Terlepas Entry Terkini ? Klik Sini

makhluk tuhan paling gojes atas muka bumi sedang gigih tulis komen. Terima kasih :)

Friday, May 30, 2008

Selamat Hari Lahir Kak Long :*


Aku ucapkan Selamat Hari lahir buat kak ipar aku,isteri long aku...semoga sihat sejahtera dan dimurahkan rezeki dan dapat baby..Amin...hah, awak..yang baru masuk tu..sila aminkan sekali...Amin....
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, May 29, 2008

Khalifah...

Maka lahirlah satu jiwa,
Satu nama khalifah dariNya…

Kemampuan semua insan
Angkatlah tangan perjuangkan
Jiwa kelam gelap hitam
Akan disuntikkan dengan jihad jalan kita

Kekuatan si khalifah bersertakan keyakinan
Perjuangan pasti menang akan ditunaikan
Walau putih tulang abu jadi debu
Walau putih tulang abu jadi debu

Bangun sedarlah daripada tidur itu
Marakan api janji dirimu
Racun tidak akan membunuh fikiranmu
Tapi hanyalah takdir dan waktu

Jasad terpisah dengan nyawa
Yang tinggal hanya nama dan amalan kita
Agar memang di tangan Esa
Dia penentu segala semua kehendakNya

Hanya takut pada Tuan yang empunya
Alam maya bukan milik kita
Hanya duduk sementara saja
cuma nama itu milik kita

p/s:susah gila aku nak dapatkan mp3 secara HALAM lagu ni..my hubby suh carik.. Lagu Khalifah dari Kumpulan Khalifah...Album Kelahiran..siap kuar bunyik kuda lagi tu.disini aku nak kongsi link, kalo korang nak dengar UNTUK DONLOAD SECARA HALAM

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, May 28, 2008

Hari ini aku balik kampung...yeeehaa...

Aku akan tiada kat ofiz mulai esok..Isnin, Insya Allah, jika masih ada umur yang panjang dan kesihatan yang baik aku mai laa kat ofiz..doakan aku n my hubby selamat pergi dan balik..Amin...so akan bersawang sket laa blog aku ni beberapa ari..kalo aku rajin aku draft kan..hehehe

Aku beli souvenier UiTM sket untuk anak² sedara my hubby..p/s: nak jadi mak cik yang disayangi kan..huhuhudan x dilupakan tag..
tadaa..hasilnya..yang Felix tu untuk anak buah yang lelaki dan yang kitty tu mestilah untuk girl kan? :D Suatu masa dulu, aku memang gila barangan Kitty..skang kurang sket la..tapi still lagi teruja bila nampak..

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, May 27, 2008

pergilah kemana² yang kau mahu...


Semalam, 'dia' suh aku donload borang ni dari internet..mungkin 'dia' suka agaknya berjauhan dengan aku...'dia' sudah tidak sayang aku kah?'dia' sudah tidak cinta aku kah?'dia' sudah tidak kasihkan aku lagikah?'dia'sanggup biarkan aku kesepian lagikah?'dia' mahu aku hidup berdikari sangat kah?adakah 'dia' baru menyedari perutku sudah buncit sedikit?aku sudah tiadakah di hati 'dia'? apa 'dia' sudah tidak rindu aku seperti lewat hari semalam?apa yang 'dia' mahu sebenarnya?aku pun tak tahu...suka sangat 'dia'buat aku x keruan seperti ini..adakah cinta memerlukan pengorbanan?cintakah ini?pergilah kemana² yang kau mahu andai itu buat kau bahagia...aku bahagia jika lihat kau bahagia walau hatiku derita..sanggupkah?adakah aku yang terlalu ber'emosi'?

p/s:'dia' bukan nama sebenar...kekasih dunia akhiratku...Insya Allah..perempuan yang mempunyai perut yang 'buncit' yang tidak disengajakan memang berhak utk ber'emosi' :P

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, May 26, 2008

Barang baby..

Lupa nak citer pasal our baby♥..Actually, my hubby n aku telah pun shopping utk our baby♥...aku rasa setiap minggu mesti ada sket barang² baby yang berkenan kami beli..huhuhu..sungguh teruja kan..tapi my hubby still lagi x percaya,x yakin,waswas,syak wasangka,semer lah yang our baby♥ tu gal so, aku jadik moody laa time nak beli baju baby...aku asyik nampak pink jer dalam kepala..and my hubby mesti choose things yang bleh pakai both sex..ampehs kan..sakit gak ati aku..macam masa kat Tesco weekend hari tu..dier berkeras nak beli yang kaler selain pink..aku sakit hati sangat sampai meleleh air mata jangan ckp kat my hubby coz dier x tahu pun aku sampai meleleh air mata sebab kecik ati sangatso aku pun meninggalkan dier terkulat² kat situ tanpa dier sedari...sebenarnya aku x nak laa ber'emosi' depan dier, so aku pegi konon² survey pampers kat sebelah..padahal aku duk mengesat ayor mata aku tuhh..huhuhu..ish, our baby♥ duk tendang² plak..huhuhu..mungkin dier tahu aku duk ngumpat pasal abah dier..hehehe..banyak yang dah aku beli..set tilam n bantal baby, botol susu, warmer susu,lampin,set topi,sarung tangan dan kaki, set mandian baby,tuala baby, selimut baby, tikar getah dan macam² ado laa..hehehehe..

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Congratulations Kyan & Ijoi...



Diatas kelahiran putera sulong,Ummar pada 9.45 pm pada 24 Mei 2008 di Pusat Perubatan Umra Sek 13..

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Saturday, May 24, 2008

Urutan Labah-Labah & cakaran harimau...

Tujuh langkah yang perlu dilakukan dalam teknik urutan `cakaran harimau' dan `urutan labah-labah' untuk membolehkan isteri disayangi oleh suami masing-masing.oleh Siti Nor Bahyah Mahmood.

1. Mula dengan urutan pada bahagian tengkuk dan terus turun ke bahagian pinggang.

2. Buat cubitan jemput-jemput (cubit ngan lembut) pada kedua-dua tulang belikat dan tulang belakang.

3. Utk langkah ketiga ni. Sila pastikan kuku anda telah dipotong pendek. Dengan gaya seperti hendak mencakar, cakar bahagian belakang badan pasangan bermula dari tengkuk membawa ke pinggang melalui tulang belakang dengan lembut penuh kasih sayang. Bukan kasar ek. Dan dilarang membunyikan 'aum' cam rimau.

4. Bila tangan anda berada di pinggang pasangan utk teknik no 3 tadik, gunakan teknik urutan cam labah-labah panjat dinding dan urut dari pinggang naik ke tengkuk.terbalik dengan yang no 3 tadik. Paham ek.

5. Ulangi langkah 3 dan 4 beberapa kali ikut suka la.

6. Genggam tangan anda, cam nak tumbuk orang tu, dan tumbuk-tumbuk lembut belakang badan pasangan anda.

7. Akhir sekali bisikkan ketelinga pasangan anda "Aku Cinta Pada Mu", "I Love You" dan perkataan yang sewaktu dengannya untuk mengungkapkan bahawa anda sayang pada pasangan anda. Ok.

credit to Tokeikedai.Net

Tu dia. Selamat Mencuba Ok.Aku dah tahu lama mender ni tapi masa aku tahu dulu aku masih belum ber'hubby'..skang ni aku nak try laa praktis kat my hubby lak..hahahaha..nanti bila dah berkesan aku inform laa..harap x calar balar laa my hubby..muehehehehe...

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, May 23, 2008

Kena Tag plak dah..

huhuhu..Aku rasa orang ni x tau aku selalu gak duk lepak blog dier..sekali kena tag plak..huhu..x per laa..lagipun kontang idea nak tulis apa kan..so baik aku melayan tag..hehehe

Senaraikan 5 hadiah yang anda impikan:

1. laptop
2. microvawe
3. ice shaver machine/mesin kisar ais
4. Motor ZXR sebijik
5. Oven

Senaraikan alasan atas pilihan anda itu:

1.Senang nak update blog time cuti pantang nanti :D
2.Senang nak panas² lauk sebab aku suka simpan makanan lebih dalam peti ais
3.x payah makan cendol Karim dah..hahahaha..buat sendirik..
4.Nak bagi kat my hubby senang dier nak pi keja.motor dier skang asyik rosak jer..sungguh mithali kan isteri itewhh??hehehe
5.Nak belajar buat kek..x penah lagik dalam hidup aku,aku buat kek sendirik..kesian kan?tolong² ma aku penah laa..
p/s:kenapa aku asyik fikirkan makan jer ni..huhuhu

5 impresi terhadap orang yang diminati:
aku pun x faham..apa maksud tag ni..bedal jer laa..
1.Sedap mata memandang
2.Bersih dan tidak serabai
3.Rambut kena pendek
4.Kuku kena pendek
5.Tak merokok depan aku p/s:my hubby masih ..yer ..masih :(

5 ciptaan yang paling disukai (tidak semestinya melibatkan teknologi yang maju):

1.Mohd Hizaami Harun-My hubby laa...huhuhu..
2.Cupcakes-comel dan kiut jer,nak² kalo buat gambar bunga² kartun² atas
tu..sedap dilihat dan dimakan..yummilicious!!
3.Mesin basuh-senang mendobi..huhuhu
4.Komputer/Laptop-senang aku buat kerja dan buat² ada kerja..hehehe
5.Bunga yang berwarna-warni..bunga tulip,bunga kekwa,orkid..Indahnya Ciptaan Ilahi..

Apakah perkara yang paling dibenci?
Penipu,hipokrit,cakap belit²,x jujur,xpunctual..

5 Orang yang yang mahu anda tag:sesaper yang sengaja atau tak sengaja masuk blog aku...hehehe..Opss!

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, May 22, 2008

Konvokesyen Ke 68 UiTM

Selamat Menyambut Konvokesyen Buat kazen aku Wan Muhammad Fahmi Wan Ismail...

Semalam aku tak sempat nak update blog..bz sket..nak kena siapkan sistem coz next week aku akan balik terengganu bercuti..yeeeehaaaaaaaa..so kena siapkan sistem ni cepat sebelum 29Hb laa..Ingat 28hb malam tu nak balik terengganu..Majlis mari melenggang perut aku tuh mak mertua aku nak buat hari jumaat...kepada sahabat² yang ada kat Terengganu tuh, jemputlah datang kerumah mertua aku..
Ok, lupa nak cerita pasal aku gi scan hari tu kat hospital swasta ni.tengah² nak tunggu no tu, sempat lagi buk dokter yang nak check aku ada emergency call..ada orang nak bersalin laa tuh...huhuhu..kekdahnya dekat setengah jam laa gak delay nyer..buk dokter tuh check baby..sempat lagi my baby tendang tuh..doktor tu lama duk check2 perut aku ni sebab my baby♥ kecik sket tapi tang kepala jer yang lain² tak der masalah..doktor ckp mungkin salur darah dier kecik..harap² baby sihat walafiat x der masalah....huh..cuak gak laa time doktor duk dengar sound dalam perut aku tuh..macam bunyik vacum mak cik cleaner tuhh..huhuhu..nanti pasni doktor akan pantau laa my baby's condition...Doakan semua selamat...Amin...
Nak kena minum air gula lagi next month..this month Alhamdulillah, tak der lagi diabetes nyer..harap² semuanya selamat² sajer nanti...Amin...
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, May 16, 2008

Selamat Hari Guru...

Banyak btol laa celebration bulan Mei ni kan..dulu masa sekolah, kalo hari guru aku selalu jugak amik bahagian..jangan x tahu, aku ni dulu selalu jer deklamasi sajak..sajak yang glemer sampai aku nak termuntah² baca dan pejam mata jer leh baca adalah Sajak Usman Awang ,Guru Oh Guru...

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

p/s:Sajak ni khas buat semua yang mengajar aku dari tadika, masuk sekolah rendah sampai masuk mrsm, keluar mrsm ,masuk sekolah menengah harian biasa, masuk pulak matrix, kena reject matrix, masuk TATI, keluar TATI masuk UITM dan cikgu sepanjang hayat aku, mak ayah aku..teringat masa jadik cikgu dulu².. walaupun sebulan,panggilan tu masih ada kalo tersepak ngan anak² murid dulu...anak murid aku skang dah sekolah menengah..
Hari aku register utk taraf tetap..Alhamdulillah..naik gaji satu tangga :D

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, May 15, 2008

Hari ni my hubby MC..

Hari ni my hubby konon² nak antar aku pegi keja la coz dier dapat MC malam tadi..leh aku bersenang lenang..dier nak toleh kiri kanan pun pegi klinik malam tadi pun jeling² jer side mirror ada hati nak antar aku..aku suh jer duk umah diam² kalo ada keta kat umah, makin panjang langkah dier sakit²pun..huhuhu..harap² hari ni ada surprise di rumah..huhuhu..teringin nak rasa makanan dier masak..
Hari ni berakhir laa segala hazab aku daripada mengular..kerja aku akhirnya berez setelah 2 minggu memasukkan data yang hampir 4K kedalam server baru secara manual tapi aku x der laa key in sampai 4K..dalam 1K jer..bukan aku sorang jer kena, boz sekali kena key in..huhuhu..macam data entry clerk dah aku rasa..huhuhu..sampai aku mengabaikan my hubby, blog aku, blog orang lain dan ketakutan kerna membawa kereta diwaktu malam..huhuhu...
Next week aku ada jumpa doc pakar..kelmarin laki aku dah bawak balik GL untuk aku deliver kat salah sebuah spital swasta kat Shah Alam ni..RM2K per delivery dan room charges rm60/per day..Alhamdulillah..harap² aku deliver secara normal utk our dear baby♥..20Hb ni aku ada appointment dengan diorang nyer specialist..Harap² baby doing well dalam sana..Insya Allah....
dan x sabar nak confirm btol² Nuha Or Nasrul..

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, May 13, 2008

Thank You My Dear Hubby..

Semalam aku OT sampai kul 8.Kul 8.30 baru sampai umah..Malam²aku memang bawak slow jerk..Bila sampai umah,aku sungguh kagum..aku tengok my hubby duk kat dapur..seb baik x pakai apron bagai..hahaha..dier dah masakkan nasi dan panaskan lauk yang ada dalam peti iaitu ikan singgang..huhuhu..first time dier masakkan nasi..ingatkan x sempat dier masak coz dier pun baru sampai kul 8..patutlah semalam tanya aku biasa aku masak nasi berapa pot dan mcm mana..hehehehe..Thank You sayang..sungguh terharu..Dier cakap kat aku dier nak start masak balik macam masa bujang² dulu coz sayang skill dier yang ada dah lama x praktis..tapi tunggu time aku pantang..lerr..x sempat laa aku nak merasa..hampeh jerrkk..aku mungkin balik pantang umah mak aku..

Aku belum lagi menulis aktiviti weekend aku hari tu..Hari sabtu hari tu aku OT sampai kul 6..Hampeh btol..x puas cuti..my hubby pun sama..dier OT sampai kul 5.so kat umah memang x der orang ler..Hari Ahad, my hubby suh aku listkan barang² baby yang nak beli.aku buat list berpandukan buku Pa&Ma..hehehe..baju kitorang x beli lagi coz aku ada appointment dengan pakar 20Hb ni..lepas btol² dah confirm baru nak beli baju..yang kelakarnya barang² aku beli hari tu macam biru jer semua..dan x der satu pun warna pink..kalo girl wearing blue, aku rasa boleh dimaafkan..BUT NOT boy wearing PINK..ahakss...jambu...abes laa gak RM200++..padahal beli² sket jer..ish²

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Saturday, May 10, 2008

Selamat Hari Ibu...

Ma,Mak,

Selamat Hari Ibu...



Ma,
Kasihmu,
Seharum kasturi...
Selembut sutera..
Seputih salju..
Semekar mawar merah..
Sedamai alam...
Seceria warna pelangi..
Sehijau hutan khatulistiwa..
Sebanyak bintang dilangit..
Sejernih air di kali..
Seluas lautan nan biru..
Ma,
Hakikatnya..
Kasihmu tiada taranya..
Tak dapat kugambarkan dengan segalanya...
Dan segala kasihmu..
Tak dapat kubayar...
Ma,
Namun aku akan jadi yang terbaik antara semuanya..
Akan kuukir kegemilangan khas buat mu..
Agar kau mampu tersenyum keranaku..
Ma...
Terima kasih untuk segala-galanya...
p/s:ni dah lama aku buat..tahun 2003 tak silap aku..khas buat ma tercinta yang melahirkan aku dan buat mak tersayang yang melahirkan suami buat aku...hehehe
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Selamat Hari Ulangtahun Perkenalan Kita Yang Ke-5

Entri kali ni aku tujukan buat my hubby,harap jangan ada yang muntah

SAYANG,
Selamat Hari Ulangtahun Perkenalan Kita Yang Ke-5
Semoga kita bertambah bahagia hari demi hari sehingga ke akhir hayat..Amin..
Dapat mendidik our baby yang bakal lahir nanti dengan baik dan jadik sebuah family yang bertambah² bahagia
Sayang,rindu dan cinta eliss buat abang selalu..

Lokasi kejadian: CC ITBASE PAKA,TRG (tempat dalam gambar ni lerr)
Waktu kejadian:lebih kurang pukul 5

Ni gambar² terawal kitorang amik pada tahun 2003..chewah..x der daring² lagik time tu..masa tu aku pun slim lagik..hehehe..my hubby pun ala² kurus jer..hahahaha..lawak tol..

first time aku nampak my hubby dier pakai macam ni laa...kebetulan dier pun baru lepas abes main badminton..ms tu dier asyik pandang aku jer..aku pun pandang dier gak...x berani nak tegur..muka dier seyes abes hari tu..yang lucunya..ms hari tu, dier duk main² miskol aku beratus kali padahal aku kat dalam lab cc tu jer...nak ngorat laa tuh..hahahaha..dan aku pernah tulis cerpen based on our love story ni..NAK BACA?KLIK SINI

Malam tadi, my hubby siap mop lantai, basuh kain dan basuh pinggan masa aku tengah tido..bila aku terjaga kul 12.30,dier cakap tu hadiah dier bagi kat aku sempena Ulangtahun Perkenalan Kami yang ke-5..terharu jugak laa hati aku..seb baik aku x nangis..lagipun msa tu mamai lagikk...hehehe..
SAYANG,
THANK YOU FOR EVERYTHING..
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, May 09, 2008

Hari tu keta aku calar lagi...

Sejak aku dah tak mengikut flow hidup bawak keta aku ni iaitu dari rumah ke ofiz semata²..banyak plak calarnya...huhuhu..hari Selasa hari tu aku pegi klinik setelah ditanya dengan suara garang oleh my hubby untuk dapatkan surat pengesahan yang aku ni tengah mengandung ..my hubby nak hantar kat HQ dier untuk urusan claim bila aku nak buat full scan checkup nanti coz kena jumpa specialist kat salah sebuah hospital swasta..dan Insya Allah akan melahirkan my dear baby♥ pun kat sana...Harap Allah permudahkan segala urusan dan dapat doktor yang sabar dan baik..Amin...ntah bila aku pun tak perasan keta aku kena calar atau aku yang mencalarkannya..hehehe..agaknya masa aku tak lepas parking hari balik dari klinik hr tu kot..dah laa masa parking gi klinik kena hon panjang sebab aku x perasan yang keta aku ni panjang, bontot terlebih2 di luar petak..hampeh jer..hahaha..agaknya tu space utk kancil jer..huhuhu..aku cakap kat my hubby, dier bleh buat dek jer..aku rasa ada laa sejengkal calarnya..dier x tengok lagik..huhuhu
Semalam aku ada kursus Sametimes 8.0 kat sini gak tapi sempat gak OT sampai kul 7..dan malam tadi my hubby just nak makan meggi..ho yeahh..x payah masak..dah laa aku makan spagetti time minum petang masa kursus semalam..sungguh mee hidup aku semalam...
hari ni pun ada kursus lagikk..makan free lagik laa nampaknya..ok laa..nak sambung buat keja..esok aku OT lagik..Ahad jer laa bleh rilek² dengan my hubby..
my hubby pun mungkin OT esok..alahai...seb baik baby x kuar lagikk..kalo x kena hantar kat nursery..huhuhu
p/s: kepada sesiapa calarkan keta aku atau aku calarkan keta korang, harap diampunkan..ampun...ampun..ampun..aku pun ampunkan laa...sebab my hubby x marah aku..hehehehe

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, May 06, 2008

Mak Ai...Lamanya Aku X hapdate...

Bukan aku buat² bz atau x hengen langsung menghapdate blog aku ni..seyes..memang aku bz..chewah..kalah menteri..semalam aku siap OT uols sampai Kul 8..gelap sudah tidak menjadi ketakutan buat aku lagik..hehehehe..ingat hari tu start hari ni aku tadak kat ofiz coz kena pegi kursus tapi x jadi pegi sebab boz aku tak kasik..time kasih boz..hehehehe..sebab last month aku dah kena pi dah kursus tuh..sama jer pengisiannya aku rasa..aku rasa jer laa..
Boz aku bukan sajer² x kasik aku pergi..aku ada demo sistem baru laa plak Rabu ni dan kena buat cepat2 coz diorang nak guna cepat sistem tu..jangan hangat² taik beruk dah laa..bila dah aku siap2 setup karang..tensen doh..buat penat² tapi korang x nak guna
walaupon agak basi, aku tetap gak nak citer xtvt weekend aku hari tu..hari sabtu lepas my hubby balik dari kerja, kitorang gi umah long aku kat KL.yang lawaknya siap sesat tuh..coz terlepas simpang masuk umah long aku..sampai KLCC wa ckp lu..wak lu laa hubby aku ni..seb baik laa aku penah naik bas pegi KLCC ..kan dulu aku keja kat area situ akhirnya selamat jua kami sampai..hehehe..
Belah malam long aku belanja dinner kat luar...Lupa lak nama kedai tu..area sentul..menunya adalah seperti berikut:-ikan kerapu masak stim, kailan ikan masin, telur dadar, udang celup tepung(peberet kak long aku)-menu wajib ada,kerang rebus,sambal belacan dan timun..erkkkkk..Alhamdulillah..kenyang gila yang hamat..ingat nak pi tengok midnite, bila call kaunter tiker wayang tu, dier ckp kul 10 kaunter dah tutup..masa tu dah 9.30 malam..hampeh..lenkali laa..so balik umah long aku layan AIM...banyak btol superman tu menang..huhuhu..berbaloi gak kena gam..
ahad balik shah alam then singgah Plaza Alam Sentral cuci mata dan amik kerongsang yang aku baiki..hoyeaahh..kerongsang aku jadik banyak balik..RM2 jer aku kena utk 8 bijik kerongsang aku..seb baik 4 dari nyer adalah kerongsang aku beli kat situ so dier x charge laa..
belah malam lak, aku pi Pasar tani coz my hubby dari last week lagi nak makan nasi gulai kawah..sekali pegi, makcik tu tak der laa plak..ala..siannya..then gi Bintang..beli blouse utk aku dan thshirt utk my hubby..yang kelakarnya, my hubby suh pilih baju yang ada getah kat perut tu coz nak nampakkan wifey nyer ni ada perut...padahal perut kecik..hehehehe..seperti biasa agenda bergedik2 di section baby..masih lagi survey2..dan sungguh teruja tengok barangan baby..tak sabarnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa...then pegi makan kat restoren seafood kat Padang jawa..Kul 11.30 amik kawan aku kat Komuter..tren dier sangkut tu psal lewat baru dier sampai..ok laa..abes citer utk weekend...
ok..nak sambung keja..gambar akan aku hapdate kendian..hehehe

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006-2014 Disclaimer