang stereng..stereng lock punya hubby :))..) --> Alhamdulillah , dah pandai bawak keta tapi masih tidak berani pegi mana2 selain, pegi umah pengasuh - ofiz - balik umah :) seyes, tak tipu..
3) Nak simpan duit banyak sket dlm tabung haji..aku rasa baru ada 3 rat jer dlm tuh..hahahahahahaha.. -->>Alhamdulillah, dah buat potongan gaji, so tak termissed laa kan saving...
4) Nak bayar PTPTpu tak missed tetiap bulan(sungguh morni kan?-KERAjaan patut bangga dpt rakyat mcm aku) -->> ni masih termissed...oppss!!
5) Nak bayar segala hutang piutang seperti TATI n Yayasan..duit maklang sekali.. -->duit maklang ada lagi separuh tak bayar..masih tertangguh bayaran :P
6)Nak beli laptop so kena menabung laa banyak sket -->> Alhamdulillah, my hubby dah belikan sempena dating anniversary yang kebetulan sama date dengan hari nuha dilahirkan :) kewl rite??

Ok...tahun 2009 dah bakal menjelma..aper azam aku tahun ni??rasanya tidak terlalu awal kan, coz tahun baru islam dah menjelma...tahun baru tak islam tinggal 2 hari lagikkk..dan kenalah sedia duit rat2..coz,
tahun baru + 1= birthday my hubby...berkongsi tarikh dengan kak linda dan kak mimi jua :) tahun lepas aku bagik Olympus 7.1MP Digital Camera - FE-210 ...
tahun ni dier request memula tuh, RC..biasalah kan orang tua berjiwa muda :P remote control car jer..seb baik bukan mintak heli RC :P
pastu kensel...
Pastu mintak rayban....ok lah tue...pastu kensel lagik...dah geram dah sket ni...mintak spek yang anti silau plak..ok laa..aku bagi tuh la...tup tup...malam tadi, dier cakap dier tak tahu nak aper plak bday kali ni...huh!! ni nak kena ni...aku tak bagi kang baru tau :P dasar fompuan jual ikan...'selfish'
biorlah dier fikir pepuas aper yang dier nak..aku bagi dateline sampai 1.1.2009...wakakaka..siap ada dateline bagai :P sebab dier delayed kan hadiah bday aku selama, ermm..3 bulan kan? aku bagi hadiah dier on Mac, bley ker yang??muahahaha...

owh, dah merepek niyang rapik jauh ni... citer balik pasal Mohd Azam aku 2009 .Ini azam aku:-(sharing is caring! )

1) Harap aku sentiasa menjadi isteri yang tidak melawan cakap...i'll try bit harder...sungguh, kadang2 aku tak sengaja cakap tinggi ngan my hubby, since aku rabun tak pakai spek kan, kadang2 orang tersalah anggap ingat aku lawan cakap..ada jer alasan...btol ker kalo rabun,deria dengar tu kurang? :) cuba try bagi yang rabun, buka spek dan bercakap dengan kawan sebelah kalo ada...kalo takder, cakap ngan tiang :P ni teori cikgu fizik aku , btol la wey :P
2)Jadik ibu yang mithali...nak bf Nuha sepenuhnya waktu malam dan pada hari cuti sampai Nuha dah 2 tahun...skang, kadang2 kalo malas2, aku bagi botol lagik :( sheann Nuha...skang dah laa dier suka geget 'tuh' :P
3)Nak dapatkan jugak Pnemucocal dan rotavirus untuk Nuha...since my hubby macam layan tak layan (yeay, aku bukan pemujuk yang berjaya...tu psal aku tak berjaya jadik penjual insurans :P dier ckp sebab additional jer..susah aku nak yakinkan dier yang pentingnya suntikan ni..aku nak kumpul duit sendirik laaa...)
4)Aku harap keja tak banyak mengular... :P boz, sila bagi saya banyak keja..hiks :P
5)Bayar segala hutang piutang yang ado..
6)Nak beli rumah..so kenalah menabung banyak sket tahun ni...
7)updated * aku nak gi honeymoon...owh plz...................
Banyak laa plak azamnya kan... :)
TAG
ok lah, apa azam anda tahun ni??
saya tag semua!! lalalalalalalalala.....plz link back to me jika dah sudah letak azam di blog masing2!!!Selamat berazam...renung renungkan ;)

Monday, December 29, 2008

Selamat Menyambut Awal Muharram 1430 Hijrah

First, Selamat Menyambut Awal Muharram 1430 Hijrah..korang baca tak doa akhir tahun dan awal tahun tu? aku nengok kat tv3, aku aminkan ajer..
Semalam, aku pegi Tes*co..mak aiii..banyak giler babi beli barang..sampai 300++..beli babi pun tak mahal macam ni aku rasa...eh, yer ker? Yang pasti , list tu penting...memang aku follow list tuh..tadak tokok tambah..eh ada, coklat Tesc*o brand..hiks.. salahkan saya ;)
dah laa siap cashier tu tegur, kuar macam air yer kak? huhuhu..
Hari ni, duk umah layan Nuha jer...tak kemana2..boringkan? yer boring...my hubby dari kul 4 dah kuar..senyap2 masa aku tido, bley? tanak ajak aku ler tuh....x per2..sabarkan sajer...sekali sekala dier nak beronggeng ngan kwan2 dier..kiter biarkan sajork...
esok, nak pegi umah bestfren my hubby..wife dier baru selamat melahirkan cahaya mata kedua!tu sajer rasanya aktiviti aku sepanjang cuti ni..baik pegi ofiz plak rasanya sambung keja...huhuhuhu...

Friday, December 26, 2008

Chikungunya......

1. Apa itu Penyakit Chikungunya?

Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.

2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?

Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.

3. Adakah ia berjangkit?

Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.

4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?

Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.

5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?

· Demam panas mengejut

· Sakit teruk pada sendi

· Ruam pada badan

· Sakit kepala

Seorang pesakit boleh demam dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).

Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?

Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?

Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.

8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?

Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya

· Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.

· Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.

· Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.

10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?

Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.


SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

ish...semua tanda ada kat my hubby...cuma takder ruam jer...malam ni nak paksa dier gi klinik la...susahnya dah tua ni, budak2 aku usung jer masuk lam keta :(

Kelahiran......

Tahniah kepada Aween, sebab dah bergelar mama kepada Muhammad Haziq Akmal bin Khairul...

TAHNIAH!

p/s: masa ni aku dah peknen..hehehe..dan masa hari ni jugak laa, aku try makan nasi setelah sekian lama x leh makan nasi(alahan peknen)...rupanya bb nak makin nasi orang kawen :P

ABC anyone??

Hari ni hari jumaat...
Hari rehat yang panjang...
Suasana ofiz-sunyi sheallll..ramai yang bercuti...Aku masuk dalam sistem (gigih tuh), tengok-tengok, ada 60 orang yang bercuti kat bahagian aku...dah laa staff seratus lebih jer...nape aku tak cuti erk??
Yer, banyak keja...tu pasal minggu ni aku tak rancak update blog ni..huhuhu..nuha pun kena tempias :D blog dier pun x sempat nak update..
Semalam duk umah separuh hari, then kuar pi umah kwn aku kat Klang...my hubby plak x berapa nak sihat...tetiba jer lemah sendi..pehtu duk ckp pasal chikungunya tu...woih..simpang seh...

Tadi lepas sejam di Bank Islam coz teman niza membolehkan dier cucuk duit tabung haji dier yang tak seberapa tu (wah, mati kena bunuh :P) di lebih 500 lokasi seluruh Malaysia :), kitorang pegi ber 'ABC' laa..di port mana lagik kalo tak Seksyen 2...(wafaa, sila jelez..muehehehe :P) lama x pekena ikan keli bakar...lazatnya hingga menjilat jari (jari orang sebelah) ..gambar lupa nak snap..biasalah tengah lapar.. pelahap


ade la plak gambor nyer.. credit sini

Tuesday, December 23, 2008

Wanita jadi pekak selepas dicium rakus!!!

Izinkan aku copy paste..untuk menampakkan aku update hari ni..so bz mahh....


BEIJING: Seorang wanita di selatan China pekak sebelah telinga apabila teman lelakinya yang 'rakus' menciumnya terlalu kuat, sehingga menyebabkan gegendang telinganya pecah, lapor media tempatan.

Wanita berusia lewat 20-an itu dikejarkan ke sebuah hospital di bandaraya Zhuhai di selatan Guangdong dan disahkan pekak telinga kiri selepas ciuman itu.

Doktor yang melakukan rawatan berkata ciuman menyebabkan tekanan kuat di dalam mulut wanita itu mengakibatkan gegendang telinganya terkeluar dan pecah. Beliau berkata dengan rawatan sempurna pendengaran wanita itu dijangka dapat dipulihkan dalam tempoh dua hingga tiga bulan.

p/s: To all pengantin baru & lama, nak cium tak per..jangan rakus2 sangat bley??muahahahaha....yang blom kawen, pokakkan tingo, butokan mato jo!

Credit to Berita Harian

Monday, December 22, 2008

Award laa fulakkkk!

Award aku dah amik dah...dah tepek kat sebelah ni...tapi lupa nak jawab tag...lalalala...

The rules..
1. Write 10 things that BRIGHTEN UR DAY.
2. Put the award logo on ur blog.
3. Add the link of this person who gave u dis award. ->> Mel..
4. Nominate at least 5 person.
5. Leave message to the nominees.

10 Things that Brighten My Day

1.Bila Nuha mangun2 dengan senyuman....pagi yang ceria! lalalala..
2.Bila my hubby peluk dan cium lama2 banyak2 pagi2 time salam sebelum pergi keja...
3.Bila Nuha x meragam bila nak tido...
4.Bila saya bleh blogging dan blog hopping
5.Bila ada orang tinggalkan komen pada blog saya (silent reader...beranikanlah diri anda to put jejak)
6.Bila saya dapat siapkan semua kerja rumah
7.Lagi best,bila ada orang tolong buat kerja rumah (my hubby ler mangsanya yer dak?) nanti bila Nuha besar sket bleh laa tolong ummi kan...
8.Kalo orang bagi present..walaupun kecik dan murah..aku bahagia...so bagilah aku hadiah...hari ni hari tak jadi aku, bleh? nak hadiah...lalalalala
9.Bila dapat call dari my hubby...
10.Kalo dapat pegi honeymoon...again??? wakakakakaka...nak sangat laa tuh..sian aku kan?

Sy nak bagi award ni kat : (Sila amik kat tepi yer, award yang aku tulis yang Mel bagi ni....)
1)Niza
2)Tiara
3)Wafaa
4)Jiey Mien
5)UmmiBatrisya


Romantikkah lagik?

Btol ker bila dah kawen kiter jadik tak romantik? Aku rasa, masa awal2 kawen still romantik lagik...masa tu jalan pimpin tangan lagik....makan suap2 lagik...tapi bila dah ada baby, aku baru rasa mood untuk beromantik tu sudah tiada...romantik atas katil jerla kan... kenapakah?adakah bila kiter dah ada baby,kiter terlalu sibuk dengan baby..aku masih lagi ingin beromantik...mungkin, my hubby tak perasan...dier dah jarang nak pegang tangan aku bila berjalan..yer laa..dier duk sibuk dukung Nuha....
Aku ngan my hubby x pernah lagi nak gi honeymoon...bila tengok orang lain pegi honeymoon, rasa seronok plak...bukan x mampu pun..cuma masa seringkali mencemburui kami...kenapa la plak entri aku emo plak hari ni??biasalah kan..isnin...waktu untuk upkan mood..hehehe..

Aku sebenarnya nak cakap , aku nak gi honeymoon...untuk meromantikkan diri...bleh??? sayang, jom laa pegi honeymoon.....kalo tadak hadiah anniversary pun x per laa tahun depan, nak gi honeymoon jer...plzzzzzz..paling cikai gi PD jer pun x per....Cameron pun orait..Langkawi ker best gak..x pun, cherating pun cukuplah....Dengan harapan my hubby baca laa entri aku kali ni....

dan persoalannya untuk hari ni: Sape nak jaga Nuha ni sementara aku nak gi honeymoon? kalo tadak saper nak jaga, terpaksa laa honeymoon bertiga...lalalalalala...huhuhuhu

Ni aku baru nak jawab lagik satu tag yang terbengkalai...Datangnya dari empunya blog ini lagik...



Ni masa mula2 pregnant..masa tu baru 3 bulan kot...semalam lalu kat zoo negara, ckp kat Nuha, kiter penah datang sini dulu tapi masa tu Nuha dalam perut ummi lagikk..lawak ar..mcm laa Nuha faham...agaknya tu laa dier tak takut air my hubby ckp...sebab dah kena rendam...
Ni gambar sehari sebelum kena belah perut dan meninggalkan parut kekal selamanya lahirkan Nuha..
1. Berat b4 pregnant -63 Kg
2. B4 deliver -73.5 Kg
3. Lepas pantang -61 Kg
4. My fav food ms pregnant -kek gula hangus, eskrim,air soya jenama drinho,(segala kuih yang kaler gelap2 kot)
5. Bersalin kat De*MC with c-sect (blom abes bayar tuh..potongan gaji my hubby :P) tunggu abes bayar laa kot untuk next baby..muehehehe...
6. Gambor seperti diatas ler!!

Sape yg sy nak tag??? All mommies yang belum buat tag ni lagik laa yer...jangan segan, jangan malu...bila dah jawab tag ni sila laa tinggalkan jejak ok!Bagi yang silent reader tuh, kat fotopages ker mana2 ker bleh aper jawab tag ni..hehehehe...kantoi!

Friday, December 19, 2008

sendiri aku benci....

malam ni , my hubby OT...bosan duk sorang2..lambatnya pagi :(
my baby pun dah tido...
aku pun nak tido dulu!
nite!

Agak2 la, kalo aku bersara, ada tak orang nak raikan aku???

Venue: Anggerik International Cafe, Hotel UiTM Shah Alam
Time: 12.00 p.m
Menu: Chicken Chop + Mango juice

Meraikan persaraan Ketua Bahagian aku ler..Pn Hjh Mardziah...aku siap jadik MC yang poyo...hehehe..dah ler tadak mic kan..terpaksa menggunakan suara jantan sekejap..muehehehe...ad, sila jangan jelez..muehehehe...

Aku bersara, Insya Allah pada 6 September 2040...hehehehehe...58 tahun time tuh...agaknya masa tu dah pindah UiTM kat terengganu laa kot...ker berenti keja..jadik cikgu..muehehehe...

Hati rungsing.....

Selalu orang sebut fikiran kan rungsing?(btol ker ejaan ni)..mcm pelik plak.. Aku hati rungsing...atau biasa orang sebut tak sedap hati...malam tadi, aku mimpi ngeri ..bangunan runtuh depan aku...tapi aku tak tahu plak area mana...siap dalam mimpi tu aku cakap, aku rasa tak sedap hati dah seminggu tapi tak cakap kat orang, rupanya ada bangunan runtuh depan aku... Mimpinya macam ni : memula aku lepak ngan Ad kat satu bangunan ni, pastu aku nampak tanah merekah, aku ajak ad beredar dari tempat tu (tapi makyong ni degil x nak beredar, nak duk kat tepi longkang bangunan tu), pehtu saper ntah suh kitorang cepat2 beredar dari situ..aku tarik tangan ad keseberang jalan, tiba2, prappppp, tanah merekah dan menyebabkan bangunan tuh runtuh..aku nampak ada sorang tercedera, hancur weh kepala dier...) ishhh..ngeri sheall...then alarm clock aku berbunyikk...bangun mandi...

tu laa hari ni, aku mempunyai kekuatan untuk menyuarakan ketidaksedapan hati..jika sesuatu yang buruk berlaku, so aku nak mintak maaf banyak2..if anything happen to me la kan... (nauzubillahiminzalik) , atleast ada kenangan untuk korang (bley macam tu?)..dan maafkan aku atas segala yang aku ada buat salah...sesaper yang hutang aku (Sila jelaskan)hahahahaha.. dan kalo aku ada hutang korang, sila mintak ngan my hubby atau Long aku (bleh gitewh???)

p/s: sesape nak jadik ummi Nuha, sila ngorat my hubby (tu pun kalo aku dah innalillah laa...kalo skang, aku ketuk ngan tukul besi kepala hangpa!ada berani???

Thursday, December 18, 2008

Hadiah dari my hubby!

What?? again?? Hadiah??Wah...sila jangan jelez...wakakaka...














tadaaa......................



Hari ni adalah hari bercerita bergosip dan mengumpat tentang my hubby...dah lama tak tulis citer pasal dier kan lately...asyik citer pasal aku jer..ni adalah Cinta Bersulam Rinduku....  cuba korang fokuskan kat bahagian bawak tuh? see...the part yang remuk tuh...wakakaka...ni adalah hadiah dari my hubby buat Cinta Bersulam Rinduku...bukan hadiah untuk aku k! masa tu sehari sebelum akikah nuha, dier, my abah n my long pegi amik ikan kat mana ntah yang my abah tempah untuk kenduri tu...masa sampai tempat tu, dier bleh pi langgar batu penanda sempadan....dan my FIL telah bagi RM200(ker dah abes ? :P) untuk bekki tapi sampai skang tak bekki2 lagik..bleh ker macam tuh? orang lain yang langgar, orang lain yang bayar...aper kes??sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua...hahaha...durjana punya istri...se'bangap' aku pun calar2 manja jer aku buat kat Cinta Bersulam Rinduku....hehehehe..
ingat weekend hari tuh tapi weekend hari tu ada hal perang damai sket so duk umah jer laa..

Oh tidakkkkkkkkkkk, x sanggup nak tengok Cinta Bersulam Rinduku yang remuk!!!!!!!(kata Nuha :P)
My hubby kunun2 tanak gambar dier masuk blog aku, padahal dah banyak jer aku tepek kat dalam ni..hehehe..meh kiter tepek lebey banyak lagik...ni time dier pegi Johor hari tuh...aku bluetooth butuh ke hp aku...haruslah wallpaper gambar my hubby kan...tapi skang dah tukar..taruk gambar ni plak...
 btol ker nampak dier makin berisi??bekas girlpren dier ckp hari tu.....dulu masa kenal dier, dier adalah tidak berisi sangat....
see...kurus kan??hati perempuan ku cair masa tuh...wakakaka..pengakuan berani ni...skang pun cair lagik..matilah mak kena kutuk... :P ni pic pertama dier bagi kat aku masa berchenta dulu..ape kes gambar pegang tombol pintu tu?? :P
oh, ni pun salah satu peberet pic aku...sebab slim lagik :P dulu selalu pakai sedondon ngan dier tapi skang jarang dah pakai sedondon..apakah? :( raya tahun depan, x kira..aku nak sedondon jugak...(pose pun x ganti lagik :P dah fikir pasal raya tahun depan...)
sedondon jugak kan?? :D  tiga2 kaler koko...

Wednesday, December 17, 2008

Tag lagik...

Baru perasan kena tag...

1) Do you think you're hot?

Oh tidak...hot chocolate i loike!

2) upload your favourite picture of you?


3) Why do you like that picture?
sebab hari tu aku bergelar isteri orang...

4) When was the last time you ate pizza?
raya pose yang lepas, adikku ni yang belanja...panaskan guna microwave ma yang dihadiahkan oleh Ngah aku..hihihi

adikku eg, dengan ucapan: wey, mung mari nak tengok rtw jer? anak sedara mu ni mu tok sir tengok ko? durjana punya pasksu!

5) The last song you listened to?
Five for fighting-Superman (lagu ni keudara bila aku blog hopping ke blog dia ni)

6) What are doing right now besides this?
update sistem..

7) What name would you prefer besides yours?

Nur Nuha Humayra...hehehehe.. my baby..

8)Tag 5 people to this


1)Niza

2)Wafaa


3)Tiara Ayzan

4)Mel

5)Haslina


8)Who is Number 1?
teman seperngumpatan...teman tapi mesra..wakakaka..

9)Number 3 is having relatioship with?

ngan beckham...

10)Say something about number 5
kenal diruang siber..belum pernah berjumpa...seorang lecturer ni..

11)How about number 4?
Kenal melalui ruang siber jua..mommy to Miqail Rifqi...biasalah new mommy...aku selalu blog hopping for new mommy for tips n experience ...

12)Who is number 2?
ni kwan dak niza...dier pun new mommy...dah jumpa 2 kali ...bila nak ber 'ABC' lagik??

Weekend@MCD

Lepas siap2 potong rambut tuh, my hubby ajak pegi MCD.Dier memang tunggu sangat la prosperity burger feberet dier tuh…kalo ada prosperity foldover lagik laa dier suka…aku suka twister fries..nape ler nak kena nunggu CNY baru nak ada semer tuh…ampehs sajer..nengok Nuha tuh, pelik jer bila kitorang letak dier tepi patung mekdi tuh..hehehehe…


My hubby kalo beli fast food mesti tapau..entah laa naper..x penah ler nak duk manja2 kat dalam mekdi tu...lepas bayar amik makanan terus blah...aku rasa sebab senang dier nak merokok selepas makan.. :P
Tengok budak yang tengah tengok ummi abah dier tengah melantak sakan...sayu jer muka...nak bf laa tuh..hehehe..


Dan malam tu jugak, aku telah buat sesuatu kepada Nuha..lepas aku sudah makan tuh, dier merengek kejap, aku angkat laa dier, nak bf kan dier...aku tak perasan tangan dier terpeleot...my hubby nampak.....aduhai..meraung laa my baby...sedih sangat suara...memang sakit sangat laa tuh..bila my hubby urut sket2, dier dah diam...aku menangis jam2 tuh jugak takut jadik aper2 kat tangan dier..risau sepanjang malam...esoknya dier langsung tak nak meniarap bila mangun tido..selalu mesti meniarap..aku menangis lagik...maafkan ummi sayang sebab cuai sangat....maybe dier rasa sakit lagik...seharian aku x bleh nak concentrate masa training...lunch hour call baby sitter, tanya condition dier, dier cakap, tak der apa2..Nuha ok jer...dier dah mula meniarap...Alhamdulillah....baru aku dapat bernafas..petang tu, aku balik training terus bawak dier balik, letak kat lantai, terus dier meniarap....hah..lega...kalo jadik apa2 kat Nuha, aku rasa aku tak dapat maafkan diri aku...

RM 18 untuk 'jantan'kan aku…

Yer, aku sudah potong pendek rambut ku..my hubby sudah tidak tahan mengutip rambut ku dilantai..aku perasan Nuha dah kurang sebut ABU tapi my hair is still everywhere…
Huhuhu..gambar yang pakai tudung kecik tu, sebelum aku potong rambut..aku pakai sebab x nak rambut gugur jatuh kelantai...my hubby cakap macam makcik jual akar kayu...hampeh...memula pegi kat Sek E% tapi tutup laa plak..kat situ dekat sket ngan umah aku kan…pastu terpaksa laa pegi PKNS..dulu masa bercinta, aku lalu jer salon tuh..tak penah potong rambut kat salon semenjak aku dah berusia ni..kiranya ni first time laa..dah laa uniseksual.. seb baik tadak jantan yang masuk potong rambut….punya laa lama..setengah jam lebih kot..potong kasi pendek pun lama…bukan rebonding pun..huhu..kalolah jonathan yang potong kan best...lalalalala...bestnya kalo dapat pegi salon dier dan suh dier potongkan untuk aku..

 Dah la hensem hensem lagik laa my hubby kan :P

lepas potong tuh, aku snap pic rambut yang tertinggal di salon tuh..Malaysia....pelik jer minah tu tengok aku… :P ada aku kesyah?rambut aku aper??dah bape lama bela tuh..sayang weh....aku rasa last trim sket2 masa pregnant 7 bulan hari tu, tu pun abang ipar aku trimkan :D sian my baby, sampai tertido2 tunggu aku potong rambut…pasal Nuha laa ni…jadik jantan ummi..lama giler tak potong rambut sampai pendek ni…huhuhuhu…lepas kapel ngan my hubby kot , terus simpan rambut panjang..ala, zaman berchenta….ayat biasa ‘saya suka perempuan rambut panjang’, bila dah kawen, mula laa rimas..rambut kena muka laa, rambut termasuk dalam mulut laa…long aku kater…bukan aku…huhuhuhu memandangkan ko baca blog aku yer long (secara silent reader..so aku kutuk secara terang :P) lalaalalala...
Owh, Nuha masih mengenali umminya walaupun dah potong rambut pendek, balik jer terus nak bf..baru nak suh abah dier bf kan...hahahaha....lalalala..

 Lebih kurang macam ni laa rambut aku setelah dipotong..tapi kaler tadak laa macam ni...huhuhu...

Heavennya dapat masuk ofiz!

Setelah sekian lama tidak aktif blogging secara harian (chewah :P), selepas ini, nantikan kemunculan aku diruang siber dengan lebih aktif..korang tau, bagai nak giler duk dalam lab kat Glob*l Kn*wledge tuh everyday dari 8 a.m to 5 p.m dengar encik trainer mengajar..bayangkan 2 minggu lebih tu..nak update blog pun tak sempat,email pun curik2 baca(especially mata ngantuk tahap cipanzi).. terleka sket,bila encik trainer tanya soklan mula la gelabah beruk! dah laa x reti ckp melayu..orang sengapoh jer..dier duk syebuk belajar bahasa melayu ngan kitorang...hihi..apapun syok jugak x masuk ofiz..x payah buat keja (padahal banyak keja..banyak ker? :P)
so hari ni, mulalah aktiviti menyetel kerja yang kutinggalkan lebih kurang sebulan erk x masuk ofiz..huhuhu..dan tak lupa tag yang banyak tertunda...wakakaka..Hari ni akan banyak entri..so sila jangan muntah!!ini blog aku what!!!!!

Friday, December 12, 2008

My New Hp

Beberapa hari yang lepas, my hubby duk syebuk jer tanya aku, kalo aku nak tepon, nak tepon aper, brand aper...bila aku tanya dier nak belikan aku ker? dier kater, sajer tanya...ke nak surprise kat aku? aku cakap kalo nak beli tepon, aku nak pilih sendirik...lalalala....hehehe...Hari rabu lepas, dier bawak aku pegi kedai telefon dan suh aku pilih..budget RM1K katanya kat tokey kedai tuh...Aku request yang nipis,simple, bleh snap pic (ada kamera la kan), dan bleh bluetooth butuh..since aku memang giler bergambar dan asyik meminjam kamera my hubby kann...Lepas ni aku x perlu dah pinjam dier punya kamera...hihihihi..

Tokey kedai tuh bagi aku empat pilihan...My hubby berkenan yang slide tu tapi aku nak yang nipis, lagipun aku nampak yang slide tu hampir 1K.aku bukan laa durjana sangat kan...kalo aku durjana, aku amik yang riban-riban..wakakakaka...HTC ker kan....Aku tanya dier, ni hadiah sempena aper? Dier kater, ni hadiah harijadi aku...muashhh...tenkiu so much sayang! Ingat dah takder hadiah harijadi tahun ni...walaupun lambat sangat2, tapi better late than tader lasung kan??muehehehe

Lama tak tepek gambar Nuha kat sini, mementang laa dier dah ada dedicated blog..Ni aku amik guna kamera Hp ni...bleh tahan gak kualiti dier...

Wednesday, December 10, 2008

Masih dikampung!

Hari ni, aku baru berkesempatan nak update blog...Skang masih lagi dikampung...dirumah MIL..semalam, majlis akikah Nuha berjalan lancar...Alhamdulillah..akan diupdate di blog Nuha...terima kasih kepada semua yang hadir bergotong-royong masak masak, menyumbangkan gula (banyak giler gula ni :P) ,tolong tengok, makan sajer dan yang menjayakan majlis terutama semasa time selawat dan marhaban dan potong rambut Nuha(yer, rambut Nuha sudah caca marba...hihihi..) rasanya petang ni, abah ku akan cukur semua sebab nak suh tumbuh sekata tapi my MIL macam tak setuju jer...will wait n see....
Dan semalam juga, menghadiri majlis kahwin kwn perempuan(skema sheall ayat)my hubby bekas gf dier laa weyyy seyes, aku sakit hati jugak masa dapat tahu yang aku akan ke majlis tu...tapi bila dah sampai, aku berlagak cool...dan gembira sebab dier dah kawen....Selamat Pengantin Baru laa wakkkk...Semoga bahagia ke akhir hayat....berawak-awak plak tuh awak yer...aper kes aku PMS plak nih??:P.
To Zaiful dan pasangan, Selamat Pengantin Baru..Semoga bahagia ke akhir hayat...(ni aku dapat tahu dari abah aku coz dier pegi majlis sambut menantu tu...sori lah tak pat pegi...kalo dier baca blog aku lah..hehehe)
Esok, aku bertolak balik SA..alahai...baru jer sekejap rasanya berada dikampung...dah nak balik pulak..ntah bila laa nak balik pulak...tahun depan laa plak kan...

Saturday, December 06, 2008

Aper ker hal ni yob?

Isk...
Aku baru sudah basuh baju(washing machine), siap jemur,siap packing baju..
tup...blackout....cis..............
Esok balik kampung!
X cukup bateri...need to go...shean my baby....sure panas ni.....
Selamat Hari Raya Aidil Adha in advance!

Thursday, December 04, 2008

Tersangatlah 'Anugerah Pekerja Cemerlang'

Semalam, balik jer dari training, terus jer pegi ofiz..kena siapkan Laporan Penilaian Prestasi..hampeh..kalo dapat Anugerah Pekerja Cemerlang tahun depan berbaloi gak..huhuhu..bosan laa buat mender sama setiap tahun...dah laa nak kena submit jumaat ni..Datok seri, tak leh ker buat borang online? Unit Dokumen Elektronik tu bleh buatkan laa datuk(unit aku laa tuh...hahahahaha)! senang sket tok, x payah aku nak kena duk sampai maghrib kat ofiz..dah laa mata rabun tok..malam2 bawak keta..nanti eksiden saper yang susah? datok jugak..eh silap, my hubby..datok tadak kena mengena dalam ini cerita...berchenta laa plak nak siapkan borang online plak yer tok..bukan semua orang reti komputer yer tok..yerla, yerla..aku siapkan laa ni...nanti aku antar...petang ni nampaknya kena pegi ofiz lagi laa..bosan...
Dah laa balik2 terus masak...seb baik my hubby jenis yang bleh terima apa yang isteri masak..dan dier kater lauk aku malam tadi , garam tak rata....bila aku makan ok jer?? ker deria rasa ku dah mengong sejak dua menjak ni??oh...aperkah ini petanda??petanda urat putus banyak..dah laa sekarang aku mengalami masalah nyanyuk! ader sesaper lepas beranak mengalami masalah yang serupa??kadang2 lupa nak pakai baju bleh?..lalalalala :P
Oh, sebelum terlupa, Tahniah buat Kak Su, my previous boz, dapat Anugerah Pekerja Cemerlang 2007 you'all! (tadi terlupa tulis..kan aku cakap, aku skang memang pelupa syaitonnnnnnnnnnnnn)

Wednesday, December 03, 2008

Betul ker bosan???

Ada orang cakap, kalo hari-hari buat mender sama kiter akan rasa bosan..yer ker??aku hari-hari buat mender sama, x plak rasa bosan...bangun pagi, mandi wajib,solat,tengok Nuha, tukar pampers, bagi susu, kejut my hubby, salam peluk cium my hubby , angkut Nuha pegi umah pengasuh, pegi ofiz...kerja..lalalala..kerja...mengular, amik Nuha umah pengasuh, balik umah, masak, susukan Nuha,tidokan Nuha, buat kerja rumah, dikerjakan, dan tido..bangun tengah2 malam susukan Nuha.X pulak rasa bosan...hari-hari macam tuh..dah 2 bulan macam tu...sebelum ni sebelum ada Nuha pun, rutin aku hari-hari pun sama la kan..mari kiter tengok....
bangun pagi, mandi wajib,solat,tengok Nuha, tukar pampers, bagi susu, kejut my hubby, salam peluk cium my hubby , angkut Nuha pegi umah pengasuh, pegi ofiz...kerja..lalalala..kerja...mengular, amik Nuha umah pengasuh, balik umah, masak, susukan Nuha,tidokan Nuha(my hubby), buat kerja rumah, dikerjakan, dan tido..bangun tengah2 malam susukan Nuha.
owh, baru perasan...sebelum ini tido aku tak terganggu...hehehehe..tu jer laa bezanya kan..tapi tadak plak aku mengantuk sangat2 kan..bila dah biasa tu dan buat hari-hari, kiter dah bleh adapt dengan mender tuh...
owh,tetiba rasa rindu kat my baby my hubby...
Ok,nak sambung training..c ya!
Hari ni nak makan MCd..bosan jugak hari2 makan roti boom!owh..pandai plak bosan!

Tuesday, December 02, 2008

Tag tentang 7 perkara

Kena Tag dari sini , new blogger frewn...

7 ciri wanita/lelaki idaman anda
1.Sedap mata memandang
2.X merokok
3.X tinggal semayang
4.Hormat ibubapaku dan ibubapa nyer sendirik
5.Rajin
6.Penyayang
7.Romantik

Ok, semua kriteria(except no2) ada pada my hubby :P..bila laa dier nak berenti merokok..lalalalalala..dah puas membebel wey!

7 Lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup

1.My hubby :P Keanu Reeve
2.Mohd Hizaami
3.Sky Matrix
4.Dr_chronic
5.Mr_Matrix
6.Mie
7.Pak Su Mie

p/s: cover line ker ni??muehehehehe...semua diatas adalah my hubby..kang my hubby ckp dier minat Angelina Jolie plak kan...baik x yah buat ni..muehehehe :P

7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati

1.Jantung berdegup kencang
2.Control cun (muehehe :P)
3.X bleh duk diam (serba tak kena) ish, senget tak tudung ni, lipstick ni comot tak..
4.Sopan santun
5.Tahan kentut
6.Gelak cover syaitonnnnnnn
7.Makan sket

Kalo tanya my hubby, dier kater aku tak hipokrit depan dier..yer ker..huhuhu

7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda

1.Cameron Highlands
2.Genting Highlands
3.Mekah Baitullah (Insya Allah, tengah berusaha..)
4.Bali
5.Australia
6.Pulau Kapas (konon nak gi honeymoon..sampai sudah ko x pegi)
7.Cherating (ni pun sama...konon nak gi honeymoon..)

Jom sayang honeymoon!!!!saper nak jaga Nuha angkat tangan? Ko diam!

7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda

1.Kawasaki ZXR kan sayang? hihihi bila ntah pat beli ni, house come first kan sayang kan??
2.Rim sport
3.Car accessories (Spoiler dan skirt untuk Cinta Bersulam Rindu..)
4.TV plasma (ker aku yang nak? :P)
5.ipod
6.RC
7.Sayang nak aper erk semalam?? :P

7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda

1.Pandangi Langit Malam Ini (Lagu masa bercinta ok!)
2.Dewa-semualahh..hehehe..especially Arjuna mencari cinta!(Lagu masa bercinta jugak!)
3.Matahariku by Agnes Monica
4.Tepuk amai2
5.Bob the builder... (yes we can fix it :P )
6.Seploh budak itam (ops!)
7.Negaraku..

Tag 7 rakan yang anda mahu mereka buat PERIHAL 7 ini

1.Niza :P
2.Wafaa
3.Tiara Ayzan
4.Haslina
5.Mel
6.Kak Di a.k.a Apple Green
7.Pak Lah

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)