Terlepas Entry Terkini ? Klik Sini

makhluk tuhan paling gojes atas muka bumi sedang gigih tulis komen. Terima kasih :)

Monday, July 16, 2007

Heppi Birthday Ag!



Ni laa sahabat aku yang banyak jugak aku tumpang pegi kelas dengan kembaranya..hehehe..heppi birthday ag.sori laa pasal lambat sket ko punya besday kad coz aku tengah ada kursus 3 hari ni..

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Kelebihan Puasa di bulan rejab..

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

p/s: renung2 kanlah..

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Kursus Lotus Notes

Hari ni aku puasa di bulan rejab..Hari ni ada kursus plak kat sebelah ofiz pasal lotus notes selama 3 hari.so tadak laa makan free hari ni...tengok jer laa..amik bau..hahahaha..lawak btol..skang ni tunang aku dah keja kat petronas penapisan melaka..Alhamdulillah..dekat sket ngan aku..x der laa aku sakit2 pinggang turun terengganu pasni..Alhamdulillah..

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, July 13, 2007

IBM Blades World 2007

Semalam aku makan free lagi coz ada event kat IBM..dapatlah banyak free gift bila aku duk mengisi borang2 feedback tu..dpt Thshirt IBM, name card holder, bola hiasan dan beg IBM..
Makan pun besat-best..thari makan spagetti carbonara,fruit salad, vege salad, cucumber n gill salad, udang, sotong, ayam fillet dan puding..fuh..syok dan kenyang...
kul 4 dah sampai ofiz then sejam balik umah..

Details of Event

Reference Code : IBMBLADES - 0361
Date : 12th July 2007, Thrusday
Time : 9:15am – 2:30pm (Registration begins at 8:30am)
Venue : Topaz Ballroom, One World Hotel,
First Avenue Persiaran Bandar Utama
(between 1 Utama Shopping Centre and Plaza IBM)

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, July 05, 2007

Yahoo!Balik Kampung!Yabedabeddu!!

bestnyer..esok balik kampung..aku naik kat bas kat sek 18 pukul 9.00 malam..naik sejenis bas yang namanya ada kena mengena dengan kaum wanita..teka laa sendiri..pagi tu mesti tunang aku datang amik aku..bestnyer..dah rindu tahap kronik ni.Aku bawak balik langsir 40M dan dua pasang kain ..semalam time aku ronda2 kat PAS, aku ada survey rega2 utk jahit baju nikah aku ni..mak ai..terkejut berut..averagenyer dari 150-250 sepasang utk tempah..sama jer dengan rega kain baju aku....x jadik laa plak..buat balik terengganu jer la dulu kain tuh..

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, July 04, 2007

keja oh keja!!!!

dah lama aku tak merepek..kalo merepek2 musti ada gambar..aku pun tak tau dah nak letak gambar aper..hehehe...sakni aku baru balik dari unit i learning ajak sorang kerani tu ajar nak guna sistem letter trackking..tu laa keja aku sejak dua menjak ni...dari aku duk boring mengadap letter trackking tu baik aku pi ajar orang nak guna, so syok jugak laa..hehehe..nasib baik aku ada skill cikgu dulu so tak laa aku hot sangat walaupun aku tau dier tak reti nak buat..kalo budak2 kecik aku tampor jer muka dier sampai berdarah..hehehehe..nasib baik tua..kekekeke..jam hampir2 menunjukkan pukul 5 ni..mata kau mula memberat..penangan nasi FREE kot tadi..hehehe..ok laa aku nak stop sini dulu laa..

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, July 02, 2007

Selamat Hari Lahir A.S.T.I.N.A

hari ni hari lahir member aku..member yang byk bagi aku tumpang naik honda city dier dan lepak di bukit FTMSK sambil makan eskrim..hehehehe..

ni respons dr email dier..aku suka tengok muka gatal dier tuh..mesti time ni dier menunjukkan wajah gatalnyer..hehehehe

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Sunday, July 01, 2007

Ke Nilai 3 Akhirnya.......

Semalam aku berjaya menghabiskan duit aku sebanyak seribu lebih..hehehe..
Ni list barang2 aku beli:

+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +
bakul hantaran
+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +
kipas souvenier
+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +
bunga pahar
+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +
bunga telur
+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +
riben kertas dan organza
+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +
bunga
+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +
langsir dan lace
+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +
beg kertas
+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +
baju pengantin FREE baju melayu kaler coklat
+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +

YANG BERJUMLAH =

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006-2014 Disclaimer